83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 September 2020                             Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 7 – 11

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 7 – 11

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam mata wang utama telah melantun dari tahap rendah sementara mengakhiri sesi minggu lalu pada harga 92.75. Walaupun dengan keputusan yang bercampuran dari data ekonomi secara keseluruhan, keputusannya adalah cukup untuk menyokong dolar AS dan mencegah penurunan yang lebih lanjut.

 

Dari segi data, data ISM Manufacturing PMI telah meningkat dari 54.2 ke 56.0 pada bulan Ogos sementara Non Manufacturing PMI telah turun dari 58.1 ke 56.9. Oleh kerana sektor perkhidmatan tetap penting, keputusan yang bergabung telah cukup untuk memberi kelegaan kepada pasaran. Di samping itu, keadaan pasaran pekerjaan yang semakin bertambah baik juga memberikan keselesaan lebih lanjut bagi dolar AS. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja A.S., jumlah orang yang memohon tuntutan pengangguran yang diwakili oleh data Initial Jobless Claims telah berkurang kepada 881k, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 950K. Selain itu, data Challanger Job Cuts juga bertambah baik kepada sebanyak 115.762K, lebih baik daripada bacaan sebelumnya sebanyak 262.649K. Namun, semua menumpu keepada data Non-Farm Payroll. Mengikuti data dari Biro Statistik Tenaga Kerja AS, AS telah menambah 1371K pekerjaan pada bulan Ogos, sedikit lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 1400K. Namun, bacaannya adalah cukup baik untuk terus menyokong pasaran kerana ditambah dengan data Unemployment Rate yang bertambah baik dari 10.2% kepada 8.4%.

 

Namun, disebabkan oleh peningkatan ketegangan antara AS dan China dan juga koronavirus, kebimbangan pasar dan selera untuk pertaruhan terhadap arah menurun masih tinggi di masa ia  mengehadkan potensi kenaikan untuk dolar AS. Berikutan dengan perkembangan terbaru, Setiausaha Negara Mike Pompeo telah mengumumkan bahawa diplomat kanan China memerlukan izin terlebih dahulu untuk mengunjungi kampus universiti A.S., bertemu dengan pegawai tempatan atau mengatur sebarang acara yang lebih besar daripada 50 orang di luar kawasan kedutaan. Langkah tersebut telah meningkatkan keteganga antara AS dan China setelah AS baru-baru ini memaksa penutupan konsulat China di Houston atas tuduhan pengintipan. Dari segi koronavirus, AS masih belum pulih dari koronavirus susulan dengan institut kesihatan University of Washington telah menjangkakan pada hari Jumaat bahawa kematian dari koronavirus A.S. akan mencapai 410K pada akhir tahun ini. Selain itu, berita mengenai Amerika Syarikat enggan bergabung dalam usaha mengembangkan vaksin yang berkaitan dengan WHO yang juga mengurangkan sentimen pasaran pada minggu lalu.

 

Walaupun begitu, para pelabur kini akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan terkini mengenai vaksin dan berita selanjutnya mengenai hubungan A.S.-China untuk mengukur arah untuk dolar AS. Pada masa yang sama, pasaran juga akan terus memantau kesihatan ekonomi yang dapat dilihat dari data ekonominya.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah meningkat sedikit sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 106.05. Oleh kerana kebanyakan data ekonomi adalah cenderung kepada positif, pasangan ini menerima momentum kenaikan secara keseluruhan. Data Industrial Producion telah melonjak sebanyak 8% pada bulan Julai sementara Retail Sales juga meningkat sebanyak 1%. Selain itu, aktiviti sektor perkhidmatan juga dapat mengelakkan pengecutan yang lebih tinggi susulan dengan PMI menyusut dari 45.4 ke 45.0.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah jatuh pada minggu lalu semasa menutup sesi perdagangan Jumaat lalu dengan harga 1.1836. Minggu lalu, mata wang euro telah dijual dengan ketara dalam pasaran susulan dengan data yang agak mengecewakan dan komen dari ECB telah menyebabkan pasangan ini jatuh. Data German Manufacturing PMI telah turun dari 53.0 ke 52.2 sementara data Eurozone CPI juga turun dari 0.2% kepada -0.2%. Data Retail Sales juga gagal untuk manarik minat dengan bacaan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan iaitu -0.9% berbanding dengan jangkaan 0.5%. Namun,  komen dovish yang akhirnya menyebabkan Euro jatuh dengan tajam minggu lalu. Ketua Ekonomi ECB Philip Lane menyatakan bahawa “kadar euro-dolar dalam halangan 1.20 adalah penting” yang menunjukkan bahawa bank pusat tidak selesa dengan kenaikan mata wang baru-baru ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh secara keseluruhan tetapi berjaya mengehadkan kerugian pada akhir minggu sambil menutup pasaran pada 1.3080. Dari segi data, statistik kebanyakannya adalah cenderung kepada arah negatif. Data UK Manufacturing PMI telah jatuh ke 55.2 dari 55.3. Selain itu, data Composite PMI juga jatuh kepada 59.1 dari 60.3 sementara data Service PMI merosot ke 58.8, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.1. Dari segi dasar kewangan, prospeknya juga suram. BoE menjangkakan bahawa ekonomi akan menyaksikan pengecutan yang lebih ketara daripada yang dijangkakan pada bulan Jun.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 7 – 11

GOLD

Harga emas bergelut untuk mendapat kawalan semula dan jatuh sepanjang minggu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat pada $ 1933.48 se troy auns. Secara keseluruhan, permintaan untuk komoditi yang selamat semakin pudar kerana kekuatan dalam pemulihan di dolar AS telah mendorong para pelabur untuk memilih dolar AS. Di samping itu, hasil bon AS yang meningkat dan niaga hadapan AS yang positif juga menambahkan tekanan penjualan yang lebih lanjut di mana ia mengalihkan permintaan daripada logam kuning yang tidak ada kadar bunga.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menjunam pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan $ 39.46 setong berikutan dengan kebimbangan pasaran terhadap permintaan kekal membebani komoditi hitam ini.

 

Walaupun dengan inventori minyak mentah yang jatuh dilaporkan oleh API dan EIA, data-data positif tersebut tidak dapat meyakinkan para pembeli susulan dengan prospek permintaan yang lemah. Minggu lalu, data dari Refinitive Eikon menunjukkan bahawa jumlah minyak mentah yang tiba di China, pengimport minyak mentah terbesar di dunia, dijangka akan perlahan pada bulan September. Pada masa yang sama, data dari Pay with GasBuddy juga menunjukkan bahawa permintaan untuk bahan bakar telah memuncak pada Ogos 2 dan telah menurun setiap minggu sejak masa itu. Menjelang separuh kedua minggu lalu, Bakers Hughes juga melaporkan bahawa jumlah pelantar minyak di AS meningkat 1 hingga 181 disebabkan oleh penurunan harga. OPEC dan sekutunya termasuk Rusia juga mengurangkan pemotongan pengeluaran mereka kepada 7.7 juta tong sehari juga memberikan alasan lebih lanjut bagi para pelabur untuk menjual komoditi tersebut.

 

Sementara itu, para pelabur akan terus mengawasi data inventori untuk mengukur tahap inventori serta perkembangan yang lebih lanjut di China dan vaksin koronavirus yang berpotensi yang dapat menentukan arah komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: September 07 – 11

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus mengikuti perkembangan terbaru yang berkaitan dengan pengembangan koronavirus, ketegangan antara A.S. dan China dan juga data inflasi yang penting seperti CPI untuk mengukur arah setiap pasangan mata wang.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 07 – 11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb September 2020
N/A
Selasa –8hb September 2020
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q2) -8.1% -0.6%
Rabu – 9hb September 2020
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
22:00 USD JOLTs Job Openings (Jul) 6.000M 5.889M
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
Khamis – 10hb September 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -6.36M
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Sep) 0.00% 0.00%
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement (Sep)
20:30 USD Initial Jobless Claims 838K 881K
20:30 USD PPI (MoM) (Aug) 0.2% 0.6%
20:30 EUR ECB Press Conference
23:00 CrudeOIL EIA Crude Oil Inventories -1.887M -9.362M
Jumaat– 11hb September 2020
14:00 GBP GDP (YoY) -21.7% -1.7%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Jul) 5.0% 11.0%
20:30 USD Core CPI (MoM) (Aug) 0.2% 0.6%