83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Januari 2023                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 9 – 13

 

Reviu Pasaran (Forex): Januari 2 – 6

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama meningkat sepanjang minggu lalu apabila data ekonomi bercampur-campur mengganggu dan mengelirukan sentimen pasaran. Indeks dolar menutup harganya pada 103.60.

 

Pada minggu lalu, dolar AS menerima momentum bullish yang besar apabila para pelabur memulakan tahun 2023 dengan pandangan yang agresif mengenai pelan kenaikan kadar Fed. Sebaliknya, di tengah-tengah data buruh yang optimis, termasuk JOLTs Job Openings, Initial Jobless Claims, and ADP Nonfarm Payrolls pun telah memberikan rangsangan kepada indeks dolar lagi. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, JOLTs Job Openings AS mencapai 10.458M, jauh lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 10.000M. Selain itu, laporan senarai gaji swasta ADP untuk bulan terakhir 2022 menunjukkan bahawa bilangan pekerjaan telah meningkat ke 234K, mengatasi ramalan konsensus sebanyak 150K, menandakan bahawa pasaran buruh AS kekal panas dan berdaya tahan. Selain itu, Jabatan Buruh juga melaporkan data Initial Jobless Claims dengan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan, yang mencetuskan momentum bullish selanjutnya dalam pasaran dolar AS. Menurut kepada laporan tersebut, bilangan pengangguran telah mencapai bacaan sebanyak 204K, lebih rendah daripada ramalan ekonomi sebanyak 225K, menyegarkan rekod jumlah tuntutan terendah dalam 14 minggu.

 

Selain itu, Presiden Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard membentangkan pandangannya mengenai prospek tahun 2023 awal hari ini. Dalam ucapan itu, beliau mendedahkan bahawa tahun 2023 mungkin adalah tahun disinflasi, tetapi dasar itu belum cukup mengehadkan lagi. Dengan latar belakang kenyataan hawkish daripada Fed Bullard, para pelabur memutuskan untuk mengeluarkan diri daripada aset berisiko dan bergegas ke pasaran dolar. Walau bagaimanapun, kami telah melihat indeks dolar mengalami penurunan mendadak selepas AS mengeluarkan data Non-Farm Payrolls dan Kadar Pengangguran. Menurut kepada Jabatan Buruh, Nonfarm Payrolls AS dan Kadar Pengangguran mencapai 223K dan 3.5%, mengatasi ramalan ahli ekonomi masing-masing pada 200K dan 3.7%. Walaupun data menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kekal ketat dan berdaya tahan, sentimen pasaran kekal masam apabila PMI perkhidmatan AS menyusut dengan ketara untuk bulan Disember. Menurut kepada ISM, Non-Manufacturing PMI AS menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 55.0 ke 49.6, menyegarkan rekod penguncupan kali pertama sejak Mei 2020.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 132.05. Pasangan tersebut menerima momentum bullish berikutan kenaikan indeks dolar. Sepanjang minggu lalu, data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan telah memberi isyarat bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan dan panas. Bagaimanapun, kenaikan indeks dolar dihadkan oleh data Perkhidmatan AS yang lemah. Bacaan Perkhidmatan PMI AS yang lebih lemah daripada jangkaan mencetuskan tekanan jualan besar dalam pasaran dolar AS kerana ia menunjukkan penguncupan dalam sektor yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi AS.

 

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0640. Euro telah dirosot oleh angka inflasi yang lebih lemah daripada jangkaan di zon Euro. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Index (CPI) YoY bagi Disember mencapai bacaan sebanyak 9.2%, melepasi ramalan pasaran sebanyak 9.7%. Dengan latar belakang risiko inflasi yang semakin berkurangan, ia mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Bank Pusat Eropah dalam masa terdekat.

 

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merekodkan beberapa kerugian pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2090. Pada minggu lepas, Pound Sterling menerima momentum bearish yang ketara selepas negara AS mengeluarkan satu siri data pekerjaan yang positif. Selain daripada itu, disebabkan anggaran pesimis BoE berkenaan dengan prospek ekonomi, Pound sterling gagal untuk mengekalkan kedudukannya daripada kerugian. Walaupun begitu, pasangan mata wang tersebut kembali bersinar dan melonjak dengan ketara selepas AS melaporkan bacaan PMI perkhidmatan kontrak.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 2 – 6

GOLD

Harga emas melonjak sepanjang minggu lalu dan menutup harga pasarannya pada $1865.70 setiap troy auns. Kenaikan harga emas dilanjutkan secara mendadak, terutamanya semasa sesi dagangan terakhir minggu ini, di mana aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan AS menguncup pada Disember dengan ISM Perkhidmatan PMI menurun ke 49.6 daripada 56.5 pada November. Bacaan ini lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 55. Data perkhidmatan yang lebih lemah daripada jangkaan disebabkan terutamanya oleh permintaan yang semakin lemah dalam sektor tersebut, manakala harga sektor perkhidmatan merosot dengan ketara, memberikan lebih banyak bukti bahawa inflasi terus berkurangan.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah berakhir minggu lalu pada $73.65 setong. Harga minyak mentah menjunam ke ‘laut merah’ kerana para pelabur bimbang tentang pemulihan ekonomi China di tengah-tengah kes koronavirus yang tinggi. Beberapa minggu lalu, kerajaan China memutuskan untuk menarik balik sekatan Covid-19 bagi membangunkan ekonomi yang telah diganggu selama lebih dua tahun sejak wabak tersebut. Akibatnya, ekonomi China bersedia untuk pemulihan yang kukuh. Namun, apabila ekonomi China dibuka semula, wabak koronavirus merebak secara tidak terkawal, pusat perubatan China yang kehabisan katil berada di ambang penutupan. Akibatnya, prospek pemulihan ekonomi China tidak menentu, menimbulkan keraguan terhadap permintaan minyak dalam jangka pendek.

 

 

Tinjauan Pasaran: Januari 9 – 13

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti CPI (YoY) bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 9 – 13

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 9hb Januari 2023
All Day JPY Japan – Respect for the Aged Day
Selasa – 10hb Januari 2023
22:00   USD Fed Chair Powell Speaks
Rabu – 11hb Januari 2023
1:00   USD EIA Short-Term Energy Outlook
5:30   USD API Weekly Crude Oil Stock 3.298M
8:30   AUD Retail Sales (MoM) (Nov) 0.70% -0.20%
23:30   USD Crude Oil Inventories 1.694M
Khamis – 12hb Januari 2023
21:30   USD Core CPI (MoM) (Dec) 0.30% 0.20%
21:30   USD CPI (MoM) (Dec) 0.10% 0.10%
21:30   USD CPI (YoY) (Dec) 6.50% 7.10%
21:30   USD Initial Jobless Claims 220K 204K
Jumaat – 13hb Januari 2023
15:00   GBP GDP (YoY) 1.90%
15:00   GBP GDP (QoQ) -0.30%
15:00   GBP GDP (MoM) -0.30% 0.50%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Nov) -0.20% 0.70%

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.