31 Oktober 2018 Analisis Segi Pagi
Dolar di paras tinggi setahun selepas keyakinan pengguna meningkat.
Dolar AS mengukuhkan kedudukannya di paras tinggi setahun selepas Keyakinan Pengguna AS menjangkaui jangkaan ekonomis bagi bulan lalu. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 96.70, tidak jauh dari paras tinggi setahun iaitu 96.86. Menurut kepada Conference Board, Keyakinan Pengguna AS telah meningkat ke paras 137.9 bagi bulan Oktober dari 135.3 bagi bulan September. Pada masa yang sama, ia telah melebihi ramalan ekonomis sebanyak 136.0. Bacaan terkini tersebut adalah keputusan yang paling tinggi semenjak 18 tahun lalu atau bulan September 2000. Keyakinan pengguna yang makin meningkat telah mengesahkan sentimen para pelabur di mana perbelanjaan yang tinggi dan kadar inflasi yang makin meningkat boleh membantu untuk mengukuhkan perkembangan ekonomi bagi masa depan. Selain itu, dolar AS juga menerima sokongan yang lebih lanjut selepas pound sterling meneruskan kerugiannya ke paras rendah 10 minggu. Sterling telah dijual secara besar-besaran selepas agensi penarafan Standard and Poor’s memberi amaran bahawa UK bakal mengalami kemelesetan ekonomi sekiranya mereka gagal untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan EU menjelang tarikh Brexit. Sewaktu penulisan, pasangan GBP/USD didagang tipis berhampiran 1.2705.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.15% ke $66.37 setong. Harga komoditi tersebut telah didagang dengan aliran menurun selepas Fatih Birol dari International Energy Agency memberi amaran bahawa harga minyak yang tinggi boleh membebankan para pengguna sambil menurunkan permintaannya semasa perkembangan ekonomi global yang lebih lembap. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.08% ke $1,222.09 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi ke atas aset berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement (YoY)
Tentatif JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentatif JPY BoJ Press Conference
04:15 (1st) CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| Tentatif | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 2.1% | 2.1% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 230K | 189K | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Aug) | 0.2% | – | – |
| 21:45 | USD – Chicago PMI (Oct) | 60.4 | 60.3 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | 6.346M | 4.110M | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurun selepas ia memecahkan sasaran di 1.2690.
Tahap rintangan: 1.2805, 1.2895
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2495

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menerima tekanan bearish dari garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1330.
Tahap rintangan: 1.1385, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1330, 1.1240

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 112.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 113.85
Tahap sokongan: 112.95, 112.60

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7055, 0.7025

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6575. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6610
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6520

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD telah memaparkan pembentukan isyarat silang kematian, pemecahan dari paras bawah saluran adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3155
Tahap sokongan: 1.3080, 1.3010

USDCHF, H4: USDCHF telah meneruskan kenaikannya sementara kini ia sedang menguji di tahap rintangan 1.0055. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.0055.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0095
Tahap sokongan: 1.0025, 0.9960

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah sedang didagang di dalam formasi segi tiga menurun. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah sasaran 66.10.
Tahap rintangan: 67.35, 68.55
Tahap sokongan: 66.10, 64.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1220.25.
Tahap rintangan: 1229.05, 1237.00
Tahap sokongan: 1220.25, 1213.15