83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 April 2023                        Analisis Mingguan

 

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 3 – 7

Reviu Pasaran (Forex): April 3 -7

US Dollar

Indeks Dolar, didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, meneruskan kerugiannya 5 minggu berturut-turut di tengah-tengah kegelisahan perbankan yang berkurangan, yang disebabkan kemudahan pendanaan baharu sebelum ini yang disokong oleh Perbendaharaan AS.

Pada minggu lalu, indeks dolar merosot pada hari Isnin selepas harga saham Deutsche Bank melantun secara mendadak apabila majoriti penganalisis meyakinkan kesihatan kewangan dan kecairan kewangan bank itu. Penyebaran nota senior lima tahun Credit Default Swap (CDS) jatuh daripada 226.9 mata asas ke 198.6 mata asas selepas pelabur mengurangkan kebimbangan mengenai Bank terbesar di Jerman itu. Selain itu, Perdana Menteri AS Joe Biden menyebut bahawa kemudahan pembiayaan baharu untuk menyokong bank insolvensi kewangan akan diteruskan untuk beberapa waktu bagi memastikan bank-bank ini mengharungi badai. Oleh itu, peningkatan dalam bekalan wang dalam dolar melemahkan lagi dolar AS. Namun, kerugian indeks dolar dihadkan oleh ucapan naib pengerusi kedua Fed Michael Barr. Barr telah menyatakan bahawa kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Banks adalah disebabkan oleh isu pengurusan yang tidak mencukupi. Sektor bank AS kekal dalam kedudukan kukuh dan tidak terjejas oleh kejatuhan kedua-dua bank.

Data pasaran yang lebih rendah daripada jangkaan juga mendorong indeks dolar untuk jatuh. Pada hari Jumaat, U.S. gross domestic product menyusut ke 2.6% daripada 3.2%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.7%. Sementara itu, initial jobless claims telah meningkat sebanyak 7,000 ke 198,000. Ekonomi AS menunjukkan penguncupan pada S4 2023 kerana perniagaan di AS mengalami tekanan kadar faedah tinggi selepas kenaikan kadar agresif Fed. Mengenai pasaran buruh, data menunjukkan bahawa pasaran kerja telah menjadi rapuh. Walau bagaimanapun, beberapa siri data ekonomi telah membawa kepada perselisihan dalam pandangan di kalangan ahli Fed.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menaik dan menutup harga pasarannya pada 133.35 selepas Bank of Japan (BoJ) mengekalkan dasar monetari ultra longgarnya sementara kini. Dasar monetari yang ultra longgar telah meningkatkan bekalan wang Yen di pasaran, justeru nilai Yen menyusut. Selain itu, pelabur menjual mata wang Jepun kerana pasaran kebimbangan mengenai kejatuhan bank telah dikurangakan. Kejatuhan SVB dan Signature Bank menerima penangguhan segera selepas Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FCIS), dan First Citizen Bancshares akan memperoleh semua deposit SBV dan tempoh pinjaman daripada pengawal selia.

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0800. EUR/USD menerima momentum bullish selepas German Business Climate index memberikan bacaan sebanyak 93.3, yang melebihi bacaan sebelumnya dan jangkaan pasaran sebanyak 91.1 dan 91.0 masing-masing. Mata wang Euro telah menarik minat pelabur selepas kegawatan Deutsche Bank bertukar tenang. Menurut kepada laporan Bloomberg, penganalisis telah meyakinkan tentang asas kukuh Deutsche Bank dan bukan dalam garisan lemah dalam landskap perbankan Eropah. Deutsche bank telah mengurangkan risiko dan memfokus semula model perniagaannya yang akan membantu bank itu menjana keuntungan yang stabil dan lebih tinggi, kata seorang penganalisis selepas beliau mengulangi penarafan yang lebih baik.

Bagaimanapun, data pengangguran Jerman dan Consumer Price Index (CPI) baru-baru ini mengehadkan keuntungan Euro. Data Pengangguran Jerman menunjukkan pasaran buruh yang lemah selepas keputusan meningkat secara mengejutkan daripada 2k ke 16k. Pada masa yang sama, kadar pengangguran Jerman meningkat sedikit 0.1% ke 5.6%. CPI di zon Euro juga menurun daripada 8.5% ke 6.9%, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 7.1%.

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2285. Gabenor Bank of England (BoE) Andrew Bailey menyebut bahawa kejatuhan SVB dan Credit Suisse adalah disebabkan oleh pengurusan risiko yang lemah oleh kawalan dalaman. Peristiwa tersebut semata-mata tidak sengaja dan bukan disebabkan oleh dasar monetari. Beliau mengulangi bahawa sektor perbankan UK kekal berdaya tahan dan aktiviti perniagaan meningkat secara tidak dijangka.

Reviu Pasaran (Komoditi): March 27 – 31

GOLD

Harga emas didagangkan lebih rendah dan menutup harga pasarannya pada $1956.85 se-troy auns. Logam kuning telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan tekanan pengawal selia terus mengecil berikutan kegawatan Perbankan AS yang meluas. Michael Barr, ketua penyeliaan perbankan Fed berkata dalam keterangannya bahawa perbankan AS berada dalam keadaan baik dan kejatuhan SVB baru-baru ini adalah disebabkan oleh salah urus. Komen ini telah meningkatkan keyakinan pelabur. Oleh itu, emas mengalami penjualan besar-besaran oleh pelabur selepas isu perbankan dikurang.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak pada akhir sesi minggu lalu pada harga $80.50 setong. Harga minyak mengalami momentum pembelian yang besar selepas kegelisahan perbankan berkurangan. Pengambilalihan SVB oleh First Citizens Bank meningkatkan keyakinan pelabur kerana aktiviti perniagaan global tidak terjejas oleh insiden itu. Di samping itu, rayuan Iraq terhadap Turki telah berjaya, dan Kurdistan dihalang untuk mengeksport minyak mentahnya ke pelabuhan Turki. Larangan berikut telah menjejaskan penurunan bekalan minyak mentah sebanyak 0.5% daripada jumlah pengeluaran dunia.

Tinjauan Pasaran: April 3 – 7

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data ISM Non-Manufacturing PMI dan Nonfarm Payroll bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, situasi berterusan krisis sektor perbankan di AS dan EU juga akan menjadi perhatian pelabur.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 3 – 7

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 3hb April 2023
All Day CNY China – Ching Ming Festival
07:50 JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q1) 3 7
07:50 JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q1) 20 19
09:30 AUD Retail Sales (MoM) 0.2% 1.9%
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Mar) 51.7 51.6
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Mar) 44.4 44.4
16:30 GBP Manufacturing PMI (Mar) 48.0 48.0
18:00 CrudeOIL OPEC Meeting
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Mar) 47.5 47.7
Selasa – 4hb April 2023
All Day CNY China – Ching Ming Festival
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Apr) 3.85% 3.60%
22:00 USD JOLTs Job Openings (Feb) 10.400M 10.824M
Rabu – 5hb April 2023
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -6.076M
10:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 5.00% 4.75%
16:30 GBP Composite PMI (Mar) 52.2 52.2
16:30 GBP Services PMI (Mar) 52.8 52.8
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Mar) 205K 242K
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 54.5 55.1
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 0.092M -7.489M
Khamis – 6hb April 2023
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Mar) 51.7 51.6
16:30 GBP Construction PMI (Mar) 54.6
20:30 USD Initial Jobless Claims 200K 198K
20:30 CAD Employment Change (Mar) 14.9K 21.8K
22:00 CAD Ivey PMI (Mar) 51.6
Jumaat – 7hb April 2023
All Day NZD New Zealand – Good Friday
All Day CAD Canada – Good Friday
All Day GBP United Kingdom – Good Friday
All Day AUD Australia – Good Friday
All Day CHF Switzerland – Good Friday
All Day EUR Germany – Good Friday
All Day USD United States – Good Friday
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Mar) 238K 311K
20:30 USD Unemployment Rate (Mar) 3.6% 3.6%

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.