83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 September 2021                  Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 6 – 10

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 30 – September 4

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menjunam dengan ketara padap minggu lalu susulan dengan kenyataan yang dovish dari Fed dan data pekerjaan yang lemah dari Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.10.

 

Sebelum ini, Pengerusi Fed Powell telah meluahkan nada yang berwaspada dalam ucapannya semasa Jackson Hole yang diadakan baru-baru ini. Sementara Powell menunjukkan bahawa bank pusat kemungkinan akan bermula untuk pengetatan sebelum akhir tahun ini, beliau juga memperingatkan terhadap risiko pengetatan dasar yang terlalu awal dan mengulangi bahawa masih ada “banyak ruang yang perlu bertambah baik” agar ekonomi AS dapat mencapai pekerjaan maksimum. Dari segi data ekonomi, Biro Statistik Tenaga Kerja melaporkan bahawa data Non-Farm Payroll A.S. telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 1,053K kepada 235K, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 750K. Sementara itu, kadar pengangguran A.S. memberi bacaan sebanyak 5.2%, sejajar dengan ramalan pasaran pada 5.2%. Data-data pekerjaan yang lemah tersebut akan mendorong Fed untuk meneruskan pelonggaran dasar kewangan yang agresif mereka dan meningkatkan peredaran wang di pasaran kewangan sambil menurunkan daya tarik dolar AS. Selain itu, peningkatan dalam kes Covid-19 dalam beberapa minggu lalu telah meningkatkan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi boleh berhenti dan menurunkan optimisme pasaran dengan lebih lanjut terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting yang lebih jauh serta pernyataan dasar kewangan dari Fed untuk mengukur pergerakan kemungkinan dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.75. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan dolar AS. Selain itu, Yen Jepun sebagai mata wang yang selamat juga mendapat sokongan yang lebih lanjut susulan dengan Amerika Syarikat mengeluarkan data pekerjaan yang negatif. Data negatif tersebut menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi utama tetap lemah dan mengurangkan selera risiko di pasaran kewangan global sambil meningkatkan permintaan pasaran ke arah mata wang Yen Jepun yang selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melonjak sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1755. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kelemahan dolar AS. Selain itu, Euro melanjutkan keuntungan dengan latar belakang data ekonomi yang baik dari rantau Eropah. Menurut kepada Destatis, kadar pengangguran Jerman telah memberi bacaan sebanyak -53K, lebih baik dari jangkaan pasaran sebanyak -40K.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah meningkat pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3625. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan GBP / USD minggu lalu adalah disebabkan oleh kejatuhan dolar AS. Namun, keuntungan yang dialami oleh mata wang paun sterling adalah terhad di tengah-tengah data negatif pada minggu lalu. Menurut kepada Markit Economics, data U.K Services Purchasing Managers Indeks (PMI) dan data U.K Composite Purchasing Managers ‘ Index (PMI) UK masuk pada 55.0 dan 54.8, kedua-duanya adalah  lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 55.5 dan 55.3.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 30 – September 4

GOLD

Harga emas telah melonjak pada minggu lalu dengan harga $ 1781.15 se troy auns di tengah-tengah Pengerusi Fed A.S. Jerome Powell mengeluarkan nada yang dovish dan data pekerjaannya yang lemah dari Amerika Syarikat. telah meluahkan nada yang berwaspada dalam ucapannya semasa Jackson Hole yang diadakan baru-baru ini. Sementara Powell menunjukkan bahawa bank pusat kemungkinan akan bermula untuk pengetatan sebelum akhir tahun ini, beliau juga memperingatkan terhadap risiko pengetatan dasar yang terlalu awal dan mengulangi bahawa masih ada “banyak ruang yang perlu bertambah baik” agar ekonomi AS dapat mencapai pekerjaan maksimum. Di samping itu, data ekonomi yang negatif dari Amerika Syarikat telah mendorong prospek negatif untuk pertumbuhan ekonomi danmengurangkan selera risiko di pasaran FX sambil meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 69.55. Pasaran minyak telah meningkat dengan lebih tinggi dengan latar belakang data inventori yang optimis pada minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -2.979M kepada -7.169M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -3.088M. Namun, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah itu boleh dihadkan di tengah-tengah jumlah kes yang meningkat dari varian Delta di seluruh dunia telah mengurangkan daya tarikan terhadap minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: September 6 – 10

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 6 – 10

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 6hb September 2021
16:30 GBP Construction PMI (Aug) 56.9 58.7
Selasa – 7hb September 2021
12:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Sep) 0.10% 0.10%
12:30   AUD RBA Rate Statement
17:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Sep) 30.0 40.4
Rabu – 8hb September 2021
07:50   JPY GDP (QoQ) (Q2) 0.40% 0.30%
22:00   USD JOLTs Job Openings (Jul) 9.281M 10.073M
22:00   CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:00   CAD Ivey PMI (Aug) 56.4
Tentative   CAD BOC Press Conference
Khamis – 9hb September 2021
19:45   EUR ECB Monetary Policy Statement
19:45   EUR ECB Interest Rate Decision (Aug) 0.00% 0.00%
20:30   USD Initial Jobless Claims 335K 340K
20:30   EUR ECB Press Conference
23:00   USD Crude Oil Inventories -7.169M
Jumaat – 10hb September 2021
14:00   GBP GDP (MoM) 0.80%
14:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Jul) 0.10% 0.20%
20:30   USD PPI (MoM) (Aug) 0.60% 1.00%
20:30   CAD Employment Change (Aug) 75.0K 94.0K