83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Ogos 2022                     Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: 15 – 19 Ogos

 

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 8 -12

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan kerugiannya sepanjang seminggu yang lalu disebabkan oleh kadar inflasi yang lemah. Bagaimanapun, kerugian indeks dolar dihadkan oleh ketegangan geopolitik yang memuncak kerana mata wang dolar AS terus bertindak sebagai mata wang tempat selamat untuk pelabur global.

 

Khamis lalu, indeks dolar menjunam dengan ketara apabila tekanan jualan memuncak berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, yang digunakan untuk mengukur tekanan inflasi dalam ekonomi AS menurun dengan ketara pada Julai. Menurut Jabatan Buruh, data CPI AS dibebaskan pada 8.5%, lebih rendah daripada ramalan 8.7% dan juga bacaan sebelumnya sebanyak 9.1%. Inflasi yang mereda disebabkan terutamanya oleh kejatuhan harga tenaga baru-baru ini, seperti harga minyak. Dengan angka inflasi yang lebih rendah, pelabur menganggap bahawa bank pusat AS (Rizab Persekutuan) akan melaksanakan pelan kenaikan kadar yang kurang agresif pada masa hadapan untuk menurunkan semula inflasi kepada 2% daripada sasaran jangka panjang. Walau bagaimanapun, kesimpulan inflasi telah memuncak tidak harus dibuat kerana ia mungkin hanya jangka pendek. Dengan itu, pelabur akan terus menumpukan perhatian mereka terhadap ucapan akan datang daripada pegawai Fed serta data ekonomi penting yang lain.

 

Dari segi isu geopolitik, latihan ketenteraan yang berterusan memberikan momentum kenaikan harga dalam pasaran dolar AS. Menurut berita terkini, China mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka berhampiran laut Selatan-China, di mana tiada tanda-tanda reda sepanjang minggu lalu. China pada mulanya menjadualkan latihannya untuk beberapa hari sahaja, sebagai tindak balas kepada lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan, tetapi Komando Teater Timur tentera China kemudiannya mengumumkan latihan ketenteraan yang berterusan. Ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Taiwan serta China mencetuskan sentimen menolak risiko pasaran, di mana majoriti pelabur melarikan diri ke dolar AS untuk mengelakkan risiko.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY susut minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 133.50. Pasangan USD/JPY merosot dengan ketara apabila tekanan inflasi AS menunjukkan beberapa tanda kelembutan pada bulan Julai. Dengan angka inflasi mula menurun, pelabur bertaruh bahawa Rizab Persekutuan tidak mungkin meningkatkan kadar faedah secara agresif pada masa hadapan.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0250. Arah aliran keseluruhan untuk Euro didagangkan lebih tinggi di tengah-tengah kejatuhan nilai Dolar AS. Namun begitu, ketegangan yang meningkat antara isu Rusia-Ukraine terus mengehadkan keuntungan yang dialami oleh Euro kerana peserta pasaran kekal bimbang terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Namun begitu, sumbangan utama kejatuhan pasangan mata wang EUR/USD baru-baru ini adalah disebabkan oleh kelemahan dolar. Data CPI AS yang lebih rendah daripada jangkaan mengheret nilai dolar AS, dan menggesa pasangan mata wang itu naik lebih tinggi pada minggu lepas.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD susut nilai minggu lepas semasa menamatkan sesi pada harga 1.2100. Pasangan mata wang GBP/USD jatuh apabila ekonomi UK menamatkan suku kedua 2022 dalam kemelesetan. Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan, data KDNK UK mencapai -0.1%, jauh lebih lemah daripada bacaan pertumbuhan 0.8% pada suku sebelumnya. Data GDP UK yang lemah menunjukkan bahawa ekonomi UK menyusut dengan ketara, di mana ia menuju ke arah kemelesetan di tengah-tengah peningkatan tekanan inflasi dan ketidaktentuan politik yang meningkat. Selain itu, Bank of England (BoE) memberi amaran bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan memasuki ke dalam kemelesetan tahun ini, di mana kemelesetan dijangka berlarutan selama lebih daripada setahun. Dengan itu, kemungkinan tinggi risiko kemelesetan yang berpanjangan menekan nilai mata wang UK, sambil meletakkan prospek pound dalam keadaan kabur.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 8 – 12

GOLD

Harga emas berlegar di bawah paras $1800 sambil menutup harga pasarannya pada $1797.00 setiap troy auns pada Jumaat lepas. Dengan latar belakang tekanan inflasi mula reda, sementara ketegangan geopolitik semakin memuncak, para pelabur mula mengeluarkan modal mereka daripada pegangan dolar AS dan beralih ke aset tempat selamat yang lain seperti emas. Walau bagaimanapun, keuntungan aset emas berkurangan apabila beberapa ahli Fed kekal dengan nada hawkish mereka ke arah laluan mengetatkan Rizab Persekutuan, di mana mereka menganggap kenaikan kadar 75 mata asas masih adalah salah satu pilihan dalam mesyuarat yang akan datang.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $92.00 setong. Harga minyak mentah pulih semula apabila pemangkin positif seperti kapasiti pengeluaran minyak OPEC+ berada pada tahap maksimum, ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine serta penurunan dalam inventori petrol AS. Dengan itu, harga minyak mentah melonjak mendadak sepanjang minggu. Bagaimanapun, harga minyak mentah menuju ke paras yang lebih rendah sebelum pasaran menamatkan sesi dalam tempoh seminggu yang lalu kerana kebimbangan terhadap risiko kemelesetan global terus menjejaskan permintaan pasaran terhadap komoditi hitam ini.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 15 – 19

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data Initial Jobless Claims dan Retail Sales bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 15 – 19

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 15hb Ogos 2022
All Day Italy – Assumption Day
All Day India – Independence Day
All Day South Korea – Liberation Day
7:50   JPY GDP (QoQ) (Q2) 0.50% 0.60% -0.10%
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Jul) 4.60% 3.90%
Selasa – 16hb Ogos 2022
9:30   AUD RBA Meeting Minutes
14:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Jun) 4.50% 6.20%
14:00   GBP Claimant Count Change (Jul) -20.0K
17:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Aug) -52.7 -53.8
20:30   USD Building Permits (Jul) 1.640M 1.696M
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Jul) 0.30%
Rabu – 17hb Ogos 2022
10:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 3.00% 2.50%
11:00   NZD RBNZ Press Conference
14:00   GBP CPI (YoY) (Jul) 9.80% 9.40%
20:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Jul) -0.10% 1.00%
20:30   USD Retail Sales (MoM) (Jul) 0.10% 1.00%
22:30   USD Crude Oil Inventories 5.458M
Khamis – 18hb Ogos 2022
2:00   USD FOMC Meeting Minutes    
9:30   AUD Employment Change (Jul) 25.0K 88.4K
17:00   EUR CPI (YoY) (Jul) 8.90% 8.90%
20:30   USD Initial Jobless Claims 265K 262K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) -5 -12.3
22:00   USD Existing Home Sales (Jul) 4.88M 5.12M
Jumaat – 19hb Ogos 2022
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Jul) -0.20% -0.10%
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Jun) 0.60% 1.90%

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.