83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 April 2022                        Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: April 4 – 8

Reviu Pasaran (Forex): Mac 28 – April 1

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bearish ketara minggu lepas di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang lemah. Namun begitu, kerugian Dolar AS adalah terhad berikutan peningkatan ketegangan konflik Rusia-Ukraine. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 98.54.

 

Minggu lepas, Amerika Syarikat telah melepaskan data ekonomi yang lebih buruk daripada jangkaan. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, Gross Domestic Product (GDP) AS mencatat pada bacaan sebanyak 6.9%, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 7.1%. Sebaliknya, Initial Jobless Claims AS telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 188K ke bacaan sebanyak 202K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 197K. Data ekonomi AS yang pasif telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di AS, mendorong para pelabur untuk menjual Dolar AS. Selain itu, Presiden Joe Biden telah menyampaikan ucapan bahawa beliau memutuskan untuk melancarkan pelepasan terbesar dari rizab minyak kecemasan AS dan mencabar syarikat minyak untuk menggerudi lebih banyak minyak mentah dalam usaha untuk menstabilkan harga minyak yang telah melonjak semasa perang Rusia dengan Ukraine. Beliau juga mengulangi bahawa AS akan mengeluarkan 1 juta tong minyak sehari daripada rizabnya. Bekalan minyak tambahan daripada Biden berkemungkinan akan mengurangkan harga komoditi, menyebabkan keturunan risiko inflasi di negara lain. Sentimen tersebut telah menyebabkan para pelabur membeli mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik, mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS.

 

Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya di tengah-tengah peningkatan ketegangan konflik Rusia-Ukraine. Menurut kepada Reuters, tentera Rusia mengebom pinggir Kyiv dan bandar terkepung di utara Ukraine pada 30 Mac 2022 selepas berjanji untuk mengurangkan serangan di sana dalam apa yang diketepikan Barat sebagai muslihat Moscow. Ia telah mencetuskan peralihan sentimen pasaran terhadap aset selamat seperti Dolar AS untuk melindungi modal mereka.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan ia menutup harga pasarannya pada 122.54. Pasangan tersebut menerima momentum bullish selepas Bank of Japan kekal dengan nada dovishnya. Menurut kepada Reuters, Bank of Japan (BoJ) campur tangan untuk menghentikan hasil bon kerajaan daripada meningkat melebihi sasaran utamanya, manakala hasil AS yang meningkat telah mendorong dolar dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang lain. BoJ juga mengulangi pada 28 Mac 2022, ia memutuskan untuk mengekalkan pelonggaran dasar monetari, dan ia telah membuat dua tawaran untuk membeli bon kerajaan tanpa had dengan tempoh matang melebihi lima tahun dan sehingga 10 tahun. Pelonggaran dasar monetari tersebut telah membawa prospek negatif terhadap Yen Jepun, mendorong pelabur untuk menjual Yen dan mencetuskan momentum bearish ke atas pasangan tersebut.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD melonjak pada minggu lepas dan ia menutup harga pasarannya pada 1.1041. Euro menerima momentum bullish susulan dengan bekalan minyak tambahan dari Presiden Biden. Apabila Presiden memutuskan untuk melepaskan rizab minyak kecemasannya, ia akan mengurangkan kos import syarikat di rantau Eropah susulan dengan Eropah adalah negara bergantung kepada minyak Rusia. Ia telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap momentum ekonomi di Eropah, mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke Euro. Namun begitu, keuntungan Euro adalah terhad berdasarkan latar belakang data ekonomi pasif. Menurut kepada Destatis, Germany Unemployment Change telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak -32K ke bacaan sebanyak -18K, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak -20K. Selain itu, Germany Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) merekod pada bacaan sebanyak 56.9, manakala ia lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 57.6. Data ekonomi yang lemah telah mengheret sentimen pasaran ke arah kemajuan ekonomi Eropah, mencetuskan penjualan ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD menyusut pada minggu lepas dan ia menutup harga pasarannya pada 1.3114. Pasangan GBP/USD menerima momentum bearish pada minggu lepas susulan dengan ucapan pasif daripada Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Menurut kepada Reuters, Gabenor Bank of England Andrew Bailey berkata perubahan dalam pasaran komoditi selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan dan cabaran yang dihadapi ekonomi dunia adalah lebih besar berbanding dengan krisis kewangan global. Selain itu, beliau mengulangi bahawa lonjakan harga komoditi dan pasaran pertanian telah menyebabkan syarikat-syarikat mengurangkan jumlah dagangan. Ia membayangkan perkembangan ekonomi yang tidak stabil di England, mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Pound. Namun begitu, kerugian Pound adalah terhad di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Office for National Statistics, Gross Domestic Product (GDP) UK YoY mencatat bacaan sebanyak 6.6%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 6.5%. Data yang buruk tersebut telah membawa prospek positif ke arah momentum ekonomi wilayah UK, mencetuskan momentum bullish ke atas Pound.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 28 – April 1

GOLD

Harga emas menyusut pada minggu yang lalu dan ia menutup harga pasarannya pada $1923.85 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bearish pada minggu lepas susulan dengan ketegangan yang semakin reda antara Rusia-Ukraine pada awal minggu. Ukraine mendakwa bahawa ia berharap rundingan damai bersemuka pertama dengan Rusia dalam tempoh dua minggu. Rundingan damai itu ditetapkan pada 29 Mac 2022 dan ia boleh membawa kepada gencatan senjata, menurut kepada Reuters. Sentimen tersebut telah mengurangkan daya tarikan pasaran terhadap aset selamat seperti emas, mendorong pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah produk yang berisiko. Bagaimanapun, harga emas telah mengehadkan kerugiannya selepas Rusia mengebom bandar-bandar Ukraine, menurut kepada Reuters yang dilaporkan pada 30 Mac 2022. Ketegangan yang semakin meningkat akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan pelabur membeli emas selamat untuk melindungi modal mereka.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $99.38 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bearish di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 di China. Menurut kepada Reuters, Shanghai telah melancarkan penutupan peringkat kedua pada 28 Mac 2022, menutup jambatan dan terowong, dan menyekat lalu lintas lebuh raya untuk membendung peningkatan kes COVID-19 tempatan. Selain itu, Shanghai mendakwa pada 1 April 2022 bahawa mereka memperluaskan sekatan Covid-19 untuk merangkumi separuh barat bandar dan melanjutkan sekatan di timur. Lockdown di China akan membawa kepada kesekatan aktiviti ekonomi, menyebabkan permintaan minyak yang berkurangan. Selain itu, Presiden AS Joe Biden memutuskan untuk menaikkan bekalan minyak daripada rizab kecemasannya, memberikan tekanan lanjut ke atas harga minyak.

 

Tinjauan Pasaran: April 04 – 08

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 4 – 8

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 4hb April 2022
9:30   AUD Retail Sales (MoM) 1.80% 1.60%
17:05   GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 5hb April 2022
 
12:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Apr) 0.10% 0.10%
12:30   AUD RBA Rate Statement
16:30   GBP Composite PMI (Mar) 59.7 59.7
16:30   GBP Services PMI (Mar) 61 61
18:00   EUR ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) 58 56.5
Rabu – 6hb April 2022
16:30   GBP Construction PMI (Mar) 57.3 59.1
22:00   CAD Ivey PMI (Mar) 60.6
22:30   USD Crude Oil Inventories -3.449M
Khamis – 7hb April 2022
2:00   USD FOMC Meeting Minutes
19:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30   USD Initial Jobless Claims 200K 202K
Jumaat – 8hb April 2022
12:30   INR Interest Rate Decision 4.00%
20:30   CAD Employment Change (Mar) 80.0K 336.6K

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.