83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Oktober 2022                               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 03 – 07

Reviu Pasaran (Forex): September 26 – 30

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama kehilangan melanjutkan kerugiannya selepas mencecah paras tinggi baru-baru ini sebanyak 114.65 pada awal minggu lalu, apabila siri data bercampur mengurangkan sentimen positif pasaran.

 

Awal minggu lalu, jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan terus meningkatkan keuntungan indeks dolar kerana peserta pasaran masih menjangka bahawa kenaikan kadar yang besar dalam mesyuarat akan datang. Menurut kepada kenyataan terbaru daripada Fed, Jerome Powell mendakwa bahawa Fed akan bertindak agresif untuk menstabilkan tekanan inflasi ke 2%. Dari segi data ekonomi, beberapa siri data positif turut meningkatkan daya tarikan indeks dolar awal minggu lalu. Menurut kepada Conference Board, CB Consumer Confidence AS pada September meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 103.6 ke 108.0, melebihi ramalan pasaran sebanyak 104.5. Selain itu, New Home Sales AS juga telah meningkat daripada angka sebelumnya sebanyak 532K ke 685K, lebih tinggi daripada jangkaan konsensus sebanyak 500K. Satu siri data yang optimis telah menunjukkan bahawa ekonomi AS mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan, yang mendail keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di AS.

 

Namun, keuntungan indeks dolar adalah terhad selepas kerajaan UK memutuskan untuk membeli bon bertarikh lama untuk menstabilkan sistem kewangan di United Kingdom. Dengan latar belakang sedemikian, pelabur global mengalihkan modal mereka daripada dolar AS kepada pasaran Pound di tengah-tengah jangkaan program rangsangan tersebut dapat menyelamatkan ekonomi UK daripada kemelesetan. Selain itu, data GDP AS yang negatif turut mengganggu sentimen pasaran indeks dolar. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, data GDP AS bagi suku dari April hingga Jun mencapai -0.6%, sejajar dengan ramalan ahli ekonomi. Peningkatan risiko kemelesetan telah melembapkan pasaran dolar, yang menggesa para pelabur untuk melarikan diri daripada pasaran.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY berlegar pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 144.75. Berikutan campur tangan pasaran mata wang, pasaran Yen Jepun dikenali sebagai pilihan terakhir peserta pasaran untuk melabur. Ini disebabkan terutamanya oleh dasar monetari Bank of Japan (BoJ) yang melonggar, di mana tiada tanda untuk mengubah jadual pada masa yang sama . Oleh itu, dengan dasar pelonggaran ultra, pelabur terus menjual mata wang yen Jepun mereka dan memasuki pasaran mata wang lain.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 0.9805. Keseluruhan arah aliran menurun jangka panjang dalam pasaran Euro kekal kukuh walaupun mata wang Euro melantun sedikit sepanjang minggu lepas. Lantunan pasangan EUR/USD terutamanya disebabkan oleh kelemahan indeks dolar. Selain itu, beberapa siri data ekonomi yang positif turut meningkatkan kecemerlangan Euro. Menurut kepada Eurostat, data CPI zon Euro masuk pada 10.0%, jauh lebih tinggi daripada ramalan pakar ekonomi pada 9.7%, bertentangan dengan jangkaan pasaran mengenai risiko kemelesetan yang membebankan ekonomi. Pada masa yang sama, data Perubahan Pengangguran Jerman juga masuk pada 14K, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada 20K, menunjukkan pemulihan di landasan dalam pasaran buruh Jerman. Satu siri data ekonomi positif meningkatkan semula nilai euro ke paras yang lebih tinggi pada minggu lepas.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1418. Menurut kepada CNBC, Bank of England (BoE) akan mula membeli bon bertarikh lama untuk memulihkan fungsi pasaran dan mengurangkan sebarang risiko penularan untuk isi rumah dan perniagaan UK. Kenaikan bulanan hasil bon kerajaan UK telah melonjak ke paras yang tinggi sejak 1957 kerana peserta pasaran telah melarikan diri dari pasaran pendapatan tetap UK, selepas dasar fiskal diumumkan. Pembelian bon tersebut bermula dari 28 September dan bank pusat akan menghentikan pembeliannya pada 14 Oktober. Selain itu, Jawatankuasa Dasar Kewangan bank telah mengakui bahawa disfungsi dalam pasaran bon UK telah menyebabkan risiko material kepada kestabilan kewangan negara. Justeru, mereka memutuskan untuk mengambil tindakan segera. Langkah daripada BoE akan merangsang perbelanjaan negara dalam tempoh jangka pendek, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di UK. Oleh itu, nilai Pound membalikkan arah aliran menurun kepada menaik dalam tempoh yang singkat.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 26 – 30

GOLD

Harga emas meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1665.65 se-troy auns. Sepanjang minggu lepas, harga emas melonjak secara stabil, dibantu oleh kejatuhan hasil perbendaharaan. Pada minggu lalu, Bank of England (BoE) berkata bahawa mereka akan membeli bon British bertarikh lama dalam langkah yang bertujuan memulihkan kestabilan kewangan dalam pasaran yang digegarkan secara global oleh dasar fiskal kerajaan baharu di London. Dengan itu, ia menolak hasil lebih rendah pada perbendaharaan dengan tempoh matang enam bulan dan lebih lama, yang merosot indeks dolar dan merangsang sentimen pasaran terhadap aset emas. Selain itu, dengan ketegangan geopolitik yang berterusan antara Ukraine dan Rusia, harga emas menerima momentum bullish selanjutnya sepanjang minggu.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya sementara mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $81.85 setong. Pada minggu lalu, harga komoditi hitam tersebut melonjak dengan ketara berikutan taufan Ian berkemungkinan mengurangkan bekalan minyak, memburukkan lagi ketidakseimbangan permintaan dan bekalan dalam pasaran global. Selain itu, penurunan inventori minyak AS juga telah mendorong harga komoditi hitam ke paras yang lebih tinggi. Menurut kepada institut EIA, inventori minyak mentah menurun sebanyak 0.215 juta tong, meleset daripada jangkaan pasaran peningkatan 0.443 juta. Tambahan pula, harga minyak mentah juga melonjak berikutan spekulasi pengurangan pengeluaran OPEC+ yang lebih besar pada Jumaat lepas. Menurut kepada berita terkini, OPEC+ akan mempertimbangkan pemotongan keluaran minyak lebih sejuta tong sehari (bpd) minggu depan untuk menangani kelemahan pasaran minyak. Oleh itu, para pelabur akan terus memerhatikan mesyuarat OPEC+ yang akan datang yang dijadualkan pada 5 Oktober untuk menjangka kemungkinan pergerakan produk komoditi hitam ini.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 3 – 7

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Nonfarm Payrolls dan Unemployment Rate bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 3 – 7

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 3hb Oktober 2022
All Day CNY China – National Day
7:50   JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q3) 8 11 9
7:50   JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3) 14 13 13
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Sep) 48.3 48.3
16:30   GBP Manufacturing PMI (Sep) 48.5 48.5
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Sep) 52.2 52.8
Selasa – 4hb Oktober 2022
All Day CNY China – National Day
11:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Oct) 2.85% 2.35%
11:30   AUD RBA Rate Statement
22:00   USD JOLTs Job Openings (Aug) 10.650M 11.239M
23:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
Rabu – 5hb Oktober 2022
All Day CNY China – National Day
4:30   USD API Weekly Crude Oil Stock 4.150M
8:30   AUD Retail Sales (MoM) 0.60% 0.60%
9:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 3.50% 3.00%
9:00   NZD RBNZ Rate Statement
16:30   GBP Composite PMI (Sep) 48.4 48.4
16:30   GBP Services PMI (Sep) 49.2 49.2
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Sep) 205K 132K
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 56 56.9
22:30   USD Crude Oil Inventories -0.215M
Khamis – 6hb Oktober 2022
All Day CNY China – National Day
16:30   GBP Construction PMI (Sep) 48 49.2
19:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30   USD Initial Jobless Claims 203K 193K
22:00   CAD Ivey PMI (Sep) 60.9
Jumaat – 7hb Oktober 2022
All Day CNY China – National Day
9:30   CNY Caixin Manufacturing PMI 49.5
9:30   CNY Manufacturing PMI 49.4
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Sep) 250K 315K
20:30   USD Unemployment Rate (Sep) 3.70% 3.70%
20:30   CAD Employment Change (Sep) 20.0K -39.7K

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.