83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Disember 2021                  Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 13 – 17

Reviu Pasaran (Forex): Disember 6 – 11

US Dollar

Indeks dolar telah  didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama pada minggu lalu berikutan dengan perkembangan yang positif baru-baru ini mengenai varian Omicron telah mengubahkan sentimen pasaran ke arah aset yang lebih berisiko. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad disebabkan oleh jangkaan yang berterusan terhadap Fed untuk mengetatkan dasar kewangan lebih awal daripada jangkaan yang diperkuatkan oleh data inflasi yang tinggi daripada A.S. Indeks dolar telah mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 95.98.

 

Berdasarkan dengan perkembangan terkini mengenai Omicron, pegawai kesihatan awam terus memantau penyebaran varian Omicron di AS. Walau bagaimanapun, data awal dari Afrika Selatan menunjukkan bahawa walaupun Omicron mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi, ia tidak menimbulkan sebarang gejala berbahaya atau lebih teruk berbanding dengan varian lain seperti Delta. Kebimbangan tersebut telah dikurangkan selanjutnya dengan kenyataan daripada Ketua Penasihat Perubatan Rumah Putih, Dr Anthony Fauci di mana beliau baru-baru ini menyatakan bahawa lebih banyak data diperlukan untuk memahami sepenuhnya profil risiko Omicron, tetapi keputusan awal menunjukkan bahawa ia berkemungkinan tidak seteruk yang seperti ditakuti pada awalnya. Beliau juga menyatakan kemungkinan untuk sekatan perjalanan dibatalkan. Perkembangan positif dalam Omicron telah berjaya memberikan kelegaan kepada pasaran dan meningkatkan selera risiko di kalangan pelabur terhadap aset yang lebih berisiko, justerunya ia menyebabkan peralihan portfolio daripada aset selamat seperti dolar kepada pasaran alternatif. Walau bagaimanapun, penjualan tersebut tidak dapat kekal lama dan dolar kekal disokong secara keseluruhan disebabkan oleh pengeluaran data CPI yang lebih baik daripada jangkaan dan mengukuhkan lagi pandangan Fed untuk mengetatkan dasar kewangan serta meningkatkan kadar mereka. Dari segi data, CPI A.S. telah memberi bacaan yang lebih tinggi dengan bacaan 0.8% berbanding dengan jangkaan sebanyak 0.7%. Selain itu, data lain seperti data Initial Jobless Claims dan Michigan Consumer Sentiment yang juga memberi bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah membantu dalam mengukuhkan sokongan selanjutnya bagi dolar AS.

 

Namun begitu, para pelabur perlu terus memantau perkembangan yang terkini berkaitan dengan data ekonomi penting serta keputusan dasar kewangan Fed masa depan untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas tetapi telah berundur sedikit sebelum menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 113.36. Penjualan dalam Yen Jepun sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh kebimbangan yang menyusut terhadap varian Omicron yang membebankan pasaran selamat. Walau bagaimanapun, komen positif baru-baru ini daripada PM Jepun telah membantu dalam mengehadkan kerugian dalam Yen Jepun. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menyatakan bahawa kerajaan Jepun mesti mengambil kira risiko menurun kepada ekonomi daripada kekurangan cip dan kekangan bekalan. Beliau menambah bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah kadar cukai jualan Jepun daripada kadar semasa pada 10%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang secara rata pada minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.3135. Momentum penurunan harga secara keseluruhan untuk pasangan EUR/USD pada minggu lepas sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kekuatan dalam dolar A.S. yang disokong oleh jangkaan terhadap kenaikan kadar Fed. Selain itu, kebimbangan terhadap ECB untuk melanjutkan dasar kewangan yang longgar juga terus membebankan pasangan ini. Menurut kepada Bloomberg, penggubal dasar ECB cenderung untuk meningkatkan rangsangan Program Pembelian Aset (APP) untuk masa sementara dan terhad. Ini mengurangkan lagi harapan para pelabur terhadap ECB untuk mengetatkan dasar kewangan dan meningkatkan kadar dalam tempoh terdekat.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3265. Momentum kenaikan harga dalam pasangan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelemahan dalam dolar AS. Walau bagaimanapun, gabungan faktor seperti data yang lemah dari U.K dan harapan yang berkurangan untuk kenaikan kadar daripada BoE mengehadkan potensi kenaikan untuk paun sterling. Baru-baru ini, U.K telah mengumumkan sekatan baharu Covid-19 di U.K selepas negara tersebut mencatatkan peningkatan kes varian Omicron. Langkah tersebut telah menjejaskan jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar yang akan berlaku oleh Bank of England pada bulan Disember. Dari segi data, data GDP UK telah merosot kepada 0.1%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran manakala data Manufacturing Production U.K juga jatuh kepada 0.0% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 0.1%.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 6 – 11

GOLD

Harga emas telah didagang dalam lingkungan yang ketat pada minggu lepas tetapi masih menutup sesi pasaran dengan kerugian dengan harga 1782.61. Sentimen untuk logam selamat ini adalah lemah berikutan peningkatan dalam keyakinan terhadap Omicron dan jangkaan terhadap kenaikan kadar daripada Fed telah menjejaskan daya tarikan untuk pasaran selamat. Pasaran juga beralih ke pasaran berisiko dengan perlahan-lahan selepas data awal mencadangkan varian Omicron adalah kurang berbahaya seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Sebaliknya, kebimbangan mengenai kenaikan kadar yang lebih cepat daripada jangkaan telah meningkat selepas data CPI A.S. mencapai lebih tinggi daripada jangkaan dan bacaan sebelumnya pada bulan November, yang sudah berada pada tahap tinggi 40 tahun. Data tersebut mengukuhkan lagi jangkaan pasaran bahawa Fed berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah bagi memerangi lonjakan inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $71.77. Pasaran minyak berjaya mencatatkan keuntungan mereka selepas enam minggu mengalami kerugian disebabkan oleh kebimbangan yang semakin berkurangan terhadap Omicron dan peningkatan dalam prospek permintaan minyak mentah. Pakar kesihatan global, termasuk pakar virologi AS dan penasihat Rumah Putih Dr. Anthony Fauci, menyatakan  kesan Omicron nampaknya adalah kurang teruk daripada jangkaan pada permulaan. Pfizer dan rakan kongsinya BioNTech juga menyatakan bahawa tiga dos vaksin mereka boleh meneutralkan varian itu. Dari segi data, EIA melaporkan penurunan sebanyak 0.240 juta tong dalam inventori minyak mentahnya, walaupun ia lebih rendah sedikit daripada jangkaan pasaran dengan  penurunan kira-kira 1.705 juta tong.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 13 – 17

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti U.S Retail Sales dan Fed Interest Rate Decision bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: December 13 – 17

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 13hb Disember 2021
7:50   JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q4) 19 18
7:50   JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q4) 6 2
Selasa – 14hb Disember 2021
15:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Oct) 4.50% 5.80%
15:00   GBP Claimant Count Change (Nov) -14.9K
21:30   USD PPI (MoM) (Nov) 0.60% 0.60%
Rabu – 15hb Disember 2021
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Nov) 3.80% 3.50%
15:00   GBP CPI (YoY) (Nov) 4.70% 4.20%
21:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Nov) 1.00% 1.70%
21:30   USD Retail Sales (MoM) (Nov) 0.80% 1.70%
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Nov) 0.60%
23:30   USD Crude Oil Inventories -0.240M
Khamis –16hb Disember 2021
3:00   USD FOMC Economic Projections
3:00   USD FOMC Statement
3:00   USD Fed Interest Rate Decision 0.25%
3:30   USD FOMC Press Conference
5:45   NZD GDP (QoQ) (Q3) -4.30% 2.80%
8:30   AUD Employment Change (Nov) 200.0K -46.3K
16:30   CHF SNB Interest Rate Decision (Q4) -0.75% -0.75%
16:30   CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:30   EUR German Manufacturing PMI (Dec) 57 57.4
17:30   GBP Composite PMI 57.6
17:30   GBP Manufacturing PMI 58.1
17:30   GBP Services PMI 58.5
17:30   CHF SNB Press Conference
20:00   GBP BoE Interest Rate Decision (Dec) 0.10% 0.10%
20:00   GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:45   EUR Deposit Facility Rate (Dec) -0.50% -0.50%
20:45   EUR ECB Marginal Lending Facility 0.25%
20:45   EUR ECB Interest Rate Decision (Dec)
21:30   USD Building Permits (Nov) 1.660M 1.653M
21:30   USD Initial Jobless Claims 195K 184K
21:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) 30 39
21:30   EUR ECB Press Conference
Jumaat – 17hb Disember 2021
10:30   JPY BoJ Monetary Policy Statement
10:30   JPY BoJ Press Conference
15:00   GBP Retail Sales (MoM) (Nov) 0.50% 0.80%
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Dec) 95.4 96.5
18:00   EUR CPI (YoY) (Nov) 4.90% 4.90%