83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 September 2022                           Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: September 5 – 9

 

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 29 – September 2

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish yang ketara pada minggu lalu selepas beberapa data ekonomi yang optimis telah dikeluarkan, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 109.57.

 

Pada minggu lalu, indeks Dolar AS melanjutkan kenaikannya berikutan beberapa data pekerjaan telah dikeluarkan. Data seperti Nonfarm Payrolls, Initial Jobless Claims dan JOLTs Job Openings telah memberikan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan. Data-data tersebut mencerminkan bahawa pasaran buruh AS masa kini menjadi kukuh secara beransur-ansur, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi AS. Selain itu, indeks Dolar didagangkan dalam aliran menaik di tengah-tengah rancangan kenaikan kadar faedah yang agresif daripada Rizab Persekutuan. Menurut kepada ucapan ahli Fed, mereka telah mengulangi kepentingan kenaikan kadar untuk memulihkan kestabilan harga walaupun langkah tersebut akan membawa kesan negatif ke arah pertumbuhan ekonomi. Presiden Fed Jerome Powell juga mendedahkan bahawa kenaikan kadar yang  “satu lagi luar biasa besar” masih di atas meja untuk mesyuarat seterusnya, yang mencetuskan tarikan Dolar AS. Selain itu, walaupun kadar pengangguran yang lebih tinggi daripada jangkaan telah mengehadkan keuntungan Dolar AS, tetapi ia disebabkan oleh kelonjakan dalam kadar penyertaan tenaga buruh ke 62.4%, iaitu tahap tertinggi tahun ini. Oleh itu, kenaikan 0.2% dalam kadar pengangguran tidak menggambarkan bahawa pasaran buruh berada di ambang keadaan yang tidak menggalakkan.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 140.21. Pasangan tersebut menerima momentum bullish di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) masih kekal dengan dasar monetari dovishnya. Menurut kepada Reuters, ahli lembaga BoJ Toyoaki Nakamura mendakwa pada hari Khamis bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar rendahnya untuk menangani kelembapan ekonomi semasa. Selain itu, beliau mengulangi bahawa pelaksanaan kenaikan kadar oleh bank pusat negara lain untuk menstabilkan risiko inflasi berkemungkinan akan menyebabkan modal daripada ekonomi sedang pesat membangun untuk mengalir keluar, yang merosot prospek ekonomi global. Oleh sebab dasar monetari Jepun kekal berbeza berbanding dengan bank pusat lain, peserta pasaran cenderung untuk mengalihkan modal mereka daripada pasaran Jepun serta memerhati mata wang lain.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 0.9955. Euro menerima momentum bearish berikutan pengukuhan Dolar AS. Namun, kerugian yang dialami oleh Euro adalah terhad di tengah-tengah data CPI yang optimis. Menurut kepada Eurostat, Indeks Harga Pengguna Zon Euro (CPI) YoY bagi Ogos meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.9% ke 9.1%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 9.0%. Angka CPI yang lebih tinggi daripada sebelumnya telah menunjukkan bahawa isu inflasi di zon Euro masih mempunyai tanda untuk meningkat, yang menambah kemungkinan kenaikan kadar faedah daripada ECB untuk mengurangkan harga yang melonjak. Awal minggu lalu, ahli ECB telah menekankan bahawa bank pusat harus menaikkan kadar faedahnya, walaupun langkah tersebut berkemungkinan akan mengganggu pertumbuhan ekonomi. Selain itu, mereka mengulangi bahawa kenaikan kadar yang lebih tinggi akan dipertimbangkan jika risiko inflasi masih berlegar di zon Euro. Sementara kini, peserta pasaran akan memantau kepada keputusan kadar faedah ECB yang dijadualkan pada 8 September.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1513. Pound menerima momentum bearish pada minggu lepas susulan dengan prospek ekonomi UK yang pesimis. Menurut kepada Reuters, Bank of England (BoE) telah mendakwa bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan memasuki kemelesetan pada suku ke-4 tahun ini dan kemelesetan akan bertahan selama lebih daripada satu tahun. Momentum ekonomi yang lemah telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Pound Sterling, mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah mata wang lain seperti Dolar AS.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 29 – September 2

GOLD

Harga emas menurun dengan ketara pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1711.40 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bearish pada minggu lepas di tengah-tengah kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Rancangan kenaikan kadar telah dilihat sebagai pilihan ‘wajib’ untuk menstabilkan inflasi yang semakin meningkat, menyebabkan para pelabur melarikan diri daripada aset yang dilindungi inflasi seperti emas. Selain itu, harga emas melanjutkan kerugiannya berikutan perjanjian nuklear Iran-AS berkemungkinan akan dicapai dalam beberapa minggu yang akan datang. Jika negara AS dan Iran boleh mencapai persetujuan mengenai perjanjian tersebut, ia berkemungkinan akan mengurangkan konflik negara, yang mencetuskan peralihan sentimen daripada aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah merosot dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $87.25 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bearish pada minggu lalu susulan dengan rancangan kenaikan kadar faedah yang agresif daripada Pengerusi Fed telah memburukkan lagi kebimbangan para pelabur terhadap risiko kemelesetan. Di samping itu, penutupan baru yang didorong oleh pandemik Covid-19 di China juga telah memberi tekanan terhadap harga minyak. Oleh sebab China adalah pembeli terbesar komoditi hitam tersebut, penutupan di seluruh bandar utama di China telah mencetuskan kebimbangan permintaan terhadap minyak. Tambahan pula, perjanjian nuklear Iran-AS yang mungkin dicapai dalam beberapa minggu akan datang juga telah menekan harga minyak. AS berkemungkinan akan membatalkan sekatan ke atas minyak Iran jika perjanjian tersebut dapat dicapai, yang membayangkan bahawa bekalan minyak mungkin akan meningkat secara mendadak pada masa hadapan.

 

Tinjauan Pasaran: September 5 – 9

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti ECB Interest Rate Decision dan Fed Chair Powell Speaks bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 5 – 9

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 5hb September 2022
All Day USD United States – Labor Day
All Day CAD Canada – Labor Day
09:30 AUD Retail Sales (MoM) 1.3% 0.2%
16:30 GBP Composite PMI (Aug) 50.9 50.9
16:30 GBP Services PMI (Aug) 52.5 52.5
18:00 CrudeOIL OPEC Meeting
Selasa – 6hb September 2022
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Sep)
16:30 GBP Construction PMI (Aug) 48.0 48.9
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) 55.5 56.7
Rabu – 7hb September 2022
09:30 AUD GDP (QoQ) (Q2) 1.2% 0.8%
14:00 EUR German GDP (QoQ) (Q3) 0.1% 0.1%
17:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 3.25 2.50%
22:00 CAD Ivey PMI (Aug) 48.3 49.6
22:15 GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
Khamis – 8hb September 2022
00:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q2) 0.7% 0.5%
20:15 EUR Deposit Facility Rate (Sep) 0.50% 0.00%
20:15 EUR ECB Marginal Lending Facility 0.75%
20:15 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:15 EUR ECB Interest Rate Decision (Sep)
20:30 USD Initial Jobless Claims 240K 232K
20:45 EUR ECB Press Conference
21:10 USD Fed Chair Powell Speaks
22:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories -3.326M
Jumaat – 9hb September 2022
20:30 CAD Employment Change (Aug) 15.0K -30.6K

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.