83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14hb Mac 2022                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 14 – 18

Reviu Pasaran (Forex): Mac 7 – 11

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish yang ketara minggu yang lalu susulan dengan peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk membeli aset selamat Dolar AS. Sementara itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun di tengah-tengah lonjakan harga komoditi mencetuskan kebimbangan mengenai inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 98.80.

 

Menurut kepada ALJAZEERA, menteri Rusia dan Ukraine telah mengadakan rundingan untuk membincangkan isu-isu perang Rusia-Ukraine pada hari Khamis yang lalu. Walau bagaimanapun, menteri luar Ukraine mendakwa perbincangan 24 jam perjanjian gencatan senjata dengan rakan sejawatannya dari Rusia tidak membuat sebarang kemajuan susulan dengan wakil Moscow mempertahankan pendirian pencerobohannya. Dmytro Kuleba dari Ukraine berkata beliau tidak menerima janji daripada Rusia untuk menghentikan tembakan supaya bantuan dapat sampai kepada rakyat, termasuk keutamaan “koridor kemanusiaan”. Ukraine menuduh tentera Rusia pada hari Sabtu membunuh tujuh orang awam dalam serangan ke atas wanita dan kanak-kanak manakala Perancis menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin telah menunjukkan bahawa beliau tidak bersedia untuk berdamai.

 

Sebaliknya, harga komoditi telah meningkat ke paras tertinggi sejak 2008 berikutan kebimbangan kekurangan bekalan selepas pelaksanaan sekatan ke atas Rusia. Harga komoditi yang melonjak berkemungkinan akan mencetuskan risiko inflasi pada masa hadapan, meningkatkan kebarangkalian untuk Rizab Persekutuan menaikkan kadar sambil menghantar hasil Perbendaharaan 10 tahun AS didagang dengan lebih tinggi. Menurut kepada data terkini, Core Consumer Price Indeks AS (CPI) meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 6.0% ke bacaan sebanyak 6.4%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 5.9% sambil mencecah paras tertinggi dalam 40 tahun. Rizab Persekutuan AS dijangkakan akan membebaskan kenyataan dasar seterusnya pada 16hb Mac 2022. Pada masa kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan terkini daripada Rizab Persekutuan serta ketegangan geopolitik antara Rusia-Ukraine untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 117.25. Yen Jepun telah didagang dengan lebih rendah selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan pada minggu yang lalu, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas perkembangan ekonomi di Jepun. Menurut kepada Kabinet Office, Jepun GDP bagi suku lepas telah menurun dari bacaan terdahulu sebanyak 5.4% ke bacaan sebanyak 4.6%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.6%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan rendah minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.00912. Euro telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah para pelabur kekal khuatir terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropa. Selain itu, negara-negara Eropah mengimport kebanyakannya 40% daripada penggunaan gas aslinya dan lebih daripada suku permintaan minyak dari Rusia. Kebimbangan gangguan bekalan akibat pelaksanaan sekatan dari rantau Eropah akan meningkatkan kos bahan mentah untuk syarikat Eropah, yang membawa kepada risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan sambil mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan Euro.  Walau bagaimanapun, Euro telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan sentimen hawkish daripada Bank Pusat Eropah. Menurut kepada kenyataan dasar monetari, Bank Pusat Eropah pada Khamis mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan program pembelian aset mereka lebih pantas daripada yang dijangkakan susulan dengan peningkatan risiko inflasi terus berlegar di pasaran. ECB juga mengulangi bahawa mereka akan menamatkan program pembelian bonnya menjelang suku ketiga.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3035. Oleh kerana kekurangan pemangkin pasaran dari pasaran di United Kingdom minggu lepas, pergerakan keseluruhan untuk pasangan GBP/USD adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan Dolar AS. Selain itu, kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global juga akan mencetuskan penjualan bagi aset yang lebih berisiko seperti Pound Sterling. Buat masa ini, para  pelabur akan terus kekal fokus terhadap hubungan antara Rusia-Ukraine serta data ekonomi yang baru untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya untuk Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 7 – 11

GOLD

Harga emas telah didagang dengan rendah pada minggu lalu dengan harga $1987.85  se troy auns di tengah-tengah di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada bank pusat global terus mengurangkan daya tarikan untuk aset lindung nilai inflasi seperti emas. Minggu lepas, para pelabur membuat spekulasi bahawa bank pusat global berkemungkinan akan melaksanakan pengetatan dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan. Nota hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat sebanyak 3.1 mata asas kepada 1.753% selepas mengikuti ke paras terendah sejak 5 Januari di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan minggu depan. Rizab Persekutuan dijangkakan akan memberikan kenyataan dasar monetarinya pada 16 Mac 2022. Justerunya, para pelabur akan terus memantau perkembangan daripada Rizab Persekutuan serta ketegangan geopolitik antara Rusia-Ukraine untuk mengukur kemungkinan pergerakan emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $109.15 se tong. Arah aliran keseluruhan bagi harga minyak mentah kekal bearish walaupun terdapat prospek perang negatif antara Rusia-Ukraine di tengah-tengah para pelabur terus mencerna peningkatan pengeluaran minyak daripada OPEC. Terdahulu, pengeluar keutamaan OPEC UAE  berkata bahawa mereka akan menggalakkan OPEC untuk mempertimbangkan pengeluaran yang lebih tinggi. Menteri Minyak Iraq Ihsan Abdul-Jabbar Ismail juga mengulangi bahawa beliau bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sekiranya OPEC+ bersetuju dengan keputusan tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat telah membuat langkah untuk mengurangkan sekatan ke atas minyak Venezuela dan usaha untuk mencapai konsensus dalam perjanjian nuklear dengan Tehran, yang boleh membawa kepada peningkatan bekalan minyak pada masa yang akan datang.

 

Tijauan Pasaran: Mac 14 – 18

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai peperangan di antara Rusia-Ukraine.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 14 – 18

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 14hb Mac 2022
    N/A      
Selasa – 15hb Mac 2022
8:30   AUD RBA Meeting Minutes
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Feb) 3.90% 4.30%
15:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Jan) 4.60% 4.30%
15:00   GBP Claimant Count Change (Feb) -28.0K -31.9K
18:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Mar) 10 54.3
21:30   USD PPI (MoM) (Feb) 0.90% 1.00%
Rabu – 16hb Mac 2022
21:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Feb) 1.00% 3.30%
21:30   USD Retail Sales (MoM) (Feb) 0.40% 3.80%
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Feb) 0.80%
23:30   USD Crude Oil Inventories -1.863M
Khamis – 17hb Mac 2022
2:00   USD FOMC Economic Projections
2:00   USD FOMC Statement
2:00   USD Fed Interest Rate Decision 0.50% 0.25%
2:30   USD FOMC Press Conference
5:45   NZD GDP (QoQ) (Q4) 3.20% -3.70%
8:30   AUD Employment Change (Feb) 40.0K 12.9K
17:30   EUR ECB President Lagarde Speaks
18:00   EUR CPI (YoY) (Feb) 5.80% 5.80%
20:00   GBP BoE Interest Rate Decision (Mar) 0.75% 0.50%
21:30   USD Building Permits (Feb) 1.850M 1.895M
21:30   USD Initial Jobless Claims 220K 227K
21:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) 15 16
Jumaat – 18hb Mac 2022
11:00   JPY BoJ Monetary Policy Statement
14:30   JPY BoJ Press Conference
18:30   RUB Interest Rate Decision (Mar) 9.50% 20.00%
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Jan) -2.00% -2.50%
23:00   USD Existing Home Sales (Feb) 6.16M 6.50M