83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Oktober 2021                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 4 – Oktober 8

Reviu Pasaran (Forex): September 27 – Oktober 1

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu dengan latar belakang data ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat minggu lalu serta nada yang hawkish dari Fed yang mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.40.

 

Pada minggu lalu, trend keseluruhan untuk dolar AS kekal meningkat dan disokong oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS di tengah-tengah para pelabur berspekulasi bahawa Fed mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengurangkan program pembelian bonnya pada bulan November dan mengetatkan dasar kewangan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi pada masa akan datang. Baru-baru ini, nada dari bank pusat A.S. berubah menjadi suram semasa mesyuarat dasar kewangan dan mengukuhkan pandangan pasaran untuk pengetatan dasar kewangan yang  lebih cepat daripada jangkaan. Menurut kepada Reuters, St. Louis Fed James Bullard mendakwa bahawa beliau menjangkakan kadar inflasi akan meningkat kepada 2.8% sehingga tahun depan, jauh di atas sasaran bank pusat sebanyak 2%. Selain itu, beliau juga yakin bahawa Fed akan mulai mengetatkan dasar pada bulan November untuk menjaga kestabilan inflasi. Selain itu, Presiden Cleveland Fed Loretta Mester mendakwa bahawa beliau menjangka Fed akan mulai mengetatkan dasar pada bulan November dan berakhir pada bulan Jun depan. Di samping itu, Mester juga menegaskan bahawa beliau berspekulasi kenaikan kadar faedah pertama akan datang pada akhir 2022. Hasil perbendaharaan AS meningkat sementara para pelabur terus menghadamkan kemungkinan Fed akan mengetatkan program pelonggaran kuantitatif mereka dalam waktu dekat. Dari segi data ekonomi, Dolar AS mendapat momentum kenaikan yang lebih lanjut berikutan dengan data ekonomi yang optimis dikeluarkan pada minggu lalu. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, data GDP A.S. untuk suku sebelum ini meningkat dari bacaan sebelumnya sebanyak 6.6% kepada 6.7%, melebihi jangkaan pasaran pada 6.6%. Sementara itu, Institut Pengurusan Bekalan melaporkan bahawa data ISM Manufacturing PMI A.S. telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 59.9 hingga 61.1, melebihi ramalan pasaran sebanyak 59.6.

 

Kenaikan secara keseluruhan dolar AS untuk minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS dengan jangkaan prospek ekonomi yang optimis serta nada yang hawkish dari Fed. Walaupun demikian, para pelabur dicadangkan untuk terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan data ekonomi yang lebih penting dan juga keputusan dasar kewangan untuk menerima isyarat perdagangan yang lebih lanjut.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengkhiri sesi Jumaat lalu pada harga 110.95. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada minggu lalu disebabkan oleh kenaikan mata wang Yen Jepun. Yen Jepun telah mendapat momentum bullish yang ketara dengan latar belakang data ekonomi yang optimis dari wilayah Jepun minggu lalu. Menurut kepada bank pusat Jepun, data Tankan Large Manufacturers Indeks Jepun telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya dari 14 kepada 18, melebihi ramalan pasaran sebanyak 13. Ini telah mencetuskan prospek positif untuk momentum ekonomi di Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1595. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan pemangkin dari pasaran Eropah, trend keseluruhan untuk Euro kekal lemah. Para pelabur akan terus meneliti perkembangan terkini mengenai data ekonomi masa depan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah merosot sepanjang minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3550. Mata wang paun sterling telah merosot dengan ketara dengan latar belakang nada yang dovish dari bank pusat England minggu lalu. Menurut kepada Reuters, Gabenor Bank of England Andrew Bailey mendakwa bahawa beliau menjangkakan ekonomi UK akan pulih kepada tahap pengeluaran sebelum pandemik pada awal tahun depan, lebih lambat daripada ramalan bank pusat pada bulan lalu. Ramalan barunya telah mencetuskan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi UK akan lebih perlahan daripada jangkaan di tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 di UK yang terus menurunkan momentum ekonomi. Selain itu, kadar inflasi yang tinggi disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk termasuk pembelian petrol yang panik sejak minggu lalu terus menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi. Walaupun demikian, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini berkenaan dengan data ekonomi penting dan juga perkembangan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan mata wang.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 27 – Oktober 1

GOLD

Harga emas melonjak pada minggu lalu dengan harga $ 1765.10 se troy auns di tengah pembetulan teknikal setelah ia mencapai paras terendah baru-baru ini. Walaupun begitu, momentum keseluruhan bagi emas tetap lemah kerana para pelabur bimbang bahawa Fed mungkin akan bermula untuk mengetatkan dasar kewangannya untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko inflasi di masa depan dan menyeret daya tarikan emas selamat. Namun, kenyataan secara keseluruhan dari Fed untuk sekarang tetap kabur, oleh itu para pelabur akan terus meneliti perkembangan terbaru berkenaan dengan dasar kewangan masa depan untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $75.65. Pasaran minyak mengekalkan trend kenaikannya yang disokong oleh prospek permintaan yang baik susulan dengan program vaksinasi Covid-19 yang cepat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh komoditi hitam ini adalah terhad disebabkan latar belakang data inventori yang rendah. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya -3.481M hingga 4.578M, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak -1.652M.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 4 – 8

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Non-Farm Payroll untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 4 – 8

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 4hb Oktober 2021
N/A
Selasa – 5hb Oktober 2021
08:30   AUD Retail Sales (MoM) -1.70%
11:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Oct) 0.10% 0.10%
11:30   AUD RBA Rate Statement
16:30   GBP Composite PMI (Sep) 54.1 54.1
16:30   GBP Services PMI (Sep) 54.6 54.6
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 60 61.7
Rabu – 6hb Oktober 2021
09:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.50% 0.25%
16:30   GBP Construction PMI (Sep) 55 55.2
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Sep) 430K 374K
22:30   USD Crude Oil Inventories 4.578M
Khamis – 7hb Oktober 2021
19:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30   USD Initial Jobless Claims 350K 362K
22:00   CAD Ivey PMI (Sep) 66
Jumaat – 8hb Oktober 2021
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Sep) 460K 235K
20:30   USD Unemployment Rate (Sep) 5.10% 5.20%
20:30   CAD Employment Change (Sep) 60.0K 90.2K