83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 April 2023                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: April 10 – 14

Reviu Pasaran (Forex): April 3 – 7

US Dollar

Indeks dolar AS, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, terus berada di bawah tekanan penjualan pelabur untuk minggu keenam berturut-turut berikutan beberapa siri data ekonomi bercampur yang dikeluarkan.

Minggu lalu, indeks dolar susut berikutan keyakinan pengguna berkurangan dan aktiviti pembuatan di AS menunjukkan penguncupan. Indeks sentimen pengguna Michigan merosot buat kali pertama dalam tempoh empat bulan, daripada 63.4 ke 62.0 pada bulan Februari. Data itu memberikan pelbagai isyarat bahawa pengguna menjangkakan kemelesetan ekonomi akan datang. Selain itu, PMI pembuatan ISM juga merosot selama 5 bulan berturut-turut, daripada 47.7 kepada 46.3 pada bulan Februari. Data menunjukkan bahawa industri pembuatan menghadapi kesan kadar faedah tinggi selepas Fed menaikkan kadar faedah secara agresif, dan ia telah menghalang perkembangan syarikat. Menurut Biro Perangkaan Buruh, bilangan pekerjaan JOLTS juga berkurangan kepada paras terendah dalam tempoh 2 tahun pada 9.931 juta, di mana ia telah memberi isyarat bahawa keadaan pasaran buruh masih ‘rapuh’. Oleh itu, indeks dolar terus merosot selepas sesiri data ekonomi suram dikeluarkan.

Bagaimanapun, kerugian dalam indeks dolar berbanding sekumpulan mata wang adalah terhad selepas pelabur memperoleh semula keyakinan terhadap data buruh. Pelabur menjangkakan peningkatan dalam tuntutan pengangguran awal kerana data ekonomi baru-baru ini adalah pesimis, tetapi bacaan sebenar telah dibebaskan pada 228k, turun daripada bacaan sebelumnya iaitu 246k, dan ia juga di bawah purata 4 minggu sebanyak 237k. Nonfarm Payroll juga memberikan bacaan yang hampir sama dengan ramalan pasaran, pada 236k berbanding 239k. Pada masa yang sama, kadar pengangguran menurun sedikit sebanyak 0.1% ke 3.5%. Data menunjukkan pasaran buruh menjadi lebih positif, di mana pelabur dapat nampak peningkatan bilangan buruh dalam sektor kerajaan, riadah dan hospital.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY didagangkan dengan lebih rendah pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 132.10 selepas pelabur menarik keluar wang dari dolar AS. Persekitaran kadar faedah yang tinggi telah memperlahankan ekonomi A.S. Kebanyakan perniagaan mengambil langkah konservatif dan bukannya pengembangan. Kekosongan pekerjaan baharu di A.S. juga jatuh ke paras terendah 2 tahun selepas kenaikan kadar memberi kesan kepada ekonomi A.S. Akibatnya, dolar terus mengalami tekanan penjualan daripada pelabur. Yen Jepun telah digemari oleh pelabur di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk instrumen selamat berikutan data ekonomi yang suram telah dibebaskan.

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah menaik dalam minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0910. Euro meningkat berbanding dolar selepas keluaran Indeks Pengurus Pembelian Komposit Zon Euro. Menurut S&P Global, PMI zon euro berkembang terutamanya daripada aktiviti perniagaan di Sepanyol, apabila negara itu mencecah paras tertinggi 16 bulan. Manakala dua ekonomi terbesar Jerman dan Perancis telah memberikan bacaan PMI pada 52.6 dan 52.7 masing-masing, mencecah paras tertinggi baru dalam tempoh 10 bulan. Akibatnya, ekonomi zon euro menamatkan suku pertama dengan pengembangan bulanan berturut-turut dalam sektor swasta, menandakan peningkatan ketara dalam ekonomi keseluruhan. PMI perkhidmatan zon Euro meningkat dari 52.7 ke 55.0, lebih rendah sedikit dari jangkaan pasaran 55.6. Walau bagaimanapun, bacaan berada di atas paras 50 menunjukkan sektor perkhidmatan zon Euro secara amnya berkembang.

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan keuntungannya minggu lepas, mengakhiri minggu ini pada 1.2430. PMI komposit dibebaskan pada 52.2, sejajar dengan jangkaan pasaran, selepas ahli ekonomi meramalkan kelembapan dalam ekonomi UK. PMI pembuatan UK jatuh ke 47.9 daripada 49.3, di bawah jangkaan pasaran 48.0. Di samping itu, PMI perkhidmatan masing-masing dibebaskan pada 52.9 dan 52.8, melebihi jangkaan pasaran. Selain itu, kenaikan pasangan GBP/USD adalah disebabkan oleh kelemahan mata wang dolar AS. Dolar AS telah merosot selepas keyakinan pengguna dan PMI pembuatan tersasar jangkaan pasaran.

Reviu Pasaran (Komoditi): April 3 – 7

GOLD

Harga emas meningkat dan tutup pada $2005.35 satu troy auns. Harga emas digemari oleh pelabur selepas jangkaan pelabur untuk kemelesetan masa depan telah meningkat. Tanda-tanda ekonomi yang perlahan telah mendorong pelabur untuk berfikir Fed akan menghentikan strategi kenaikan kadarnya. Walau bagaimanapun, harga emas berundur dari paras $2030 selepas dolar melantun semula daripada paras terendah dalam tempoh 2 tahun. Dalam perspektif jangka panjang, Fed membayangkan bahawa bank pusat mungkin akan menghentikan kenaikan kadarnya selepas satu lagi langkah mengetatkan. Oleh itu, emas dijangka akan menembusi paras yang lebih tinggi pada masa hadapan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah naik sedikit dan menamatkan sesi minggu lepas pada harga $80.79 setong. Harga minyak mengalami sedikit tekanan penjualan selepas pelabur telah mencerna pelan pengurangan pengeluaran OPEC. Selepas itu, harga minyak naik sedikit kerana dolar melemah, membenarkan negara lain membeli minyak mentah pada harga lebih murah. Di samping itu, harga minyak mentah meningkat selepas data API A.S. dan stok minyak mentah mingguan menunjukkan penurunan. Data minyak mentah mingguan API adalah -4.346 juta, manakala inventori minyak mentah EIA ialah -3.739 juta. Kesimpulannya,  harga minyak menaik di tengah-tengah dolar yang lebih lemah dan penurunan inventori A.S.

 

Tinjauan Pasaran: April 10 – 14

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data Indeks Harga Pengguna dan mesyuarat FOMC bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, situasi berterusan krisis sektor perbankan di AS dan EU juga akan menjadi perhatian pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 10 – 14

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 10hb April 2023
All Day CNY China – Ching Ming Festival
All Day GBP United Kingdom – Easter
All Day EUR Germany – Easter
All Day CHF Switzerland – Easter
All Day AUD Australia – Easter
All Day NZD New Zealand – Easter
Selasa – 11hb April 2023
N/A
Rabu – 12hb April 2023
0:00  CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
4:30   CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -4.346M
20:30   USD Core CPI (MoM) (Mar) 0.40% 0.50%
20:30   USD CPI (MoM) (Mar) 0.30% 0.40%
20:30   USD CPI (YoY) (Mar) 5.20% 6.00%
21:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00   CAD BoC Monetary Policy Report
22:00   CAD BoC Interest Rate Decision 4.50% 4.50%
22:30   CrudeOIL Crude Oil Inventories -2.329M -3.739M
23:00   CAD BOC Press Conference
Khamis – 13hb April 2023
2:00   USD FOMC Meeting Minutes
3:15   GBP BoE Gov Bailey Speaks
9:30   AUD Employment Change (Mar) 20.0K 64.6K
14:00   GBP GDP (MoM) (Feb) 0.20% 0.30%
14:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Feb) 0.30% -0.40%
14:00   GBP Monthly GDP 3M/3M Change (Feb) 0.00%
14:00   EUR German CPI (MoM) (Mar) 0.80% 0.80%
20:30   USD Initial Jobless Claims 205K 228K
20:30   USD PPI (MoM) (Mar) 0.10% -0.10%
Jumaat – 14hb April 2023
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Mar) -0.30% -0.10%
20:30   USD Retail Sales (MoM) (Mar) -0.40% -0.40%

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.