83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 November 2022                            Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: November 7 – 11

 

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 31 – November 4

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama, didagang dalam satu saluran sisi sepanjang minggu lalu apabila sentimen pasaran bercampur-campur.

 

Pada awal minggu, Greenback menerima momentum bullish yang besar kerana data ekonomi baru-baru ini menunjukkan bacaan positif, menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia ini kekal berdaya tahan walaupun kenaikan kadar yang luar biasa sejak pada awal tahun 2022. Dalam mesyuarat Fed November, bank pusat AS telah melaksanakan kenaikan kadar 75 mata asas keempat berturut-turut ke 4.00%, yang membawa kadar faedahnya ke paras tertinggi sejak Januari 2008. Selepas itu, Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi dalam FOMC Press Conference bahawa bank pusat akan meneruskan laluan kenaikan kadar yang agresif untuk menurunkan risiko inflasi ke sasaran 2%, yang mencetuskan daya tarikan Dolar AS. Kenaikan kadar yang berterusan dan kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan telah mendorong Dolar AS untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan pelabur. Namun, keuntungan telah dikupas oleh data pekerjaan yang suram. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, kadar pengangguran di AS meningkat ke 3.7% daripada 3.5% pada bulan September, menunjukkan beberapa tanda kelonggaran dalam pasaran buruh AS. Dengan latar belakang ini, para pelabur mengambilnya secara negatif dan menganggap bahawa Rizab Persekutuan beralih ke arah laluan kenaikan kadar konservatif, di mana kenaikan kadar faedah yang lebih kecil akan berlaku pada bulan Disember.

 

Sementara kini, peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada pilihan raya separuh penggal AS, yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu. Selain itu, data CPI yang akan dikeluarkan pada hari Khamis juga akan memberi tanda-tanda kepada para pelabur untuk menentukan arah aliran jangka panjang indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dalam satu saluran sisi pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 146.60. Pasangan mata wang tersebut telah menerima momentum bercampur-campur kerana kerajaan Jepun berikrar bahawa volatiliti Yen Jepun terlalu cepat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kejatuhan satu hala dalam Yen Jepun adalah buruk untuk ekonomi Jepun. Dengan itu, ia membayangkan bahawa kerajaan Jepun mungkin akan melaksanakan intervensi terhadap mata wangnya untuk mengelakkan pergerakan menurun selanjutnya. Walau bagaimanapun, kenyataan hawkish dari Rizab Persekutuan terus menyokong pasangan USD/JPY, yang mengehadkan kerugian pasangan tersebut.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dalam satu saluran sisi dan menutup harga pasarannya pada 0.9958. Pada awal minggu ini, pasangan mata wang tersebut menerima momentum bearish yang lanjut apabila data ekonomi yang optimis dan kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan mencetuskan daya tarikan indeks dolar. Walau bagaimanapun, kerugian dihadkan oleh kadar pengangguran yang melambung tinggi di negara AS, di mana kadar pengangguran meningkat daripada 3.5% ke 3.7%, lebih tinggi daripada ramalan konsensus sebanyak 3.6%. Sementara kini, pasangan mata wang EUR/USD masih bergantung kepada arah aliran dolar.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1370. Pound Sterling menerima momentum bearish pada minggu lepas apabila Bank of England (BoE) memberikan kenyataan dovish mengenai prospek ekonomi UK. Dalam mesyuarat BoE, BoE menaikkan kadar faedah ke 3% daripada 2.25%, kenaikan kadar terbesar sejak 1989. Selain itu, bank pusat UK meramalkan bahawa kadar inflasi akan mencapai paras tertinggi 40 tahun sekitar 11% pada suku semasa, tetapi Britain telah sudah memasuki kemelesetan yang berpotensi bertahan dua tahun – lebih lama daripada krisis kewangan pada 2008-09. Dengan prospek pesimis ini, Pound Sterling dijual oleh peserta pasaran walaupun kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas dilaksanakan. Selain itu, masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi British masih wujud. Pada bulan September, inflasi harga pengguna kembali ke paras tertinggi 40 tahun sebanyak 10.1%, dan ia berkemungkinan meningkat lagi pada masa akan datang susulan dengan harga tenaga di UK meningkat. Tambahan pula, kerajaan UK baharu masih menyusun semula rancangan jangka panjang mereka untuk meredakan ketidaktentuan pasaran serta mendapatkan semula keyakinan penduduk.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 31 – November 4

GOLD

Harga emas melonjak dengan ketara selepas menguji paras rendah baru-baru ini, dan menutup harga pasarannya pada $1680.90 se-troy auns. Pada awal minggu lalu, harga emas menerima tekanan jualan yang besar kerana kenyataan kenaikan kadar yang hawkish daripada Rizab Persekutuan telah mengurangkan daya tarikan emas. Bagaimanapun, kerugian emas telah diterbalikkan pada hari Jumaat lalu. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, kadar pengangguran di AS meningkat ke 3.7% daripada 3.5% pada bulan September, menunjukkan beberapa tanda kelonggaran dalam pasaran buruh AS. Dengan latar belakang ini, para pelabur mengambilnya secara negatif sambil menganggap bahawa Rizab Persekutuan beralih ke arah laluan kenaikan kadar konservatif, di mana kenaikan kadar faedah yang lebih kecil akan berlaku pada bulan Disember. Dengan latar belakang sedemikian, ia mencetuskan permintaan para pelabur terhadap produk emas, menyebabkan harga emas melonjak lebih daripada $60 setiap troy auns semasa sesi dagangan Jumaat lalu.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $92.55 setong. Harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya apabila pasaran minyak dipenuhi dengan pemangkin positif, termasuk pemotongan pengeluaran minyak OPEC+, cabutan inventori minyak AS serta sekatan sekutu G7 ke atas minyak Rusia, yang akan berkuat kuasa hampir sebulan. Mulai daripada 1 Nov, OPEC dan sekutunya akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 2 juta tong sehari, dan rancangan tersebut akan bertahan sehingga akhir tahun depan. Selain itu, data inventori EIA dan API baru-baru ini juga menunjukkan hasil yang besar pada minggu lepas, mencerminkan bahawa isu ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan minyak mentah. Akhir sekali, sekatan had harga daripada G7 dijangka menyekat eksport minyak dari Rusia. Dengan itu, bekalan minyak yang tidak mencukupi di seluruh dunia akan menggesa harga minyak untuk menaik ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

 

 

 

 

Tinjauan Pasaran: November 7 – 11

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti CPI (YoY) bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 7 – 11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb November 2022
16:40 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa – 8hb November 2022
N/A
Rabu – 9hb November 2022
01:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -3.115M
Khamis – 10hb November 2022
21:30 USD Core CPI (MoM) (Oct) 0.5% 0.6%
21:30 USD CPI (YoY) (Oct) 8.0% 8.2%
21:30 USD Initial Jobless Claims 220K 217K
Jumaat – 11hb November 2022
15:00 GBP GDP (YoY) (Q3) 2.1% 4.4%
15:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Sep) -0.8% -1.6%
15:00 EUR German CPI (YoY) (Oct) 10.4% 10.4%

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.