83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Julai 2022                         Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 4 – 8

Reviu Pasaran (Forex): Jun 27 – Julai 1

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish sepanjang keseluruhan minggu lepas berikutan dengan peningkatan risiko inflasi terus membuka laluan untuk kenaikan kadar yang lebih agresif semasa mesyuarat Rizab Persekutuan akan datang. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang negatif telah dibebaskan. Sehingga Jumaat lepas, Dolar AS telah menutup harganya pada 104.80.

 

Dari segi dasar monetari, Rizab Persekutuan kekal dengan nada hawkish di mana penggubal dasar berikrar untuk meningkatkan kadar faedah yang lebih ketara pada mesyuarat Julai untuk memerangi risiko inflasi. Pada masa kini, ekonomi AS akan mengalami risiko inflasi tertinggi dalam sejarah di mana harga barangan dan perkhidmatan telah melonjak dengan ketara sejak pemulihan daripada wabak Covid-19. Untuk menstabilkan ekonomi yang terlalu panas, ia adalah penting bagi AS untuk menghadapi fasa kemelesetan yang serius, dengan dasar peningkatan kadar faedah walaupun pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh masih kekal negatif. Penyataan hawkish dari AS terus merangsang permintaan pasaran ke atas Dolar AS, di mana mata wang tersebut berjaya mendapatkan semula momentum bullish dan mencecah paras tertinggi dua bulan sekali lagi pada minggu lalu.

 

Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang negatif telah dibebaskan. Sepanjang seminggu yang lalu, AS telah mengeluarkan beberapa siri data suram, termasuk AS Core PCE Indeks dan ISM Manufacturing PMI. Menurut kepada Bureua of Economic Analysis, AS Core PCE Price Indeks  untuk Mei telah memberi bacaan sebanyak 0.3%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Core PCE Price Indeks digunakan untuk menentukan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna untuk tujuan penggunaan, yang tidak termasuk makanan dan tenaga. Bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa inflasi mula perlahan di AS, yang mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan. Selain itu, data PMI pembuatan yang lebih buruk daripada jangkaan telah memberikan tekanan bearish selanjutnya ke atas mata wang. Melangkah ke hadapan, mata peserta pasaran akan memantau perkembangan mengenai data pekerjaan seperti NFP untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah telah didagang dalam satu saluran sisi pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 135.00. Pasangan USD/JPY telah menerima momentum bearish yang ketara susulan dengan pedagang mengambil keuntungan selepas pasangan itu melonjak pada awal minggu, menyebabkan nilai pasangan tersebut untuk menurun dan menutup pasaran pada paras terendah seminggu. Sebelum itu, Yen Jepun mengalami penyusutan yang ketara selepas Bank of Japan mengekalkan kadar faedahnya yang sangat rendah dan menekankan keazamannya untuk menyokong ekonomi yang rapuh dengan rangsangan besar-besaran, satu langkah jelas yang menunjukkan perbezaan dasar dengan seluruh dunia.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah menurun minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0435. Mata wang euro telah menerima momentum bullish berikutan dengan kemungkinan kenaikan kadar ECB telah dihadam oleh peserta pasaran, di mana kadar rasmi akan diselaraskan ke atas dalam dua mesyuarat akan datang. Pada masa yang sama, Presiden ECB Christine Lagarde tidak memberikan pandangan baru atau petunjuk mengenai tinjauan dasar bank pusat dalam ucapannya pada minggu lalu, menyebabkan peserta pasaran telah membahagikan jangkaan magnitud kenaikan kadar. Namun begitu, pasangan mata wang EUR/USD berjaya melantun semula semasa sesi dagangan terakhir hari ini selepas CPI zon Euro menunjukkan bahawa pasaran mengalami tekanan inflasi yang tinggi.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah menurun pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2095. Sepanjang seminggu yang lalu, pasangan mata wang GBP/USD telah menyusut susulan dengan peningkatan Dolar AS, manakala UK mengeluarkan beberapa data, yang kebanyakannya selaras dengan jangkaan pasaran. Awal minggu lalu, nada hawkish daripada ahli Rizab Persekutuan berhubung tinjauan dasar telah mengurangkan daya tarikan ke atas pasangan GBP/USD. Kemudian, data PMI Pembuatan yang lebih lemah daripada jangkaan dari rantau UK telah meningkatkan lagi pertaruhan pasaran terhadap kemungkinan kemelesetan ekonomi yang mungkin berlaku di United Kingdom. Melangkah ke hadapan, para pelabur akan terus menggunakan data ekonomi yang akan datang untuk mengukur pergerakan mata wang pada masa hadapan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 27 – Julai 1

GOLD

Harga emas telah menyusut minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1835.47 setiap troy auns. Harga emas menerima momentum bearish minggu lepas berikutan pengukuhan Dolar AS. Berlatarbelakangkan kitaran kenaikan kadar, indeks dolar terus melonjak manakala daya tarikan ke atas komoditi emas telah berkurangan. Memandangkan ekonomi AS masih dikelilingi oleh tekanan inflasi yang tinggi, kenaikan kadar dianggap sebagai alat yang ‘mesti’ bagi Rizab Persekutuan untuk menurunkan ekonomi yang terlalu panas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah susut semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $107.65 setong. Sepanjang minggu ini, harga minyak mentah telah menerima momentum bearish yang ketara selepas Energy Information Administration (EIA) telah melaporkan beberapa simpanan dalam petrol dan sulingan. Dari segi mesyuarat OPEC+, ahli-ahli OPEC+ bersetuju untuk mengekalkan peningkatan pengeluaran yang dirancang pada bulan Ogos, di mana tiada pam minyak lagi akan dilihat untuk menyejukkan harga minyak mentah yang panas. Hasilnya, OPEC+ akan meningkatkan pengeluaran minyak secara keseluruhan sebanyak 648,000 tong sehari. Walaupun persetujuan ke atas peningkatkan pengeluaran minyak mentah telah dicapai di antara ahli-ahli OPEC, harga minyak tidak menurun dengan ketara memandangkan kapasiti pengeluaran minyak negara tertentu seperti Arab Saudi dan UAE berada pada paras maksimum yang mana sebenarnya adalah mustahil untuk mereka meningkatkan lagi pengeluaran minyak.

 

Tinjauan Pasaran : Julai 4 – 8

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Nonfarm Payroll (NFP) dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 4 – 8

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 4hb Julai 2022
N/A
Selasa – 5hb Julai 2022
09:30 AUD Retail Sales (MoM) 0.9%
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Jul) 1.35% 0.85%
12:30 AUD RBA Rate Statement
16:30 GBP Composite PMI (Jun) 53.1 53.1
16:30 GBP Services PMI (Jun) 53.4 53.4
18:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Rabu – 6hb Julai 2022
16:30 GBP Construction PMI (Jun) 55.0 56.4
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) 54.5 55.9
22:00 USD JOLTs Job Openings (May) 11.050M 11.400M
Khamis – 7hb Julai 2022
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock -3.799M
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30 USD Initial Jobless Claims 230K 231K
22:00 CAD Ivey PMI (Jun) 72.0
23:00 USD Crude Oil Inventories -0.569M -2.762M
Jumaat – 8hb Julai 2022
19:55 EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Jun) 270K 390K
20:30 USD Unemployment Rate (Jun) 3.6% 3.6%
20:30 CAD Employment Change (Jun) 22.5K 39.8K

 

 

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.