83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Jun 2020                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: 15 – 19 Jun

Reviu Pasaran (Forex): Jun 8 – 12

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain telah melanjutkan kerugiannya bagi separuh minggu pertama sebelum memangkas kerugiannya dan menutup di kadar 96.94 berikutan dengan pandangan bearish dan amaran dari Bank Pusat AS.

 

Pada minggu lepas, keputusan FOMC dan sidang media adalah tumpuan utama pasaran. Walaupun Fed telah mengekalkan kadar di paras 0.25%, ulasan bearish dari Jerome Powell yang menyebabkan pergolakan pasaran. Menurut kepada kenyataan Fed, sistem kewangan AS berada di bawah tekanan dari pandemik koronavirus dan kemajuan untuk membawanya ke arah pertumbuhan stabil dan pasaran pekerjaan yang kukuh bakal mengambil masa yang lebih panjang. Selain itu, beliau juga menjangka pengecutan GDP sebanyak 6.5% dan kadar pengangguran untuk mencecah 9.3% menjelang akhir tahun ini. Susulan dengan kenyataan yang dovish, keyakinan pasaran terhadap dolar AS makin merosot. Dari segi ekonomi, data utama adalah Initial Jobless Claims dan Cnosumer Sentiment. Menurut kepada data rasmi, Initial Jobless Claims telah meningkat sebanyak 1.542 juta, lebih baik daripada ramalan iaitu 1.550 juta. Selain itu, Michigan Consumer Sentiment juga telah meningkat dari 82.3 ke 87.8 dan ia telah memberikan sokongan kepada dolar AS pada hari Jumaat yang lepas.

 

Walaubagaimanapun, ketegangan domestik ke atas pembunuhan George Floyd serta ketegangan diantara AS dan China telah mengehadkan sebarang kenaikan pada dolar AS sementara pasaran menunggu isyarat yang lebih lanjut bagi menentukan arah aliran dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah menerima sokongan pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup sesi Jumaat di kadar 107.36. Susulan dengan permulaan yang senyap, momentum pada Yen Jepun main meningkat berikutan dengan kelemahan dolar AS. Penghindaran risiko yang didorong oleh Fed yang dovish telah memberikan sokongan tambahan dan meningkatkan nilai mata wang selamat tersebut.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mengalami kerugian bagi sepanjang minggu lepas. Namun, ia mampu untuk mengehadkan kerugiannya sebelum menutup niaga di kadar 1.1255. Dari segi ekonomi, Industrial Production bagi bulan April telah menurun sebanyak 17.9% di Jerman dan 17.1 di zon Eropah. Sementara itu, German Trade Surplus telah menyusut ke paras €3.2bn dari €12.8bn bagi bulan April. Susulan dengan data yang kruang memuaskan, keyakinan terhadap euro makin merosot walaupun dolar AS mengalami kelemahan pada minggu lepas.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD menurun ke paras 1.2538. Sentimen terhadap pound sterling adalah lebih negatif selepas ekonomi UK mengecut sebanyak 24.5% bagi bulan April. Selain itu, manufacturing production juga menurun sebanyak 24.3% bagi bulan April berikutan dengan penutupan bisnes bukan penting bagi menangani pandemik koronavirus. Keputusan tersebut adalah pengecutan yang terbesar di dalam rekod dan ia menimbulkan sentimen ke atas Bank Pusat England untuk mengambil langkah yang lebih lanjut sekiranya diperlukan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 8 – 12

GOLD

Harga emas kekal didagang secara stabil dan menutup pasaran minggu lepas di kadar $1,734.22 se troy auns. Permintaan bagi aset tersebut makin meningkat berikutan dengan kelemahan dolar AS serta peningkatkan ketegangan di AS. Selain itu, kekhuatiran terhadap risiko kemelesetan global serta potensi kluster penularan koronavirus kali kedua telah meningkatkan penampilan aset selamat tersebut.

 

CrudeOIL

Harga minyak mentah telah membatalkan kenaikan minggu ke-6 berturut-turut dan mengalami kerugian sepanjang minggu lalu sambil menutup niaga di kadar $36.72 setong. Penurunan tersebut telah berlaku susulan dengan peningkatan stok diesel di AS.

 

Energy Information Administration (EIA) pada hari Rabu telah melaporkan bahawa stok minyak telah menurun sebanyak 5.72 juta tong. Menurut kepada laporan rasmi, inventori komersial kini mencecah 538 juta tong, lebih tinggi daripada paras semasa awal tahun 2017 dan lebih tinggi daripada 1982. Namun, inventori minyak diesel mengalami peningkatan yang mendadak selepas ia mencatat penambahan sebanyak 1.6 juta tong pada minggu lepas. Dari aspek yang lain, ketegangan diantara AS dan Iran telah memberikan sokongan menaik ke atas komoditi tersebut. Pada minggu lepas, agensi berita Iran yang berkaitan dengan Revolutionary Gaurds mengulas bahawa tentera laut Iran sedang bersiap sedia untuk menyasar kapal komersial AS di perairan Gulf selepas AS masuk campur ke atas kapal minyak Iran yang menuju ke Venezuela. Tambahan pula, penyusutan bilangan pelantar minyak di AS yang kini mencecah 199, paras yang terendah semenjak Jun 2009 telah memberikan sokongan tambahan kepada harga komoditi tersebut.

 

Untuk setakat ini, sentimen pasaran ke atas pasaran minyak adalah masih suram berikutan dengan peningkatan inventori minyak, ketegangan Iran dan China serta kemungkinan berlakunya gelombang penularan koronavirus bagi kali kedua. Justeru, para pelabur akan menunggu isyarat di dalam pasaran bagi menentukan arah alirannya.

 

Pandangan Mingguan: Jun 15 – 19

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada perkembangan diantara AS dan China serta data ekonomi yang penting seperti Retail Sales bagi menentukan arah aliran dolar AS. Selain itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada perkembangan terkini mengenai koronavirus.

 

As for oil traders, they will be eyeing on US inventories level reported by API and EIA as well as the possibility of tension between Iran and U.S to gauge the strength of crude demand for world’s largest oil consumer. .

 

Bagi minyak mentah, para pelabur akan memberi tumpuan kepada tahap inventori dari API dan EIA serta ketegangan diantara AS dan Iran bagi menentukan paras permintaan minyak mentah global.

 

Acara dan data ekonomi kemuncak: Jun 15 – 19

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 15 Jun 2020
10.00 CNY Industrial Production (YoY) (May) 5.0% 3.9%
Selasa – 16 Jun 2020
09.30 AUD RBA Meeting Minutes
12.30 JPY BoJ Monetary Policy Statement
14.00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Apr) 1.4% 2.4%
14.00 GBP Claimant Count Change (May) 370.5K 856.5K
15.00 JPY BoJ Press Conference
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Jun) 60.0 51.0
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (May) 5.1% -17.2%
20:30 USD Retail Sales (MoM) (May) 8.0% -16.4%
Rabu – 17 Jun 2020
14.00 GBP CPI (YoY) (May) 0.5% 0.8%
17.00 EUR CPI (YoY) (May) 0.1% 0.1%
20.30 USD Building Permits (May) 1.248M 1.066M
20.30 CAD Core CPI (MoM) (May) -0.4%
22.30 USD Crude Oil Inventories -1.738M 5.720M
Khamis – 18 Jun 2020
06.45 NZD GDP (QoQ) (Q1) 0.5% 0.5%
09.30 AUD Employment Change (May) -125K -594.3K
15.30 CHF SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
15.30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16.00 CHF SNB Press Conference
19.00 GBP BoE Interest Rate Decision (Jun) 0.10% 0.10%
19.00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20.30 USD Initial Jobless Claims 1542K
20.30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) -25.0 -43.1
Jumaat – 19 Jun 2020
09.30 AUD Retail Sales (MoM) -17.7%
14.00 GBP Retail Sales (MoM) (May) 5.8% 5.8%
20.30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Apr) -12.8% -0.4%