83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Julai 2020                       Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 13 – 17

Reviu Pasaran (Forex): Julai 6 – 10

US Dollar

Dolar A.S yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal merah untuk minggu ke-3 berturut-turut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga 96.53. Oleh kerana minggu data ekonomi yang senyap, perkembangan COVID-19 tetap menjadi tumpuan yang lebih besar sementara data yang kurang penting tidak dapat mengalihkan perhatian pasaran.

 

Di hadapan isu koronavirus, jumlah kes koronavirus di AS telah meningkat sebanyak 399,290 kepada 3,285,550. Jumlahnya lebih tinggi daripada minggu sebelumnya iaitu 338,384. Oleh kerana angka COVID-19 harian terus meningkat ke paras baru dalam seminggu, dolar A.S mendapat sokongan daripada perkembangan COVID-19 yang mengerikan. Namun, momentum kenaikan tersebut tidak dapat kekal lama setelah berita mengenai kemajuan dalam ubat rawatan yang berjaya telah mengalihkan momentum tersebut kepada aset yang lebih berisiko. Gilead Sciences telah menyatakan bahawa calon rawatan koronavirusnya, remdesivir telah menunjukkan peningkatan dalam pemulihan klinikal dan pengurangan risiko kematian sebanyak 62% jika dibandingkan dengan perawatan yang biasa. Menambah keyakinan yang lebih lanjut adalah BioNTech di mana CEOnya juga telah memberitahu kepada Wall Street Journal bahawa calon koronavirus syarikatnya sudah bersedia untuk disetujui menjelang Disember.

 

Di hadapan data A.S., data JOLTS jobs opening telah memberi bacaan sebanyak 5.397m, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 4.996m. Lebih penting lagi, tuntutan pengangguran awal mingguan juga bertambah baik dengan bacaan sebanyak 1.314 juta untuk minggu yang berakhir pada 3 Julai. Keputusannya adalah lebih rendah daripada bacaan sebelumnya dari 1.413m. Walaupun dengan data yang positif, daya tarikan dolar AS tetap rendah kerana harapan terhadap vaksin terus meningkatkan selera risiko untuk aset berisiko dan tidak dapat meningkatkan permintaan dolar.

 

Namun, oleh keadaan koronavirus di AS masih mengerikan, para pelabur akan terus memperhatikan perkembangan yang terkini serta perkembangan dalam pengembangan vaksin yang berpotensi mengubah keadaan.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah jatuh sepanjang minggu lalu dan mengakhiri minggu lepas dengan lebih rendah pada harga 106.90. Dari segi data, angka perbelanjaan isi rumah untuk bulan Mei telah menyampaikan lebih banyak berita buruk di mana bacaannya telah turun sebanyak 16.2%. Pengguna Jepun tidak mahu melonggarkan dompet mereka dan ia boleh menjadikan kebimbangan kepada kerajaan. Tetapi, walaupun dengan statistik negatif, Yen Jepun kebanyakannya adalah tidak dipengaruhi dan terus meningkat susulan dengan kebimbangan terhadap COVID-19 dan dolar AS yang lemah.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah meningkat secara keseluruhan dan menutup pasaran minggu lalu dengan lebih tinggi pada harga 1.1298. Minggu lalu adalah minggu yang sibuk dari segi data ekonomi dengan fokus utama adalah Jerman. Dari Jerman, statistiknya adalah cenderung kepada negatif berdasarkan dengan ramalan. Kedua-dua data Factory Orders dan Industrial Production adalah lebih rendah dari jangkaan. Walau bagaimanapun, data Trade Balance dalam Jerman telah meningkat tinggi daripada ramalan yang memberikan sokongan. Selain itu, data Industrial Production dari Perancis dan Itali juga memberikan rangsangan yang lebih lanjut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah malnjutkan kenaikan sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi pasaran pada harga 1.2617. Dari segi data, data UK Construction PMI pada bulan Jun telah menunjukkan pemulihan dengan PMI melonjak dari 28.9 ke 55.3 sementara harga rumah juga positif dengan berita mengenai penyesuaian pada duti setem. Lebih penting lagi, ia adalah Brexit yang membantu dalam meningkatkan harga yang lebih tinggi di mana EU mengisyaratkan kesediaan untuk berkompromi dan ia meningkatkan harapan dalam kesepakatan perdagangan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 6 – 10

GOLD

Harga emas telah memecahkan rekod baru minggu lalu, mencapai paras tertinggi sembilan tahun di atas paras $1800 dan mengakhiri pasaran dengan catatan yang positif pada harga $1798.87. Oleh kerana koronavirus dan ketegangan dalam perdagangan ekonomi, pasaran terus menuju kepada komoditi yang selamat dan ia telah menaikkan harganya dengan luar biasa. Selain itu, ketegangan antara AS dan China juga terus menguntungkan komoditi tersebut di mana para pelabur khuatir terhadap keputusan AS untuk mengenakan sekatan kepada pegawai China atas pelanggaran hak asasi manusia yang boleh menyebabkan peningkatan dalam ketegangan China-AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal berdaya tahan sehingga ke akhir minggu dan menutup sesi pasaran dengan lebih tinggi pada harga $40.55. Walaupun dengan risiko koronavirus yang berterusan, sentimen pasaran tetap kukuh disebabkan oleh laporan positif dari EIA dan IEA. Selain itu, OPEC turut menyokong komoditi tersebut. Menurut kepada laporan, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) telah meningkatkan prospek harganya untuk minyak mentah Brent kepada $ 41 setong untuk separuh kedua tahun 2020, $4 tong lebih tinggi daripada bulan sebelumnya. IEA juga menaikkan ramalan permintaan minyak 2020 dan melaporkan bahawa kesan terburuk koronavirus terhadap permintaan minyak telah berlalu. Tambahan pula, trend harga minyak baru-baru ini juga mengesahkan bahawa pengurangan dalam pengeluaran yang bersejarah dilakukan oleh OPEC + berjalan lancar. OPEC telah memotong pengeluaran minyak mentahnya pada bulan Jun ke paras terendah tiga dekad sementara menghasilkan 22.31 juta tong sehari, pengeluaran terendah organisasi sejak September 1990. Pemotongan ini juga berjaya mencapai tahap pematuhan yang tinggi dan bertanggungjawab dalam mengekalkan kestabilan harga minyak mentah pada masa ini.

 

Tetapi, oleh kerana peningkatan kes COVID-19 masih merupakan ancaman besar bagi pasaran minyak, para pelabur tetap berhati-hati dan terus memantau perkembangan untuk mengukur prospek permintaan pasangan bagi masa depan. Namun, disebabkan oleh harapan vaksin dan pematuhan OPEC yang tinggi, komoditi tersebut dijangka akan terus stabil dalam jangka masa yang berterusan.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 13 -17

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan di A.S. dan juga data-data ekonomi yang penting seperti Retail Sales yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut. Di samping itu, oleh kerana AS terus menentang koronavirus, pasaran juga akan terus memperhatikan perkembangan yang terbaru tentang koronavirus.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 13 -17

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 13hb Julai 2020
N/A
Selasa –14hb Julai 2020
14:00 GBP Claimant Count Change (Jun) 400.0K 528.9K
14:00 GBP GDP (MoM) -20.4%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (May) 8.0% -24.3%
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
20:30 USD Core CPI (MoM) (Jun) 0.1% -0.1%
Rabu – 15hb Julai 2020
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
14:00 GBP CPI (YoY) (Jun) 0.5% 0.5%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Jun) -0.1%
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
22:00 CAD BoC Rate Statement
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL EIA Crude Oil Inventories -3.114M 5.654M
Khamis – 16hb Julai 2020
06:45 NZD CPI (QoQ) (Q2) 0.4% 0.8%
09:30 AUD Employment Change (Jun) 112.5K -227.7K
10:00 CNY GDP (YoY) (Q2) 2.1% -6.8%
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Jun) 4.7% 4.4%
14:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (May) -0.4% 1.0%
14:00 GBP Claimant Count Change (Jun) 250.0K 528.9K
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,250K 1,314K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) 20.0 27.5
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Jun) 5.0% 12.4%
20:30 EUR ECB Press Conference
Jumaat– 17hb Julai 2020
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jun) 12.0%
17:00 EUR CPI (YoY) (Jun) 0.3% 0.3%
20:30 USD Building Permits (Jun) 1.280M 1.216M
22:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Jul) 79.0 78.1