83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 November 2021                  Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 8 – 12

Reviu Pasaran (Forex): November 1 – 5

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut pada minggu lalu di tengah-tengah keputusan kadar faedah daripada Fed. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu pada harga 94.15.

 

Dolar AS telah mengalami  momentum penurunannya dengan latar belakang nada yang dovish daripada pengerusi Fed A.S Jerome Powell. Beliau telah mendakwa bahawa tekanan peningkatan pada harga adalah “dijangka untuk sementara waktu sahaja” sambil mengekalkan kadar faedah AS pada kadar hampir 0% untuk mengekalkan kestabilan ekonomi.

 

Namun begitu, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad selepas Fed mula mengurangkan pembelian bon bulanan mereka. Fed mengumumkan bahawa mereka akan mula mengurangkan program pembelian bon bulanan besar-besaran sebanyak $120 bilion bulan ini untuk membendung kadar inflasi yang melonjak. Permintaan pengguna yang melonjak di Amerika Syarikat telah bertembung dengan gangguan rantaian bekalan dan ini telah mendorong harga barangan melonjak dengan ketara dalam beberapa sektor lebih lama daripada jangkaan bank pusat. Berlatarbelakangkan dengan pemulihan yang teguh, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berjanji untuk mengurangkan pembelian sekuriti perbendaharaan sebanyak $10 bilion sebulan sambil mengurangkan pembelian sekuriti gadai janji balik agensi sebanyak $5 bilion sebulan. Program pengurangan bon berkemungkinan akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan global dan mendorong kepada momentum kenaikan harga pada dolar AS.

 

Dari segi data ekonomi, data pekerjaan AS menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan telah  menggambarkan momentum pemulihan yang stabil dalam pasaran buruh AS. Menurut Biro Statistik Buruh, data U.S. Nonfarm Payrolls telah memberi bacaan sebanyak 531K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 450K. Di samping itu, data kadar pengangguran A.S. pada Oktober telah memberi bacaan sebanyak 4.6%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.7%.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah jatuh dengan ketara minggu lepas sementara mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 113.40. Yen Jepun telah mengalami keuntungan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko. Keputusan kadar faedah yang mengecewakan daripada Bank of England (BoE) telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke tempat selamat seperti Yen Jepun. Sebaliknya, USD melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah nada dovish daripada Pengerusi Fed A.S Jerome Powell. Fed memilih untuk mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah  untuk  mengekalkan kestabilan ekonomikerana tekanan inflasi dijangka untuk sementara waktu.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah merosot sedikit minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1565. Euro mengalami kerugiannya susulan dengan nada yang dovish daripada ECB. Menurut kepada ahli ECB Isabel Schnabel, beliau menyatakan bahawa tekanan inflasi semasa dijangka untuk kekal sementara waktu manakala kenaikan kadar faedah hanya akan dimulakan pada tahun depan paling awal. ECB juga menganggarkan bahawa tekanan inflasi semasa akan menyusut sebelum akhir tahun 2021 sambil berlegar di sekitar sasaran 2%.

 

Namun begitu, momentum penurunan harga pasangan EUR/USD adalah terhad di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang melambung tinggi di AS. Data pekerjaan AS yang menggalakkan baru-baru ini mencadangkan pasaran buruh yang bertambah baik boleh mengakibatkan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna di rantau ini.

 

Dari segi data ekonomi, menurut kepada Markit Economics, data Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) Jerman untuk Oktober tekah jatuh daripada bacaan sebelumnya sebanyak 58.4 kepada 57.8, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 58.2. Data tersebut telah mencadangkan kelembapan dalam sektor pembuatan di rantau ini yang disebabkan oleh kekurangan bekalan global baru-baru ini dan mengakibatkan kilang bergelut untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah merosot pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.3495. Mata wang paun sterling telah jatuh pada minggu lepas di tengah-tengah nada yang dovish daripada bank pusat England  (BoE). Pada hari Khamis, bank pusat England (BoE) telah mengumumkan keputusannya dengan mengekalkan kadar faedah pada 0%, sambil mengekalkan program pembelian bonnya yang berjumlah 895 bilion paun. Pengumuman dasar kewangan BoE tersebut telah mengurangkan harapan para pelabur yang meletakkan pertaruhan mereka pada BoE untuk menjadi salah satu bank pusat dunia untuk meningkatkan kadar faedah. Para penggubal dasar BoE juga menambah bahawa mereka bimbang tentang kejatuhan inflasi UK jauh di bawah sasaran 2% mereka pada 2023 dan 2024 disebabkan oleh unjuran penurunan harga tenaga pada separuh kedua 2022. Selain itu, bank pusat England juga bimbang tentang pertumbuhan gaji pasca-Covid di rantau ini. Menurut kepada Gabenor BoE Andrew Bailey, beliau ingin mencari lebih banyak petunjuk daripada data pekerjaan pada masa hadapan susulan dengan pemansuhan skim cuti kerja sebelum ini.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 1 – 5

GOLD

Harga emas telah melonjak dengan ketara pada minggu lepas kepada harga $1817.85 se troy auns di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko. Harga emas telah mengalami momentum bullish selepas pengumuman keputusan Fed untuk mengekalkan kadar faedahnya demi membendung tekanan inflasi. Di samping itu, data pekerjaan AS yang menggalakkan baru-baru ini dijangka meningkatkan tekanan inflasi di AS disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat. Kebimbangan terhadap inflasi yang melambung tinggi di AS telah mendorong permintaan emas sebagai tempat selamat untuk melindung nilai daripada risiko inflasi. Selain itu, nada yang dovish dari bank pusat England juga meningkatkan permintaan emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah jatuh sedikit pada minggu lepas semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $81.15. Harga minyak telah mengalami momentum bearish di tengah-tengah data inventori minyak yang negatif. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah  A.S. telah memberi bacaan sebanyak 3.291M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran pada 2.225M. Walaupun begitu, momentum bearish yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad kerana OPEC dan ahlinya bersetuju untuk berpegang kepada rancangan mereka untuk meningkatkan pengeluaran minyak mereka sebanyak 400,000 tong sehari (bpd) mulai Disember, sambil mengabaikan permintaan daripada AS untuk meningkatkan pengeluaran secara drastik untuk menenangkan kenaikan harga bahan api.

 

Tinjauan Pasaran: November 8 – 12

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti data ADP Nonfarm Employment Change dan ISM Non-Manufacturing PMI untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur. Begitu juga, para pelabur juga akan memantau perkembangan yang terkini berkaitan keputusan kadar faedah Fed.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 8 – 12

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 8hb November 2021
N/A
Selasa – 9hb November 2021
18:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Nov) 20 22.3
21:30   USD PPI (MoM) (Oct) 0.60% 0.50%
Rabu – 10hb November 2021
21:30   USD Core CPI (MoM) (Oct) 0.40% 0.20%
21:30   USD Initial Jobless Claims 265K 269K
21:30   USD Initial Jobless Claims 281K
23:30   USD Crude Oil Inventories 3.291M
Khamis –11hb November 2021
08:30   AUD Employment Change (Oct) 50.0K -138.0K
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Oct) 3.10% 3.10%
15:00   GBP GDP (YoY) (Q3) 6.80% 23.60%
15:00   GBP GDP (QoQ) (Q3) 1.50% 5.50%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Sep) 0.10% 0.50%
18:00   EUR ECB Forecast
Jumaat – 12hb November 2021
23:00   USD JOLTs Job Openings (Sep) 10.925M 10.439M