83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Januari 2022                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 10 – 14

Reviu Pasaran (Forex): Januari 3 – 7

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah berundur dengan latar belakang data-data ekonomi yang buruk serta peningkatan yang ketara untuk kes Covid-19 di Amerika Syarikat, menimbulkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk melaksanakan semula sekatan Covid-19 bagi memerangi kes yang meningkat. Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan jangkaan hawkish daripada Bank Pusat AS. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 95.65.

 

Pada minggu yang lalu, kebanyakan data ekonomi penting dari Amerika Syarikat telah memberi bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan pasaran. Menurut kepada Institusi for Supply Management, A.S. ISM Manufacturing Purchasing Managers Indeks menyusut dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 61.1 ke bacaan sebanyak 58.7, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.0. Sementara tersebut, AS JOLTs A.S. dan A.S. Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 10.562M dan 207K, yang lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing sebanyak 11.075M dan 197K. Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat memberi bacaan yang rendah sebanyak 199K, lebih buruk daripada jangkaan sebanyak 400K. Penurunan ini secara relatifnya disebabkan oleh pengambilan pekerja yang lebih rendah di semua sektor ekonomi, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Walau bagaimanapun, Dolar A.S. telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Isu rantaian bekalan yang berterusan serta kekurangan kakitangan telah meningkatkan kadar inflasi dalam pasaran kewangan global, yang mencetuskan harapan untuk Rizab Persekutuan melaksanakan pengetatan dasar monetari bagi menstabilkan risiko inflasi pada masa hadapan. Menurut kepada minit mesyuarat FOMC, beberapa pegawai Fed mencadangkan bahawa pengetatan dasar monetari harus dilaksanakan dengan pantas susulan dengan kadar inflasi sementara kini telah mencapai paras tertinggi dalam 30 tahun. Pada masa yang sama, Monetari Polisi Komitee (MPC) juga membincangkan kemungkinan untuk mengurangkan proses pembelian bon mereka selepas kenaikan kadar dimulakan untuk memerangai peningkatan inflasi. Selepas minit mesyuarat telah dibebaskan, Alat Pemantau Kadar Fed menunjukkan bahawa para pelabur menjangkakan bahawa kebarangkalian sebanyak 80% kenaikan kadar semasa mesyuarat dasar Mac.

 

Buat masa ini, pelabur akan dicadangkan untuk memantau data ekonomi penting dari Amerika Syarikat, penyata dasar monetari daripada FOMC serta perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 115.85. Prospek ekonomi keseluruhan dari rantau Jepun kekal bearish berikutan data ekonomi telah menunjukkan bahawa gaji sebenar Jepun jatuh dengan ketara pada bulan November dalam 3 bulan susulan dengan risiko inflasi yang tinggi terus menjejaskan nominal gaji pekerja. Kadar gaji yang lebih rendah telah mengurangkan kuasa beli isi rumah di Jepun. Menurut kepada Statistik Bureau, Jepun Household Spending telah menyusut dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak -0.6% ke bacaan sebanyak -1.3%, melepasi ramalan pasaran sebanyak 1.6% sambil menjejaskan momentum ekonomi untuk negara Jepun. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida telah menggesa firma Jepun, yang keuntungannya telah pulih ke tahap pra-pandemi untuk meningkatkan kadar gaji sebanyak 3% atau lebih, bertujuan untuk mencapai kitaran pertumbuhan dan pengagihan kekayaan. Para pelabur membuat spekulasi bahawa jangkaan gaji yang meningkat akan mencetuskan risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan, yang mengurangkan daya tarikan untuk Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1345. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bullish di tengah-tengah penyusutan untuk Dolar AS. Tambahan pula, Euro telah melanjutkan keuntungannya selepas data inflasi yang tinggi telah dibebaskan dari rantau Eropah, meningkatkan jangkaan terhadap Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengetatkan dasar monetari bagi menstabilkan risiko inflasi pada masa yang akan datang. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Indeks (CPI) telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.9% ke bacaan sebanyak 5.0%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.7%.

 

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3505. Momentum keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bulllish kebanyakannya disebabkan oleh penyusutan nilai Dolar AS. Pound Sterling telah melanjutkan keunutngannya selepas United Kingdom mengeluarkan data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Markit/CIPS, UK Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 57.9, melebihi ramalan pasaran pada 57.6. Pengeluaran Pembuatan UK meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh empat bulan, dirangsang oleh peningkatan pengambilan kerja baharu, pemulihan ekonomi serta kadar pekerjaan yang lebih tinggi di wilayah UK. Sementara kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai kadar kemasukan ke hospital serta kadar kematian yang disebabkan oleh varian Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 3 – 7

GOLD

Harga emas telah menyusut dengan ketara minggu lalu dengan harga $1790.55 se troy auns di tengah-tengah selepas Federal Reserve melepaskan penyataan hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Minit Mesyuarat Fed minggu lalu, Monetari Polisi Komittee (MPC) telah membincangkan kemungkinan untuk mengurangkan bilangan program pembelian bon sambil meningkatkan kadar faedah semasa mesyuarat FOMC pada Mac. Pelaksanaan pengetatan dasar monetari akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan global, yang mengurangkan risiko inflasi pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan untuk komoditi emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $79.20. Arah aliran keseluruhan bagi harga minyak mentah kekal bullish di tengah-tengah gangguan bekalan di Kazakhstan dan Libya. Menurut kepada Reuters, peningkatan risiko geopolitik di Kazakhstan telah menjejaskan pengeluaran minyak, manakala penyelenggaraan saluran paip di Libya mengurangkan pengeluaran minyak ke bacaan sebanyak 729,000 tong sehari dari bacaan sebanyak 1.3 juta tong sehari tahun lepas. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh harga minyak mentah adalah terhad latar belakang data inventori yang bearish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -2.144M, lebih buruk daripada pasaran sebanyak -3.283M.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 10 – 14

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 10 – 14

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 10hb Januari 2022
N/A
Selasa – 11hb Januari 2022
8:30   AUD Retail Sales (MoM) (Nov) 4.00% 4.90%
18:20   EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00   USD Fed Chair Powell Testifies
Rabu – 12hb Januari 2022
1:00   USD EIA Short-Term Energy Outlook
21:30   USD Core CPI (MoM) (Dec) 0.50% 0.50%
23:30   USD Crude Oil Inventories -2.144M
Khamis – 13hb Januari 2022
21:30   USD Initial Jobless Claims 205K 207K
21:30   USD PPI (MoM) (Dec) 0.40% 0.80%
Jumaat – 14hb Januari 2022
15:00   GBP GDP (MoM) 0.10%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Nov) 0.20% 0.00%
21:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.20% 0.30%
21:30   USD Retail Sales (MoM) (Dec) -0.10% 0.30%
21:30   EUR ECB President Lagarde Speaks