83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD melantun untuk jangka pendek.

Dolar Australia telah melantun dari paras rendahnya susulan dengan pembebasan data ekonomi yang bullish dari rantau tersebut. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD mencatat peningkatan sebanyak 0.10% ke 0.6879. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Consumer Price Index (CPI) bagi suku kedua memberi bacaan sebanyak 0.6%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.5%. Data tersebut telah mengejutkan para pelabur yang menjangkakan kadar inflasi di negara tersebut untuk kekal di paras yang rendah. Namun, lantunan pada dolar Australia adalah untuk jangka pendek sahaja oleh kerana Bank Pusat Australia (RBA) pernah memberi komen bahawa kadar inflasi dijangka untuk kekal di paras yang rendah bagi tempoh masa yang panjang walaupun pasaran pekerjaan masih mampan dengan kadar pengangguran yang rendah. RBA masih memeluk sentimen dovish susulan dengan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi global akibat daripada ketegangan perdagangan dengan China – salah satu rakan dagangan utama bagi Australia. Selain itu, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.03% ke 108.56. Yen Jepun menerima permintaan yang tinggi pada pagi ini selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu bagi kali kedua di dalam seminggu. Tindakan tersebut telah meningkatkan ketegangan geopolitik diantara Washington dan Pyongyang.

 

Bagi pasangan komoditi, harga minyak mentah telah meneruskan kenaikannya sebanyak 0.15% ke $58.33 setong. Niaga hadapan minyak menerima sokongan bullish selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa stok minyak di AS telah susut sebanyak -6.024 juta tong pada minggu lepas. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.17% ke $1,428.42 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                 Acara

02.00 (1hb Ogos)                  USD                        FOMC Statement

02.00                                     USD                        FOMC Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.55 EUR – German Unemployment Change (Jul) -1K 2K
17.00 EUR – CPI (YoY) (Jul) 1.3% 1.1%
20.15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) 102K 150K
20.30 CAD – GDP (MoM) (May) 0.3% 0.1%
21.45 USD – Chicago PMI (Jul) 49.7 51.7
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -10.835M -2.588M
02.00 (1hb Ogos) USD – Fed Interest Rate Decision 2.50% 2.25%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 97.50. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke arah 97.50.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

 


GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2155. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2220.

 

Tahap rintangan: 1.2200, 1.2300
Tahap sokongan: 1.2155, 1.2100

 

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1115. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1170.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1115, 1.1085

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 108.70. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 108.25.

 

Tahap rintangan: 108.70, 108.95
Tahap sokongan: 108.25, 107.75

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6865. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 0.6905.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6825

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6600. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6600.

 

Tahap rintangan: 0.6660, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3140. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3095

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9890. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9945.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9890, 0.9840

 

 


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 58.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 58.90.

 

Tahap rintangan: 58.90, 60.70
Tahap sokongan: 57.85, 57.15

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1431.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1424.05.

 

Tahap rintangan: 1431.45, 1450.00
Tahap sokongan: 1424.05, 1415.40