83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 September 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 13 – 17

Reviu Pasaran (Forex): September 6 – September 10

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat bersama dengan hasil perbendaharaan A.S. yang lebih tinggi susulan dengan A.S mengeluarkan data inflasi yang tinggi. Para pelabur berspekulasi bahawa Fed berkemungkinan akan mengetatkan dasar kewangannya untuk menentang risiko inflasi yang tinggi dan meningkatkan daya tarikan Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.60.

 

Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja A.S., data Producer Price Index (PPI) untuk bulan lalu telah masuk pada 0.7%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.6%. Data inflasi yang tinggi seperti itu akan mencetuskan harapan bahawa Fed berkemungkinan akan mengurangkan pembelian asetnya dan juga mengurangi dasar kewangan mereka untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Selain itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya dengan latar belakang data pekerjaan yang meningkat minggu lalu. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja, data U.S JOLTs Job Opening telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 10.185M kepada 10.934M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 10.000M. Data ekonomi yang optimis telah mendorong prospek positif terhadap pertumbuhan ekonomi A.S. di masa depan dan ini mendorong hasil perbendaharaan AS untuk meningkatkan keuntungannya dengan jangkaan dasar kewangan yang ketat. Menurut kepada Reuters, pegawai Fed berkemungkinan akan mengurangkan pembelian bon bulanan sebanyak $120 bilion pada akhir tahun ini sebagai langkah pertama dalam peralihan yang akan datang ke dasar kewangan pasca pandemik. Dasar tersebut akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global dan mendorong momentum kenaikan pada dolar AS. Malah, Presiden Fed Cleveland Loretta Mester juga mendakwa pada hari Jumaat bahawa beliau masih berkemungkinan akan menyokong bank pusat untuk mengetatkan dasar kewangan mereka tahun ini.

 

Walaupun demikian, kenyataan secara keseluruhan dari Fed kekal tidak jelas. Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi para pelabur untuk terus memantau data ekonomi yang terkini dan juga perkembangan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan bagi indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.90. Mata wang Yen Jepun telah mengalami momentum kenaikan yang ketara dengan latar belakang data ekonomi yang meningkat. Menurut kepada Pejabat Kabinet, data GDP Jepun untuk suku sebelum ini telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -0.9% kepada 0.5%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakihiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1805. Pasangan ini mengalami momentum penurunan susulan dengan Bank Pusat Eropah mengeluarkan nada dovish mereka pada semalam. Menurut kepada kenyataan dasar kewangan, Bank Pusat Eropah tidak mengubah dasar kewangan tetapi memilih untuk memperlahankan kadar proses pembelian bon di bawah program pembelian kecemasan pandemik (PEPP). Jawatankuasa Dasar Monetari memilih untuk mengekalkan kadar faedah mereka untuk operasi pembiayaan semula utama pada 0%, untuk kemudahan pinjaman marginal pada 0.25% dan kemudahan deposit pada -0.5%. Bank pusat juga mengulangi bahawa mereka akan terus melaksanakan pelonggaran dasar kewangan yang agresif mereka sehingga inflasi stabil pada 2% dalam jangka masa sederhana. Di sisi inflasi, tahap inflasi zon Euro telah mencapai tingkat tertinggi dalam satu dekad pada 3% pada bulan Ogos, ini mencetuskan kebimbangan yang lebih lanjut bagi ECB mengenai bahaya tentang  inflasi yang manjadi berterusan dan bukannya “sementara”. Beberapa para penganalisis berspekulasi bahawa ECB akan mengumumkan pengurangan pakej rangsangan agresifnya pada bulan Disember untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3840. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan GBP / USD pada minggu lalu  adalah disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Selain itu, mata wang paun sterling juga jatuh  disebabkan oleh U.K  membebaskan  data ekonomi mereka yang lemah. Menurut kepada Office for National Statistics, data Manufacturing Production UK untuk bulan lalu mengalami penurunan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.2% kepada 0.0%, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 0.1%.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 6 – 10

GOLD

Harga emas merosot telah merosot pada minggu lalu dengan harga $ 1783.00 se troy auns susulan dengan A.S melancarkan rangkaian data ekonomi yang optimis minggu lalu. Para pelabur tetap positif terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat yang mendorong pengubahan sentimen dari aset selamat kepada aset berisiko lain seperti pasaran saham. Selain itu, data inflasi yang tinggi dari wilayah A.S. juga telah meningkatkan harapan bagi Fed untuk mengetatkan dasar kewangan mereka. Dasar tersebut dapat mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global sambil mengurangi risiko inflasi, mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $69.55. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan minyak A.S. susulan dengan kemusnahan dari Taufan Ida, bersama dengan jangkaan terhadap permintaan yang lebih tinggi. Menurut kepada statistik terkini, kira-kira tiga perempat daripada pengeluaran minyak di luar pesisir Teluk A.S. atau sekitar 1.4 juta tong sehari telah dihentikan sejak Ogos lalu. Walaupun begitu, kenaikan yang dialami oleh harga minyak mentah adalah terhad di tengah-tengah data inventori yang menurun minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah  A.S. telah masuk pada -1.529M, tersasar daripada jangkaan pasaran pada -4.612M.

 

Tinjauan Pasaran: September 13 – 17

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 13 – 17

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 13hb September 2021
N/A
Selasa – 14hb September 2021
14:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Jul) 8.20% 8.80%
14:00   GBP Claimant Count Change (Aug) -7.8K
20:30   USD Core CPI (MoM) (Aug) 0.30% 0.30%
Rabu – 15hb September 2021
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Aug) 5.80% 6.40%
14:00   GBP CPI (YoY) (Aug) 2.90% 2.00%
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Aug) 0.60%
22:30   USD Crude Oil Inventories -1.529M
Khamis – 16hb September 2021
06:45   NZD GDP (QoQ) (Q2) 1.50% 1.60%
09:30   AUD Employment Change (Aug) -70.0K 2.2K
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Aug) -0.10% -0.40%
20:30   USD Initial Jobless Claims 318K 310K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) 19 19.4
20:30   USD Retail Sales (MoM) (Aug) -1.00% -1.10%
Jumaat – 17hb September 2021
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Aug) 0.50% -2.50%
17:00   EUR CPI (YoY) (Aug) 3.00% 2.20%