83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Sterling susut selepas prestasi May menjunam.

Great British Pound telah menerima tekanan menjual pada hari Rabu selepas tinjauan pendapat terkini menunjukan bahawa Konservatif berkemungkinan untuk kehilangan sokongannya menjelang pilihan raya. Pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.30% ke $1.2820 pada awal pagi ini. Laporan dari YouGov yang menggunakan model kiraan yang baru menunjukan bahawa Parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri Theresa May berkemungkinan untuk tidak memenangi sokongan majoriti di dalam pilihan raya 8hb Jun. Penyempitan pada sokongan untuk parti May dan saingannya telah meningkatkan sentimen risiko yang mencemaskan para pelabur di mana kegagalan May dalam pilihan raya tersebut boleh mencetuskan ketidakpastian yang lebih tinggi pada politik dan ekonomi sebelum mereka berundur dari zon Eropah. Di rantau yang lain, dolar A.S. telah melantun kembali dari kemerosotan semalaman selepas para peserta pasaran mencerna data perbelanjaan individual yang telah mencatat peningkatan yang tertinggi di dalam tempoh empat bulan bagi bulan lalu. Data tersebut telah memberikan kemungkinan yang lebih tinggi untuk Bank Pusat A.S. meningkatkan kadar faedah mereka pada bulan depan. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% dan disebut niaga berdekatan dengan 97.27 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia menurun sebanyak 0.40% ke $49.46 manakala para pelabur memantau laporan mingguan mengenai inventori minyak di A.S. yang bakal dilepaskan pada pagi esok. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.10% ke $1,260.85 akibat daripada kekukuhan dolar A.S. Walaubagaimanapun, kerugiannya masih dihadkan selepas kebimbangan geopolitik di zon Eropah masih berlegar untuk setakat ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

07:00                       NZD                      RBNZ Gov Wheeler Spekas

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:00 CNY – Manufacturing PMI (May) 51.2 51.0 51.2
09:00 CNY – Non-Manufacturing PMI (May) 54.0 54.5
15:55 EUR – German Unemployment Change (May) -15K -15K
16:30 GBP – Net Lending to Individuals 4.7B 4.5B
17:00 EUR – CPI (YoY) (May) 1.9% 1.5%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Mar) 0.0% 0.2%
21:45 USD – Chicago PMI (May) 58.3 57.0
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) -0.8% 0.5%
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -1.500M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang di dalam lingkungan 1.2790 dan 1.2885 manakala ia telah melantun dari paras bawah lingkungan baru-baru ini. Pemecahan pada tahap rintangan 1.2820 akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2820, 1.2850, 1.2885, 1.2910

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2755


 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari tahap sokongan 1.1170 baru-baru ini. Stochastic Oscillator yang mula untuk memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 1.1190.

 

Tahap rintangan: 1.1190, 1.1205

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1145

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY masih berlegar berdekatan dengan tahap sokongan 110.60 dan ia mencadangkan tahap tersebut sebagai tahap yang kukuh. Lantunan dari tahap ini akan mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap 110.60.

 

Tahap rintangan: 112.15, 113.40

Tahap sokongan: 110.60, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan ia telah berundur dari paras atas segi tiga tersebut baru-baru ini. Ini mencadangkannya untuk didagang dengan lebih rendah paras jangka pendek dan menuju ke paras bawah segi tiga tersebut. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 49.60, 50.00

Tahap sokongan: 49.00, 48.15

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur berdekatan dengan tahap rintangan 1271.00. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) akan mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 1253.80.

 

Tahap rintangan: 1263.00, 1271.00

Tahap sokongan: 1253.80, 1246.00