83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Februari 2023                 Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 6 – 10

Reviu Pasaran (Forex): Januari 30 – Februari 3

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melantun semula daripada paras terendah baru-baru ini sepanjang seminggu yang lalu di tengah-tengah keluaran siri data ekonomi yang positif. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 102.76.

 

Pada minggu lepas, indeks dolar menerima momentum bullish yang ketara berikutan satu siri data ekonomi yang optimis telah dikeluarkan. Menurut kepada Biro Statistik Buruh AS, NonFarm Payrolls AS mencetak bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada 517K, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya dan ramalan masing-masing pada 260K dan 185K, yang menyiarkan nombor pekerjaan paling kukuh sejak Ogos 2022. Selain itu, pasaran buruh AS juga mengalami penurunan selanjutnya pada kadar pengangguran daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak 3.5% ke 3.4% pada bulan Januari. Sebelum itu, Initial Jobless Claims dan Non-Manufacturing PMI juga memberikan angka yang lebih baik daripada jangkaan, yang menunjukkan bahawa pasaran buruh dan keadaan ekonomi di AS kekal kukuh. Dengan itu, ia mencetuskan spekulasi kenaikan kadar faedah yang agresif daripada Fed.

 

Bagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar adalah terhad selepas Pengerusi Fed mengakui bahawa risiko inflasi semakin berkurangan. Pada minggu lalu, bank pusat AS memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas ke 4.75%, yang merupakan kenaikan kadar rendah kedua berturut-turut selepas empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut. Dalam Sidang Akhbar, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mendakwa terdapat kesan ketara dalam mengurangkan tekanan inflasi, yang membayangkan bahawa Fed berkemungkinan akan berundur daripada dasar monetari penguncupan yang agresif dalam mesyuarat Mac. Walaupun begitu, ia perlu diperhatikan bahawa Fed berkemungkinan akan meningkatkan kadarnya lagi kerana mereka komited untuk memulihkan kestabilan harga, menurut kepada ucapan Fed dalam Sidang Akhbar. Oleh itu, kemungkinan kenaikan kadar lain mungkin tidak dikecualikan.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 131.96. Yen Jepun menerima momentum bearish yang ketara berikutan pengukuhan Dolar AS. Dengan latar belakang data ekonomi yang memberangsangkan, kemungkinan laluan kenaikan kadar yang agresif mungkin terus diteruskan, yang mendorong pasangan tersebut menaik dengan lebih tinggi. Sebaliknya, keuntungan USDJPY dilanjutkan berikutan Timbalan Gabenor Bank of Japan Masayoshi Amamiya berkemungkinan mengambil alih gabenor bank pusat Jepun. Yen telah menyusut apabila pasaran melihat potensi lanjutan dasar monetari ultra-longgar, yang mengheret daya tarikan Yen.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0786. Apabila nilai Dolar AS meningkat sepanjang minggu lalu, EURUSD menerima momentum bearish yang ketara. Namun, kerugian Euro adalah terhad di tengah-tengah kenyataan hawkish Bank Pusat Eropah (ECB). Pada minggu lepas, ECB telah menaikkan kadarnya sebanyak 50 mata asas ke 3.00%. Selepas itu, Presiden ECB Christine Lagarde mendakwa bahawa mereka berkemungkinan untuk melaksanakan satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas dalam mesyuarat Mac untuk memulihkan kestabilan harga.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2038. Apabila nilai Dolar AS meningkat sepanjang minggu lalu, GBPUSD menerima momentum bearish yang ketara. Tambahan pula, Pound Sterling kehilangan kedudukannya berikutan jangkaan penurunan kenaikan kadar faedah. Pada minggu lepas, Bank of England (BoE) telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas ke 4.00%. Bagaimanapun, bank pusat telah menjangka CPI di negara UK akan memuncak pada tahun ini, yang membayangkan bahawa kenaikan kadar yang lebih kecil dalam mesyuarat akan datang mungkin dilaksanakan.

 

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 30 – Februari 3

GOLD

Harga emas mencatatkan kerugian pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1864.41 setiap troy auns. Satu siri data ekonomi yang memberangsangkan telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di AS, menggesa aset selamat tersebut berundur daripada paras tingginya baru-baru ini. Namun begitu, kerugian harga emas adalah terhad berikutan kenyataan dovish daripada Fed. Oleh sebab Pengerusi Fed mengakui bahawa risiko inflasi semakin berkurangan, ia memberikan petanda kenaikan kadar yang lebih rendah mungkin dilaksanakan dalam mesyuarat Mac. Seterusnya, aliran keseluruhan harga emas akan bergantung pada maklumat terkini yang berkaitan tentang keputusan kadar faedah Fed.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $73.36 setong. Harga minyak telah menghadapi tekanan penjualan yang berat sepanjang minggu lalu berikutan peningkatan inventori minyak mentah. Menurut kepada EIA, Inventori Minyak Mentah AS meningkat sebanyak 4.140 juta tong, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.376 juta tong, sementara ia menunjukkan simpanan minyak yang berlebihan di AS. Sebaliknya, kumpulan OPEC+ memutuskan untuk mengekalkan dasar pengeluaran minyak semasa kumpulan pengeluar pada mesyuarat OPEC, yang menunjukkan peningkatan bekalan minyak mentah secara tidak langsung. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh harga minyak adalah terhad selepas pelaksanaan sekatan terhadap produk minyak Rusia pada 5 Februari, yang berkemungkinan menunjukkan pengurangan peredaran minyak dalam pasaran. Jika sekatan telah dilaksanakan oleh negara EU, Rusia mungkin mengambil tindakan dengan menolak penjualan produk minyaknya kepada EU.

 

 

Tinjauan Pasaran: Februari 6 – Februari 10

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada acara dari AS seperti Fed Chair Powell Speaks bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 6 – 10

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 6hb Februari 2023
08:30 AUD Retail Sales (MoM) -3.9% 1.7%
17:30 GBP Construction PMI (Jan) 49.6 48.8
23:00 CAD Ivey PMI (Jan) 42.3 33.4
Selasa – 7hb Februari 2023
02:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Feb) 3.35% 3.10%
Rabu – 8hb Februari 2023
01:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
01:40 USD Fed Chair Powell Speaks
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 6.330M
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 0.376M 4.140M
Khamis – 9hb Februari 2023
15:00 EUR German CPI (YoY) (Jan) 9.2% 8.6%
17:45 GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
18:00 EUR EU Economic Forecasts
18:00 EUR EU Leaders Summit
21:30 USD Initial Jobless Claims 194K 183K
Jumaat – 10hb Februari 2023
15:00 GBP GDP (QoQ) (Q4) 0.4% 1.9%
15:00 GBP Manufacturing Production (MoM) -0.2% -0.5%
18:00 EUR EU Leaders Summit
21:30 CAD Employment Change (Jan) 17.3K 104.0K
23:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Feb) 64.9 64.9

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.