83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Februari 2023                               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 13 – 17

Reviu Pasaran (Forex): Februari 6 – 10

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya sepanjang seminggu yang lalu berikutan data pekerjaan yang memberangsangkan telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 103.41.

 

Pada minggu lalu, indeks dolar menerima momentum bullish yang ketara berikutan keyakinan terhadap pasaran pekerjaan AS terus berlarutan dalam pasaran. Data NFP yang baik dan kadar pengangguran yang rendah telah mengejutkan peserta pasaran bahawa pasaran buruh di AS kekal berdaya tahan dan panas walaupun kenaikan kadar faedah yang agresif telah dilaksanakan oleh Fed. Dengan itu, ia mungkin mencetuskan peralihan pendirian daripada Fed, di mana proses kenaikan kadar faedah yang besar mungkin akan diteruskan serta mencetuskan daya tarikan Dolar AS. Sebaliknya, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar dilanjutkan di tengah-tengah ucapan positif daripada kerajaan AS dan ahli Fed. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mendakwa pada hari Isnin lalu bahawa ekonomi AS berkemungkinan akan mengelak kemelesetan dengan pasaran buruh yang kukuh dan risiko inflasi yang berkurangan. Selain itu, Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller dan Presiden Rizab Persekutuan New York John Williams menyokong bank pusat AS untuk meningkatkan lagi kadar faedahnya, kerana jalan untuk menurunkan inflasi yang tinggi akan menjadi ‘perjalanan yang jauh’.

 

Walau bagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar adalah terhad berikutan data ekonomi yang lemah telah dikeluarkan. Sebelum itu, Initial Jobless Claims AS telah meningkat dan bacaannya melebihi ramalan konsensus. Dengan peningkatan angka data, ini bermakna pasaran buruh semasa di AS menjadi rapuh, serta membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Tambahan pula, nilai Dolar AS telah dilanda oleh ucapan ahli Fed mengenai ekonomi yang perlahan di AS. Presiden Fed Richmond Thomas Barkin mendakwa pada minggu lepas bahawa monetari penguncupan yang dilaksanakan oleh Fed mengekang ekonomi AS, manakala ia membenarkan Fed mengkaji semula pergerakan kenaikan kadar pada masa hadapan. Pada ketika ini, perhatian pelabur akan dikumpulkan pada pengumuman data CPI yang dijadualkan pada esok untuk menjangka pergerakan masa depan pasaran FX.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY  didagang lebih rendah pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 131.47. Yen Jepun menerima momentum bullish yang ketara selepas gabenor baharu Bank of Japan (BoJ) Kazuo Ueda dilantik. Dengan itu, peserta pasaran menjangkakan bahawa dasar monetari ultra-longgar akan dibatalkan, yang mencetuskan daya tarikan Yen Jepun. Namun begitu, kerugian USDJPY adalah terhad selepas Kazuo Ueda mendakwa bahawa dasar pelonggaran monetari harus dikekalkan, malah inflasi telah mencapai 4%, tertinggi sejak 1981.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0672. EURUSD menerima momentum bearish yang ketara berikutan risiko inflasi di negara zon Euro menjadi lemah. Menurut kepada Federal Statistical Office Germany, Germany Consumer Price Index (CPI) YoY bagi Januari mencatatkan bacaan sebanyak 8.7%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 8.9%. Dengan latar belakang sedemikian, inflasi zon Euro mungkin akan menurun, yang mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar agresif daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Walaupun, kerugian yang dialami oleh Euro adalah terhad di tengah-tengah kenyataan hawkish daripada ahli ECB. Ahli majlis Bank Pusat Eropah (ECB), Martins Kazaks mendakwa bahawa inflasi di Eurozone masih melambung tinggi dan sepatutnya menaikkan kadar dengan ketara untuk mengekang inflasi yang tinggi.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD menurun pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2038. GBPUSD menerima momentum bearish yang ketara pada minggu lepas berikutan jangkaan kadar inflasi yang berkurangan daripada Bank of England (BoE). Menurut kepada CNBC, Gabenor BoE Andrew Bailey membuat spekulasi bahawa kadar inflasi akan menurun daripada 10.5% ke 4% menjelang akhir 2023. Oleh itu, para pelabur menjangka bahawa keputusan kadar dasar monetari UK akan menjadi lebih dovish. Selain itu, prospek negatif IMF terhadap ekonomi UK terus menekan nilai Pound Sterling. Menurut kepada kenyataan terdahulu daripada IMF, ekonomi UK akan mengalami penguncupan sebanyak -0.6% pada 2023, ini juga menyebabkan pelabur untuk menjangka pendirian yang lebih dovish daripada BoE. Bagaimanapun, kerugian Pound Sterling adalah terhad selepas UK Manufacturing Production MoM meningkat pada bulan Disember, yang menunjukkan tanda pemulihan dalam sektor pembuatan.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 6 – 10

GOLD

Harga emas mencatatkan beberapa kerugian semasa menutup harga pasarannya pada $1862.44 se-troy auns. Kebimbangan baharu mengenai inflasi telah meningkat berikutan data pekerjaan yang memberangsangkan, yang menunjukkan 517,000 pewujudan pekerjaan pada Januari dan penurunan pengangguran ke 3.4%, paras terendah dalam 53 tahun. Oleh itu, ia mencetuskan harapan bahawa pelan kenaikan kadar yang agresif mungkin diteruskan, yang menyebabkan harga logam kuning tersebut untuk menurun. Walau bagaimanapun, kerugian harga emas adalah terhad berikutan laporan awal tuntutan pengangguran telah dibebaskan dengan keputusan suram, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah emas selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $79.46 setong. Harga minyak disokong oleh momentum bullish yang ketara pada minggu lepas berikutan penurunan inventori minyak mentah. Menurut kepada API, Stok Minyak Mentah Mingguan API AS telah menurun sebanyak -2.184M tong, manakala jangkaan pasaran berada pada 2.150M tong. Selain itu, harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya di tengah-tengah latar belakang gempa bumi yang berlaku di Turki. Pada minggu lalu, pelabuhan minyak Ceyhan Turki telah terganggu oleh bencana gempa bumi, serta penghantaran minyak dari Turki telah dihentikan. Sebaliknya, Rusia merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya pada Mac untuk bertindak balas terhadap had harga Barat, yang turut menyebabkan harga minyak menaik lebih tinggi. Menurut kepada Reuters, Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak mendakwa pada Jumaat lalu bahawa Rusia merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak Macnya sebanyak 500,000 tong sehari, bersamaan kira-kira 5% daripada pengeluaran Januari.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 13 – Februari 17

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data CPI bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 13 – 17

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 13hb Februari 2023
N/A
Selasa – 14hb Februari 2023
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q4) 0.5% -0.2%
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Dec) 6.2% 6.4%
15:00 GBP Claimant Count Change (Jan) 17.9K 19.7K
20:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
21:30 USD Core CPI (MoM) (Jan) 0.4% 0.4%
21:30 USD CPI (YoY) (Jan) 6.2% 6.5%
Rabu – 15hb Februari 2023
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -2.184M
15:00 GBP CPI (YoY) (Jan) 10.2% 10.5%
17:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
21:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Jan) 0.7% -1.1%
21:30 USD Retail Sales (MoM) (Jan) 1.6% -1.1%
22:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 2.423M
Khamis – 16hb Februari 2023
08:30 AUD Employment Change (Jan) 20.0K -14.6K
17:00 EUR ECB Economic Bulletin
21:30 USD Building Permits (Jan) 1.353M 1.337M
21:30 USD Initial Jobless Claims 200K 196K
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) -7.2 -8.9
21:30 USD PPI (MoM) (Jan) 0.4% -0.5%
Jumaat – 17hb Februari 2023
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jan) -0.5% -1.0%

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.