30 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun akibat data Pending Home Sales yang suram.
Indeks dolar telah menyusut dalam nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas pembebasan data Pending Home Sales pada Jumaat lepas. Data tersebut yang mengukur aktiviti pembelian hartanah mempunyai bacaan sebenar -0.7%, tersasar dengan kangkaan ahli ekonomi sebanyak 0.7%. Hal ini telah menunjukkan kelembapan permintaan terhadap hartanah. Data yang suram tersebut juga mendorong jangkaan pelabur terhadap kelembapan ekonomi global serta ekonomi AS dan ini telah mencetuskan kebimbangan para pelabur bahawa Bank Pusat AS (Fed) akan menangguhkan kenaikan kadar bagi tahun depan. Tinjauan semasa bagi pasaran dolar berkekal suram menjelang cuti Tahun Baru sementara pelabur menumpukan perhatian mereka kepada data Nonfarm Payrolls (NFP) pada Jumaat ini bagi menentukan selanjutnya momentum dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 95.90 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menokok sebanyak 0.04% ke 1.1445 di tengah-tengah kelulusan defisit anggaran Itali. Parlimen Itali telah meluluskan defisit bajet tahun 2019 mereka yang diubah dari 2.4% GDP ke 2.04% GDP sebelum tarikh akhir tempoh kelulusan. Kelulusan tersebut telah membolehkan negara Itali untuk mengelakkan sebarang sekatan dari Suruhanjaya Eropah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.85% ke $45.45 setong semasa sesi dagangan awal Asia. Kelihatan semasa bagi pasaran minyak mentah berkekal suram akibat laporan inventori daripada EIA dan API di mana kedua-dua laporan tersebut telah menunjukkan tahap inventori yang lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi. Di samping itu, data Baker Hughes Oil Rig Count juga melaporkan penambahan sebanyak 2 pelantar minyak bagi hujung minggu. Pelabur kini akan sedang menunggu perlaksanaan pemotongan bekalan oleh OPEC mulai bulan depan dan impak yang bakal datang. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.16% ke $1278.60 se troy auns di tengah-tengah ketidakpastian pasaran menjelang cuti Tahun Baru.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.70. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 96.00.
Tahap rintangan: 96.00, 96.25
Tahap sokongan: 95.70, 95.25

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.2700. MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari paras tingginya.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2740
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1435. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1470, 1.1520
Tahap sokongan: 1.1435, 1.1395

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 110.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 110.60.
Tahap rintangan: 110.60, 110.90
Tahap sokongan: 110.20, 109.75

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7035. MACD yang memaparkan bias bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7035, 0.7000

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6700. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6785
Tahap sokongan: 0.6700, 0.6655

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3610. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3645, 1.3680
Tahap sokongan: 1.3610, 1.3565

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9835. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.9875.
Tahap rintangan: 0.9875, 0.9920
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9785

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 45.20. MACD yang memaparkan isyarat bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 47.00.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.20, 43.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1278.00 MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1283.00, 1288.10
Tahap sokongan: 1278.00, 1273.50