83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Oktober 2021                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 11 – Oktober 15

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 4 – 8

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak pada minggu lalu dengan latar belakang data ekonomi yang positif dari A.S pada minggu lalu serta jangkaan hawkish dari Fed yang mencetuskan prospek positif terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 94.05.

 

Pada minggu lalu, trend keseluruhan untuk dolar AS kekal bullish dan disokong oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS di tengah-tengah pasaran berspekulasi bahawa Fed akan mengurangkan program pembelian bonnya pada bulan November sambil meningkatkan kadar faedah pada tahun depan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi . Nada yang hawkish tersebut dari Fed telah meningkatkan kemungkinan bagi Fed untuk bermula dalam mengetatkan dasar kewangan lebih awal daripada jangkaan dan ini telah meningkatkan hasil perbendaharaan AS dan juga daya tarikan bagi Dolar AS. Dari segi data ekonomi, sebahagian besar daripada data ekonomi yang penting dari A.S adalah lebih baik daripada jangkaan. Menurut kepada Institute for Supply Management, data ISM Non-Manufacturing PMI A.S telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 61.7 kepada 61.9, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 60.0. Selain itu, kadar pengangguran A.S. telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 5.2% kepada 4.8%, jauh lebih baik daripada ramalan pasaran pada 5.1%. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh dolar AS telah dihadkan oleh data Nonfarm Payroll yang lemah minggu lalu. Data Non-Farm Payroll A.S telah turun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 366K kepada 194K, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 500K.

 

Kenaikan secara keseluruhan untuk dolar AS pada minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS dengan jangkaan prospek ekonomi yang optimis serta nada yang hawkish dari Fed. Walaupun begitu, prospek ekonomi untuk A.S masih kabur seperti sekarang, oleh itu ia adalah penting bagi para pelabur untuk memantau perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi yang lebih penting dan juga keputusan dasar kewangan dari Fed untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut .

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mendapat momentum kenaikan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 112.95. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY pada minggu lalu disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Selain itu, program vaksinasi yang cepat di seluruh dunia telah mengurangi ketakutan terhadap pandemik Covid-19 dan mencetuskan pengalihan sentimen terhadap aset berisiko lain sambil mengurangkan daya tarikan Yen Jepun sebagai aset selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah jatuh sepanjang minggu dan mengkhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1570. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun begitu, oleh kerana kekurangan pemangkin untuk pasaran Eropah, trend keseluruhan untuk Euro tetap lemah. Para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini mengenai data ekonomi masa depan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah meningkat pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3625. Mata wang paun sterling telah melonjak dengan ketara minggu lalu dengan latar belakang data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Markit Economics, . data Composite PMI UK meningkat daripada bacaan sebelumnya 54.8 kepada 54.9, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 54.1. Sementara itu, Chartered Institute of Purchasing & Supply dan juga NTC Economics melaporkan bahawa data Services PMI UK masuk pada 55.4 yang juga melebihi ramalan pasaran sebanyak 54.6. Kedua-dua data ekonomi penting dari UK yang memberi bacaan yang optimis telah mencetuskan prospek positif untuk momentum ekonomi di U.K

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 4 – 8

GOLD

Harga emas telah jatuh sepanjang minggu lalu dengan harga $ 1755.50 se troy auns di tengah kenaikan hasil perbendaharaan AS dengan jangkaan hawkish dari Fed terus mengurangkan daya tarikan emas selamat. Momentum keseluruhan untuk emas kekal lemah kerana para pelabur berspekulasi bahawa Fed mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melaksanakan pengetatan dasar kewangan pada bulan November untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Dasar kewangan yang ketat akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko inflasi di masa depan. Walaupun demikian, kenyataan secara keseluruhan dari Fed untuk sekarang tetap tidak jelas, oleh itu para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan dasar kewangan bagi masa depan untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu dan menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $75.65. Pasaran minyak mengekalkan trend bullish dan disokong oleh prospek permintaan yang baik berikutan dengan program vaksinasi Covid-19 yang cepat di seluruh dunia. Namun, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad dengan latar belakang data inventori yang lemah. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak 2.346M, lebih teruk daripada ramalan pasaran pada -0.418M.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 11 – Oktober 15

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims dan CPI untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 11 – Oktober 15

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 11hb Oktober 2021
N/A
Selasa – 12hb Oktober 2021
14:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Aug) 7.00% 8.30%
14:00   GBP Claimant Count Change (Sep) -58.6K
17:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Oct) 24 26.5
22:00   USD JOLTs Job Openings (Aug) 10.925M 10.934M
Rabu – 13hb Oktober 2021
14:00   GBP GDP (MoM) 0.10%
14:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Aug) 0.10% 0.20%
20:30   USD Core CPI (MoM) (Sep) 0.30% 0.10%
Khamis – 14hb Oktober 2021
02:00   USD FOMC Meeting Minutes
08:30   AUD Employment Change (Sep) -120.0K -146.3K
20:30   USD Initial Jobless Claims 328K 326K
20:30   USD PPI (MoM) (Sep) 0.60% 0.70%
23:00   USD Crude Oil Inventories -0.418M 2.346M
Jumaat – 15hb Oktober 2021
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Sep) 0.50% 1.80%
20:30   USD Retail Sales (MoM) (Sep) -0.20% 0.70%