83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Disember 2021                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 6 – 10

Reviu Pasaran (Forex): November 29 – Disember 4

US Dollar

Indeks dolar didagang secara tipis pada minggu lepas berikutan dengan data ekonomi yang bercampuran dari AS. Namun, momentum dan trend pada dolar AS adalah masih bullish berikutan dengan spekulasi terhadap Federal Reserve untuk mengetatkan dasar kewangan dan meningkatkan kadar faedah bagi membendung peningkatan tahap inflasi. Indeks dolar ditutup berhampiran 96.15 pada lewat sesi dagangan hari Jumaat lepas.

 

Dari segi dasar kewangan, dolar AS telah menerima sokongan bullish selepas Fed memberikan isyarat yang hawkish. Pengerusi Fed Jerome Powell mengulas bahawa mereka akan memulakan perbincangan untuk mengurangkan jumlah program pembelian bon beberapa bulan lebih awal berlatarbelakangkan ekonomi yang kukuh, perkembangan pasaran pekerjaan yang lembap dan peningkatan inflasi yang dijangka untuk meningkat sehingga pertengahan tahun 2022. Menurut kepada Fed Fund Futures (digunakan untuk melihat jangkaan peningkatan kadar faedah) memaparkan 74% kemungkinan untuk berlakunya peningkatan sebanyak 25 mata asas pada kadar faedah bagi Mei 2022. Namun, peningkatan pada dolar AS adalah terhad berikutan dengan penularan varian baru koronavirus. Peningkatan kes Omicron berkemungkinan untuk mendorong kerajaan pusat melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan ia akan menjejaskan tahap permintaan dan pembekalan global. Senario tersebut juga akan meningkatkan risiko stagflasi pada masa depan. Dari segi data ekonomi, kadar pengangguran AS telah menyusut dari 4.6% ke 4.2% bagi bulan November, lebih baik daripada ramalan ekonomis iaitu 4.5%. Namun, Nonfarm Payrolls hanya meningkat sebanyak 210K, jauh lebih rendah daripada ramalan iaitu 550K.

 

Secara ringkasnya, prospek pasaran terhadap AS adalah masih kabur berikutan dengan risiko varian Omicron dan data ekonomi yang bercampuran. Justeru, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas isyarat yang lebih lanjut dari AS bagi menentukan arah aliran dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY menerima tekanan bearish pada minggu lepas dan ditutup dengan harga 112.95. Momentum bearish pada USD/JPY telah didorong oleh peningkatan permintaan bagi aset selamat Yen Jepun berikutan dengan peningkatan kes Omicron yang bakal mencetuskan senario perintah kawalan pergerakan. Menurut kepada Reuters, World Health Organization (WHO) telah mengelar Omicron sebagai “varian yang membimbangkan” pada 26hb November berikutan dengan beberapa mutasi yang boleh mengubah cara ia menular dan kesnya terhadap kesihatan.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan penurunannya pada minggu lepas dan ditutup dengan harga 1.1290. Momentum pada euro adalah lebih kepada bearish berikutan dengan jangkaan terhadap Bank Pusat Eropah untuk meneruskan kelonggaran dasar bagi memacu pemulihan ekonomi di EU. Menurut kepada Bloomberg, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde berpendapat bahawa peningkatan inflasi adalah untuk sementara waktu dan ia bakal menyusut kembali bagi jangka masa pertengahan. Oleh itu, Lagarde menegaskan untuk menggunakan dasar kewangan yang longgar bagi memastikan pemulihan ekonomi di seluruh EU.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD meneruskan penurunannya pada minggu lepas dan ditutup dengan harga 1.3235. Pound sterling menerima tekanan menurun berikutan dengan pembebasan data ekonomi yang negatif. Menurut kepada Markit Economics, UK Composite PMI dan UK Services PMI memberikan bacaan sebanyak 57.6 dan 58.5, lebih rendah daripada ramalan iaitu 57.7 dan 58.6 masing-masing. Kedua-dua data yang bearish tersebut telah menurunkan optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 29 – Disember 4

GOLD

Harga emas telah meneruskan penurunannya dan ditutup dengan harga $1,784.50 se troy auns berikutan dengan jangkaan hawkish terhadap Federal Reserve. Para pelabur menjangkakan Fed untuk memulakan proses peningkatan kadar faedah mulai tahun depan bagi menstabilkan tahap inflasi di AS. Oleh kerana pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan bekalan wang di dalam pasaran kewangan global, penyusutan risiko inflasi dijangka untuk menurunkan penampilan aset selamat kelak. Walaubagaimanapun, oleh kerana isyarat yang disampaikan oleh Fed adalah masih tidak menentu, para pelabur akan menunggu isyarat yang lebih lanjut dari AS seperti data ekonomi dan keputusan kadar faedah dari AS bagi menentukan arah aliran bagi emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menurun dengan lebih lanjut pada minggu lepas dan ditutup dengan harga $67.65 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun berikutan dengan peningkatan kes koronavirus Omicron di seluruh dunia yang boleh menjejaskan permintaan bagi komoditi tersebut. Selain itu, data inventori yang bearish dari AS juga telah memberikan tekanan bearish ke atas harga minyak mentah. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak di AS telah menurun sebanyak -0.910M, lebih rendah daripada ramalan iaitu -1.237M.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 6 – 10

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 6 – 10

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 6hb Disember 2021
17:30 GBP Construction PMI (Nov) 52.0 54.6
Selasa – 7hb Disember 2021
11:30   AUD RBA Interest Rate Decision (Dec) 0.10% 0.10%
11:30   AUD RBA Rate Statement
18:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Dec) 25.3 31.7
23:00   CAD Ivey PMI (Nov) 59.3
Rabu – 8hb Disember 2021
1:00   USD EIA Short-Term Energy Outlook
7:50   JPY GDP (QoQ) (Q3) -0.80% -0.80%
16:15   EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00   USD JOLTs Job Openings (Oct) 10.438M
23:00   CAD BOC Press Conference
23:00   CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
23:30   USD Crude Oil Inventories -0.910M
Khamis –9hb Disember 2021
21:30   USD Initial Jobless Claims 228K 222K
Jumaat – 10hb Disember 2021
15:00   GBP GDP (MoM) 0.60%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Oct) 0.10% 0.10%
17:05   EUR ECB President Lagarde Speaks
21:3   USD Core CPI (MoM) (Nov) 0.50% 0.60%