83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Fed menghentikan pemotongan kadar untuk sementara waktu.

Dolar AS telah meneruskan kerugiannya selepas Bank Pusat AS (Fed) memotong kadar faedah bagi mengelakkan sebarang risiko kemelesetan yang berpunca dari ketegangan perdagangan global. Di dalam keputusan yang dijangkakan oleh para pelabur, Fed telah memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas dengan 8 pegawai menyokong dan 2 pegawai membantah. Percanggahan pandangan dari para pegawai adalah berpunca dari data ekonomi yang memberikan isyarat bercampuran untuk tempoh kebelakangkan ini. Walaupun kadar pertumbuhan ekonomi telah susut dengan ketara, ia adalah masih lebih baik daripada jangkaan walaupun menyusut dari kadar 2% untuk suku yang lepas. Namun, sektor pembuatan dan pelaburan asing telah meneruskan trend menurun susulan dengan ketidaktentuan dari perang perdagangan AS-China serta ketegangan perdagangan yang lain. Di dalam sidang media, Pengerusi Fed Jerome Powell mencadangkan bahawa mereka akan menghentikan pemotongan kadar faedah buat sementara waktu. Powell memberi komen bahawa kadar faedah semasa adalah “mencukupi” dan “selaras” dengan ramalan ekonomi Fed untuk bertumbuh secara sederhana, ditambah pula dengan pasaran pekerjaan yang mampan dan kadar inflasi di dalam lingkungan 2%. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas data ekonomi dari AS bagi menjangkakan sentimen Fed apabila mereka bertemu untuk mesyuarat polisi pada akhir tahun ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.25% ke 97.20 sementara pasangan USD/CHF menjunam sebanyak 0.51% ke 0.9890.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.15% ke $54.86 setong. Niaga hadapan minyak masih berlegar di dalam lingkungan yang ketat walaupun laporan terkini dari Energy Information Administration memaparkan trend menaik pada stok minyak AS. Sementara itu, harga emas didagang secara tipis berhampiran $1,495.57 se troy auns sementara para pelabur memantau perkembangan terkini dari perang perdagangan serta Brexit.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentaitf                   JPY                       BoJ Monetary Policy Statement

Tentatif                   JPY                        BoJ Outlook Report

14:30                     JPY                        BoJ Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:00 JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Oct) 0.8% 0.7%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 212K 215K
20:30 CAD – GDP (MoM) (Aug) 0.2% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 97.35. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 97.15.

 

Tahap rintangan: 97.35, 97.60

Tahap sokongan: 97.15, 96.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2950.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1205

Tahap sokongan: 1.1145, 1.1085

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 108.75. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 108.75.

 

Tahap rintangan: 109.30, 109.70

Tahap sokongan: 108.75, 108.45

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6910, 0.6980

Tahap sokongan: 0.6815, 0.6780

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk menaik dan menuju ke arah 0.6425.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6495

Tahap sokongan: 0.6340, 0.6270

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3200.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3050, 1.2970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 0.9925. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9865.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 54.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 55.55.

 

Tahap rintangan: 55.55, 56.70

Tahap sokongan: 54.45, 53.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1496.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1496.00.

 

Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00

Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00