83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 November 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 15 – 19

Reviu Pasaran (Forex): November 8 – 15

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan data inflasi yang tinggi telah meningkatkan kemungkinan Fed untuk mengetatkan dasar kewangan dan meningkatkan hasil perbendaharaan AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.95.

 

Dari segi data ekonomi, data PPI A.S. bagi bulan lepas telah meningkat sebanyak 0.6% dari September, sejajar dengan jangkaan pasaran pada 0.6%, menurut kepada Biro Statistik Buruh A.S. Selain itu, data CPI A.S. telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.2% kepada 0.6%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Walaupun Fed  telah menegaskan pada minggu lepas bahawa kenaikan inflasi semasa hanya akan sementara, ramai para pelabur bimbang bahawa memandang rendah terhadap kenaikan harga boleh terbukti sebagai kesilapan dasar yang mahal. Tetapi, naib pengerusi Fed Richard Clarida mendakwa bahawa bank pusat akan terus memberi tumpuan kepada inflasi, pekerjaan dan keluaran dalam GDP kasar untuk menentukan dasar kewangan pada masa hadapan. Sekiranya inflasi yang tinggi kekal berterusan dalam pasaran kewangan global, ia akan meningkatkan kemungkinan Fed untuk mengurangkan program dasar kewangan yang agresif. Dasar monetari yang ketat serta kadar faedah yang meningkat akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan dan meningkatkan daya tarikan dolar AS. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh dolar AS dihadkan oleh data pekerjaan yang lemah. Jabatan Buruh melaporkan bahawa data Initial Jobless Claims A.S. tekah memberi bacaan sebanyak 267K, tersasar daripada ramalan pasaran pada 265K.

 

Buat masa ini, ia adalah penting bagi pelabur untuk terus memantau perkembangan yang terkini mengenai keputusan dasar kewangan masa depan daripada Fed serta data ekonomi selanjutnya untuk mengukur kemungkinan pergerakan dolar AS.

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah mengalami momentum bullish pada minggu lepas sementara mengakhiri sesi Jumaat lepas pada harga 112.95. Momentum bullish secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai Yen Jepun. Yen Jepun melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas susulan dengan kenyataan yang dovish daripada bank pusat Jepun walaupun terdapat risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan. Menurut kepada Reuters, Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda mendakwa bahawa bank pusat akan terus melaksanakan  dasar kewangan yang longgar dengan tidak berubah sehingga kadar inflasi mencapai sasaran 2%. Dari segi data ekonomi, data PPI Jepun telah mencapai 1.2%, melebihi ramalan pasaran pada 0.4%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah merosot sepanjang minggu lalu sementara mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 1.1585. Momentum keseluruhan untuk pasangan EUR/USD kekal bearish di tengah-tengah pengukuhan dolar AS. Selain itu, Euro juga melanjutkan kerugiannya susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa Bank Pusat Eropah akan terus melaksanakan dasar kewangan longgar yang agresif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Menurut kepada Bloomberg, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde mendakwa bahawa lonjakan inflasi semasa adalah hanya untuk sementara waktu dan tidak mungkin berlanjutan dalam jangka masa panjang, sambil berikrar untuk terus membantu ekonomi Eropah memandangkan kesan daripada wabak itu berlanjutan.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah jatuh minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.3760. Mata wang paun sterling telah merosot minggu lalu berikutan dengan data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Office for National Statistics, data GDP UK bagi suku lepas telah menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 5.5% kepada 1.3%, lebih teruk daripada jangkaan pasaran pada 1.5%. Selain itu, data Manufacturing Production U.K. telah jatuh daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.3% kepada 0.1%, ia juga lebih teruk daripada jangkaan sebanyak 0.2%. Kekurangan kakitangan, bekalan yang terhad serta prestasi perdagangan yang lebih lemah akibat daripada isu Brexit terus menjejaskan prestasi perdagangan di U.K.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 8 – 15

GOLD

Harga emas telah merosot pada minggu lepas dengan harga $1755.50 se troy auns di tengah-tengah jangkaan dovish daripada Fed serta risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat seperti emas untuk melindung nilai terhadap risiko. Namun begitu, kenyataan keseluruhan daripada Fed buat masa ini kekal kabur, justeru para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkaitan dengan data ekonomi terkini serta keputusan dasar kewangan masa hadapan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah jatuh dengan ketara pada minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan yang berlebihan semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $78.95 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah merosot apabila para pelabur menjangkakan bahawa Presiden AS Joe Biden akan mengarahkan pelepasan minyak daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) AS untuk mengekang harga minyak yang tinggi dan risiko inflasi pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad berlatarbelakangkan dengan data inventori yang positif. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah mencatatkan penurunan yang ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 3.291M kepada 1.001M, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 2.125M.

 

Tinjauan Pasaran: November 15 – 22

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti data Cpre Retail Sales untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 15 – 22

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 15hb November 2021
N/A
Selasa – 16hb November 2021
08:30   AUD RBA Meeting Minutes
15:00   GBP Average Earnings Index +Bonus (Sep) 5.60% 7.20%
15:00   GBP Claimant Count Change (Oct) -51.1K
21:30   USD Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.80% 0.80%
Rabu – 17hb November 2021
15:00   GBP CPI (YoY) (Oct) 3.90% 3.10%
18:00   EUR CPI (YoY) (Oct) 4.10% 4.10%
21:30   USD Building Permits (Oct) 1.630M 1.586M
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Oct) 0.30%
23:30   USD Crude Oil Inventories 1.001M
Khamis –18hb November 2021
21:30   USD Initial Jobless Claims 260K 267K
21:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) 24 23.8
Jumaat – 19hb November 2021
15:00   GBP Retail Sales (MoM) (Oct) 0.40% -0.20%
16:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Sep) 2.80% 2.80%