83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Ogos 2022                        Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: 1  – 5 Ogos

 

Reviu Pasaran (Forex): Julai 25 – 29

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras tertingginya baru-baru ini berikutan sesiri data ekonomi yang negatif, menunjukkan bahawa aktiviti perniagaan AS semasa telah menguncup berikutan peningkatan risiko inflasi, peningkatan kos pinjaman serta penurunan keyakinan pengguna terhadap ekonomi. Selain itu, Dolar AS melanjutkan kerugian berikutan Jerome Powell memberikan isyarat bahawa Fed boleh memperlahankan kadar kenaikan kadar pada masa hadapan. Semasa penulisan, Indeks Dolar menamatkan sesi dagangan pada hari Jumaat di paras 105.85.

 

Dari segi data ekonomi, kebanyakan data ekonomi penting dari Amerika Syarikat telah memberikan bacaan yang suram, menurunkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Data terkini menunjukkan bahawa ekonomi AS menguncup untuk suku kedua berturut-turut daripada bulan April hingga Jun, mendorong kebimbangan selanjutnya terhadap risiko kemelesetan pada masa hadapan. Menurut Biro Analisis Ekonomi, data GDP AS untuk suku lepas mencatatkan bacaan sebanyak -0.9%, tersasar ramalan pasaran pada 0.5%. laporan berasingan hari Khamis menunjukkan bahawa pasaran kerja di Amerika Syarikat masih kekal pesimis. Menurut kepada Jabatan Buruh, Tuntutan Pengangguran mencapai 256K, yang lebih tinggi ramalan pasaran pada 253K. Penurunan dalam GDP adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama, termasuk penurunan dalam pelaburan domestik swasta kasar, pengurangan perbelanjaan penggunaan peribadi serta peningkatan kos inflasi.

 

Rizab Persekutuan AS sejak empat bulan lalu telah meningkatkan kadar faedah penanda aras mereka sebanyak 2.25%. Dengan kenaikan 0.75% pada bulan Jun dan Julai, menandakan kenaikan kadar dua bulan yang paling agresif sebagai alat dasar utama untuk menstabilkan risiko inflasi. Pengerusi Fed hanya menawarkan sedikit isyarat tentang apa yang boleh dijangkakan untuk dasar monetari akan datang, tetapi mengulangi bahawa mereka akan memberi tumpuan yang berat pada dua bulan data akan datang untuk merancang dasar monetari masa depan. Pada masa ini, pelabur akan terus meneliti data ekonomi terkini seperti Nonfarm Payroll untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagangkan dengan lebih rendah pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 132.35. Pasangan USD/JPY merosot dengan ketara sejak Rizab Persekutuan mengumumkan dasar monetari mereka, yang mengurangkan jangkaan selanjutnya untuk kenaikan kadar menyebabkan pelabur untuk melarikan diri daripada pasaran dolar AS. Jangkaan kenaikan kadar yang kurang agresif daripada Fed telah mengecilkan jurang hasil antara Jepun dan Amerika Syarikat. Hasil Perbendaharaan AS jatuh semula kepada 2.6% daripada paras tertinggi sekitar 3.5%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0230. Arah aliran keseluruhan untuk Euro didagangkan lebih tinggi di tengah-tengah kejatuhan nilai Dolar AS. Namun begitu, ketegangan yang meningkat antara isu Rusia-Ukraine terus mengehadkan keuntungan yang dialami oleh Euro kerana peserta pasaran kekal bimbang terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Menurut Reuters, Rusia mendakwa bahawa mereka akan menghantar gas asli yang lebih rendah ke Eropah pada hari Rabu, di mana terus menimbang pada ekonomi Kesatuan Eropah dengan kos yang lebih tinggi. Russia Gazprom telah mengurangkan kapasiti saluran paip Nord Stream 1 – laluan penghantaran utama ke Eropah untuk gas Rusia – kepada 20% daripada jumlah kapasitinya. Gangguan bekalan gas asli berkemungkinan akan menambah lagi ketegangan bagi momentum ekonomi di rantau Eropah dengan kos bahan mentah yang lebih tinggi untuk syarikat- syarikat tempatan.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2190. Disebabkan kekurangan pemangkin pasaran dari rantau UK, aliran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD kebanyakannya ditentukan oleh Dolar AS. Namun, buat masa ini pelabur akan terus meneliti data ekonomi penting selanjutnya serta keputusan dasar monetari untuk meningkatkan kemungkinan pergerakan mata wang.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 25 – 29

GOLD

Harga emas meningkat minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1763.80 setiap troy auns. Harga emas melonjak dengan ketara apabila peningkatan risiko dalam ekonomi AS terus mendorong permintaan pasaran ke atas aset selamat itu. Sementara itu, pasaran emas melanjutkan keuntungannya berikutan pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell memberikan ucapan yang kurang agresifnya terhadap perkembangan ekonomi. Selepas data GDP mengesahkan kebimbangan kemelesetan, peserta pasaran membuat spekulasi bahawa Fed akan lebih perlahan untuk meningkatkan kadar faedah, mengurangkan nilai Dolar AS sambil meningkatkan permintaan pasaran ke atas emas. Pada masa ini, peserta pasaran akan sangat menumpukan pada data pekerjaan terkini dari Amerika Syarikat untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah terumbang ambing semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $97.45 setong. Harga minyak mentah menerima momentum kenaikan harga di tengah-tengah peserta pasaran menumpukan perhatian kepada mesyuarat OPEC+ seterusnya dan menjangkakan bahawa OPEC tidak akan meningkatkan bekalan dengan segera. Pada masa ini, pelabur akan terus memberikan tumpuan pada mesyuarat OPEC yang telah dijadualkan pada3 Ogos. Sumber OPEC+ mendakwa bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak tidak berubah untuk September. Selain itu, harga minyak mentah berjaya melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine. Menurut kepada Reuters, Rusia terus menyerang bandar pelabuhan Mykolaiv di selatan Ukraine pada awal Ahad, dan serangan tersebut telah membunuh pemilik salah satu pengeksport bijirin terbesar di negara itu. Namun, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad berikutan pengeluaran data daripada Baker Hughes, yang menunjukkan bahawa pelantar minyak mentah di AS telah mencecah rekod 23 bulan berturut-turut, menunjukkan bekalan yang lebih tinggi.  Pada bulan Julai, kiraan pelantar minyak adalah 11, meningkat untuk rekod bulan ke-23 berturut-turut. Di samping itu, harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya berikutan data pembuatan yang lemah dari China dan Jepun bagi bulan Julai menjejaskan prospek permintaan.

 

Tinjauan Pasaran: 1 – 5 Ogos

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data NFP bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 1 – 5

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 1hb Ogos 2022
All Day CHF Switzerland – National Day
All Day CAD Canada – Civic Holiday
9:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Jul) 51.5 51.7
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Jul) 49.2 49.2
16:30   GBP Manufacturing PMI (Jul) 52.2 52.2
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Jul) 52 53
Selasa – 2hb Ogos 2022
12:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Aug) 1.85% 1.35%
12:30   AUD RBA Rate Statement
22:00   USD JOLTs Job Openings (Jun) 11.000M 11.254M
Rabu – 3hb Ogos 2022
6:45   NZD Employment Change (QoQ) (Q2) 0.40% 0.10%
16:30   GBP Composite PMI (Jul) 52.8 52.8
16:30   GBP Services PMI (Jul) 53.3 53.3
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) 53.5 55.3
22:30   USD Crude Oil Inventories -4.523M
Khamis – 4hb Ogos 2022
12:30   INR Interest Rate Decision 4.90%
16:30   GBP Construction PMI (Jul) 52.1 52.6
19:00   GBP BoE Interest Rate Decision (Aug) 1.50% 1.25%
19:30   GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30   USD Initial Jobless Claims 255K 256K
Jumaat – 5hb Ogos 2022
12:30   INR Interest Rate Decision 4.80% 4.90%
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Jul) 250K 372K
20:30   USD Unemployment Rate (Jul) 3.60% 3.60%
20:30   CAD Employment Change (Jul) 15.0K -43.2K
22:00   CAD Ivey PMI (Jul) 62.2

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.