31 Oktober 2018 Analisis Segi Petang
Dolar melonjak di tengah-tengah data ekonomi AS yang baik.
Indeks dolar telah mengukuhkan kedudukannya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain selepas data Consumer Confidence AS menjangkaui ramalan pada semalam. Merujuk kepada Conference Board (CB), data tersebut memberi bacaan sebenar sebanyak 137.9, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi sebanyak 136.0 dan ia telah didorong oleh pasaran pekerjaan yang kukuh. Data tersebut memberi penunjuk bahawa penilaian pengguna terhadap keadaan semasa masih digalakkan oleh pertumbuhan ekonomi yang kelihatan kuat dan bakal berterusan bagi jangka masa yang terdekat. Selain itu, sebahagian daripada para pelabur sedang menunggu pengumuman data ADP Nonfarm Employment Change yang boleh membawa impak yang besar terhadap trend dolar untuk masa yang akan datang. Dolar AS telah meningkat sebanyak 0.04% ke 96.75 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.04% ke 1.1340 akibat laporan GDP yang suram dari zon EU sementara mengecewakan para pelabur bahawa pertumbuhan ekonomi tidak dapat mencapai jangkaannya untuk suku ketiga. Merujuk kepada laporan, GDP untuk suku bulan Julai hingga September mempunyai bacaan sebanyak 0.2%, lebih rendah daripada terdahulunya sebanyak 0.4%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $66.35 setong akibat sekatan Iran yang menjelang. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.47% ke $1217.35 akibat pemulihan harga dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
04:15 (1st) CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 2.1% | 2.1% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) | 230K | 189K | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Aug) | 0.2% | – | – |
| 21:45 | USD – Chicago PMI (Oct) | 60.4 | 60.3 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | 6.346M | 4.110M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 96.80. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pengunduran dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.75, 97.45
Tahap sokongan: 96.65, 96.55

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2695. MACD yang menunjukkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2740.
Tahap rintangan: 1.2740, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2695, 1.2665

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1335. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1390
Tahap sokongan: 1.1335, 1.1320

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 113.20. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 113.30, 113.55
Tahap sokongan: 113.05, 112.80

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7080. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7080, 0.7055

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6550. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6550, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6520

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3105. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3140, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3105, 1.3080

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0050. MACD yang menunjukkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0030.
Tahap rintangan: 1.0050, 1.0090
Tahap sokongan: 1.0030, 1.0010

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 66.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka masa pendek ke arah tahap rintangan di 67.70.
Tahap rintangan: 67.70, 68.50
Tahap sokongan: 66.10, 64.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1216.75. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1229.40, 1230.05
Tahap sokongan: 1216.75, 1208.95