83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Mei 2022                  Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 9 – 13

 

Reviu Pasaran (Forex): Mei 2 – 6

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungan

di tengah-tengah kebimbangan para pelabur terhadap risiko inflasi, yang mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke pasaran Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup pasarannya pada 103.68.

 

Pada minggu lalu, Indeks Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya berikutan dengan risiko inflasi yang melambung tinggi susulan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang di mana telah membawa kepada gangguan rantaian bekalan global. Menurut kepada Reuters, para pelabur masih membimbang bahawa kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan pada hari sebelumnya tidak akan mencukupi untuk memerangi inflasi yang melonjak. Oleh itu, para pelabur menjangkakan bahawa satu lagi kenaikan kadar yang agresif daripada Fed dalam mesyuarat FOMC seterusnya untuk melindung nilai mata wang daripada risiko inflasi. Kenaikan kadar daripada Fed akan terus meningkatkan nilai Dolar AS. Selain itu, memandangkan pelabur bimbang tentang kesan negatif risiko inflasi, ia telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap aset selamat seperti Dolar AS, mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke Dolar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik. Sebaliknya, menurut kepada Biro Statistik Buruh, NFP AS telah memberikan bacaan sebanyak 428K, melebihi ramalan pasaran 391K. Nonfarm Payrolls mengukur perubahan dalam bilangan orang yang mendapat pekerjaan pada bulan sebelumnya, yang tidak termasuk industri perladangan. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa terdapat lebih ramai orang bekerja di AS, yang membawa prospek positif terhadap kemajuan ekonomi di AS.

 

Namun begitu, keuntungan Dolar AS adalah terhad berikutan nada dovish daripada Rizab Persekutuan. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengecualikan kebarangkalian kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas, walaupun beliau berkata bank pusat AS akan bertindak secara agresif untuk mencedung inflasi. Kenaikan kadar yang lebih kecil daripada Fed mungkin akan mengurangkan pulangan bebas risiko pelabur, mencetuskan peralihan sentimen terhadap mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik. Namun begitu, beliau mengulangi bahawa peningkatan kadar faedah sebanyak 50 mata asas perlu disediakan untuk beberapa mesyuarat akan datang.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas ke paras 130.57. Pasangan ini telah menerima momentum kenaikan harga di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) kekal dengan nada dovishnya, di mana ia akan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar. BoJ telah menggunakan kadar faedah negatif -0.1% kepada Baki Kadar Dasar dalam akaun semasa yang dipegang oleh institusi kewangan di Bank. Selain daripada itu, bank pusat Jepun itu juga akan membeli bon kerajaan Jepun 10 tahun pada 0.25% tanpa had setiap hari. Selain itu, kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap Dolar AS, mendorong pelabur membeli Dolar AS yang mempunyai prospek lebih baik dan menjual Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas dan menutup di paras 1.0548. Euro telah menerima momentum bearish selepas Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan bahawa ia tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah. Menurut kepada Reuters, Fabio Panetta kekal enggan mengetatkan dasar dalam beberapa bulan lepas walaupun EU telah mengalami lonjakan inflasi yang mencecah paras tertinggi sejak mata wang tunggal itu diperkenalkan. Nada dovish daripada ECB telah mencetuskan sentimen peralihan ke pasaran mata wang lain seperti Dolar AS. Sebaliknya, lonjakan harga komoditi seperti minyak mentah telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Euro. Memandangkan Eropah adalah salah satu daripada yang bergantung kepada komoditi, lonjakan harga komoditi akan menyebabkan kos import syarikat Eropah melambung tinggi, yang mungkin membawa kepada gangguan perkembangan ekonomi di rantau Eropah, dan mendorong lagi momentum bearish pada pasangan itu.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah dan menutup minggu lepas di 1.2346. Pound menerima momentum bearish pada minggu lalu berikutan kebimbangan risiko stagflasi di rantau UK, walaupun Bank of England (BoE) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Pada minggu lepas, BoE menunjukkan fakta bahawa ekonomi UK sedang menghadapi kemelesetan. Inflasi tahunan UK mencecah paras tertinggi 30 tahun sebanyak 7% pada bulan Mac, melebihi paras sasaran BoE kerana harga makanan dan tenaga terus melonjak dengan ketara. Data Consumer Confidence UK telah menjunam ke paras hampir terendah pada bulan April di tengah-tengah prospek negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pada masa ini, BoE menjangkakan bahawa inflasi UK mungkin akan meningkat kepada kira-kira 10% tahun ini akibat perang Rusia-Ukraine dan penutupan di China, yang mencetuskan kebimbangan lanjut mengenai gangguan bekalan.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): May 2 – 6

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup harganya di paras $1,882.80 se troy auns. Harga emas telah menerima momentum bearish pada minggu lepas disebabkan oleh pengukuhan Dolar AS. Keputusan kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan mungkin akan mengurangkan Dolar AS yang sedia ada di pasaran, dan meningkatkan nilai mata wang Dolar Indeks. Selain itu, keputusan kenaikan kadar telah membawa kepada lonjakan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun, mendorong pelabur menjual aset seperti emas dan membeli aset selamat seperti Bil Perbendaharaan AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya pada minggu lepas dan menutup dengan harga $110.61 setong. Harga minyak mentah telah menerima momentum bullish disebabkan oleh Kesatuan Eropah (EU) telah mencadangkan sekatan ke atas minyak dari Rusia. Menurut kepada CNBC, Suruhanjaya Eropah, telah mengeluarkan kenyataan pada 4 Mei, yang mendakwa bahawa mereka akan mengemukakan sekatan baharu terhadap Kremlin, yang akan termasuk fasa yang selama 6 bulan terhadap minyak mentah import dari Rusia. Pelaksanaan sekatan daripada EU akan mengurangkan peredaran minyak di pasaran, menyebabkan harga minyak mentah melonjak. Selain itu, OPEC+ memberikan ucapan bahawa tiada bekalan minyak tambahan untuk Eropah untuk menggantikan minyak dari Rusia, memacu momentum kenaikan harga minyak.

 

 

Tinjauan Pasaran: Mei 9 -13

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari UK, EU dan AS di dalam minggu ini bagi menentukan arah aliran bagi mata wang masing-masing.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 9 – 13

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 9hb Mei 2022
N/A
Selasa – 10hb Mei 2022
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (May) -42.5 -41.0
Rabu – 11hb Mei 2022
00:00 USD EIA Short-Term Energy Outlook
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30 USD Core CPI (MoM) (Apr) 0.4% 0.3%
22:00 USD CPI (MoM) (Apr) 0.2% 1.2%
22:30 USD Crude Oil Inventories -0.829M 1.302M
Khamis – 12hb Mei 2022
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q1) 1.0% 1.3%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Mar) -0.5% -0.4%
20:30 USD Initial Jobless Claims 194K 200K
20:30 USD PPI (MoM) (Apr) 0.5% 1.4%
Jumaat – 13hb Mei 2022
22:00 USD Michigan Consumer Sentiment (May) 64.0 65.2

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.