83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Jun 2022                         Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: 13 Jun – 17 Jun

 

Reviu Pasaran (Forex): Jun 6 – 10

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum kenaikan harga yang ketara pada minggu lepas selepas data ekonomi yang optimis telah dibebaskan, yang diman telah mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke pasaran Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 104.23.

 

Minggu lalu, indeks Dolar AS melanjutkan kenaikannya berikutan data Nonfarm Payfolls yang positif telah diumumkan. Menurut Biro Statistik Buruh, NFP AS untuk bulan Mei mencapai bacaan 390K, yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 325K. Memandangkan bilangan orang yang bekerja telah meningkat, ia berkemungkinan membawa prospek positif ke arah momentum ekonomi di AS, yang mendorong pelabur menukar modal mereka kepada Dolar AS. Selain itu, Indeks Dolar melanjutkan keuntungannya berikutan data CPI AS dikeluarkan. Indeks Harga Pengguna Teras AS (CPI) MoM bagi bulan Mei mencatatkan bacaan 0.6%, melebihi ramalan pakar ekonomi sebanyak 0.5%. Ia menunjukkan bahawa inflasi di AS telah meningkat sebanyak 8.6%, yang mencapai paras tertinggi dalam 41 tahun. Ia menambah kemungkinan kenaikan kadar agresif daripada Rizab Persekutuan untuk mengurangkan risiko inflasi. Pelaksanaan dasar monetari yang mengetatkan mungkin akan meningkatkan pulangan penghindaran risiko pelabur, yang mencetuskan daya tarikan Dolar AS. Buat masa ini, pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung keputusan kadar faedah Fed yang akan diumumkan pada 16 Jun untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 134.40. Pasangan itu menerima momentum kenaikan harga di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) kekal dengan nada dovishnya. Menurut Reuters, BoJ kekal sebagai salah satu daripada beberapa bank pusat global yang mengekalkan pendirian dovish manakala yang lain telah melaksanakan dasar monetari yang mengetatkan kenaikan kadar faedah untuk memerangi inflasi. Ia berkemungkinan akan mencetuskan peralihan sentimen pasaran terhadap mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik seperti Dolar AS, kerana BoJ terus mengekalkan dasar monetarinya yang longgar akan mengheret pulangan penghindaran risiko pelabur di Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD merosot pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0517. Euro menerima momentum bearish selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan. Menurut Eurostat, Jualan Runcit Zon Euro MoM untuk April menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.3% kepada -1.3%. Jualan Runcit Zon Euro MoM digunakan sebagai penunjuk untuk menunjukkan perbelanjaan pengguna di rantau Eropah. Walaupun data yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa pengurangan perbelanjaan pengguna, ia telah membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di rantau Eropah. Sebaliknya, Euro kekal dalam aliran menurunnya di tengah-tengah Bank Pusat Eropah (ECB) telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya, yang disemak turun dengan ketara kepada 2.8% pada 2022 dan 2.1% pada 2023 masing-masing. Sebagai perbandingan, ramalan ECB pada mesyuarat Mac masing-masing ialah 3.7% pada 2022 dan 2.8% pada 2023. Ia mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di rantau Eropah, menyebabkan pelabur mencari mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik seperti Dolar AS.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah menyusut pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2313. Pound menerima momentum menurun minggu lepas berikutan data ekonomi yang suram. Menurut kepada Markit, Indeks Pengurus Pembelian Pembinaan UK (PMI) menurun daripada bacaan sebelumnya 58.2 kepada 56.4, tersasar ramalan pasaran 56.6. Bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan bahawa kemelesetan pasaran pembinaan di UK, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di UK. Tambahan pula, pasangan itu menerima momentum penurunan harga selanjutnya berikutan pengukuhan Dolar AS.

 

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 23 – 27

GOLD

Harga emas melonjak pada minggu lalu dan menutup harga pasarannya pada $1875.20 setroy auns. Harga emas menerima momentum kenaikan harga yang ketara pada minggu lepas selepas data CPI AS telah dikeluarkan. Ketika inflasi AS meningkat kepada paras tertinggi dalam 41 tahun, pelabur digesa untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset yang dilindungi inflasi seperti emas untuk mengelakkan kesan sampingan inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menurun dan mengakhiri sesi minggu lepas pada harga $120.45 setong. Harga minyak mentah menerima momentum kenaikan harga pada awal minggu di tengah-tengah latar belakang permintaan AS untuk petrol terus meningkat walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam stok simpanan minyak mentah baru-baru ini. Namun begitu, harga minyak merosot daripada kenaikan semalam selepas kebimbangan terhadap langkah penutupan COVID-19 baharu di Shanghai. Pelaksanaan sekatan baru di bandar besar China mungkin akan menyekat aktiviti ekonominya, yang menyebabkan permintaan minyak mentah berkurang.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 13 -17

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan dasar monetari Fed bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 13 – 17

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 13hb Jun 2022
14:00 GBP GDP (YoY) 8.7%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Apr) 0.2% -0.2%
Selasa – 14hb Jun 2022
14:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Apr) 7.6% 7.0%
14:00 GBP Claimant Count Change (May) -42.5K

 

-56.9K
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Jun) -27.5 -34.3
20:30 USD PPI (MoM) (May) 0.8% 0.5%
Rabu – 15hb Jun 2022
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (May) -0.5% -2.9%
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (May) 0.8% 0.6%
20:30 USD Retail Sales (MoM) (May) 0.2% 0.9%
22:30 USD Crude Oil Inventories -1.917M 2.025M
Khamis – 16hb Jun 2022
02:00 USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD Fed Interest Rate Decision
02:00 USD FOMC Press Conference
06:45 NZD GDP (QoQ) (Q1) 0.6% 3.0%
09:30 AUD Employment Change (May) 25.0K 4.0K
15:30 CHF SNB Interest Rate Decision (Q2) -0.75%
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:30 CHF SNB Press Conference
19:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Jun) 1.25% 1.00%
20:30 USD Building Permits (May) 1.787M 1.823M
20:30 USD Initial Jobless Claims 215K 229K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) 5.3 2.6
Jumaat – 17hb Jun 2022
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
11:00 JPY BoJ Interest Rate Decision -0.10%
TBC JPY BoJ Press Conference
17:00 EUR CPI (YoY) (May) 8.1% 8.1%
20:45 USD Fed Chair Powell Speaks