83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Januari 2023                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 16 – 20

 

Reviu Pasaran (Forex): Januari 9 – 13

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum penurunan ketara minggu lepas berikutan peningkatan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Fed, yang mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke arah aset lain. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 101.85.

 

Pada minggu lepas, Dolar AS melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah latar belakang risiko inflasi yang berkurangan di AS. Menurut Biro Statistik Buruh AS, Indeks Harga Pengguna (CPI) AS MoM bagi Disember mencatatkan penurunan daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.1% kepada -0.1%, yang merupakan penurunan pertama sejak Jun 2020. Tahun lepas, bank pusat AS telah menaikkan kadar faedah mereka secara agresif kerana mereka komited untuk mengurangkan risiko inflasi yang meningkat. Setakat ini, pelan kenaikan kadar telah memberikan kesan yang diingini terhadap ekonomi, serta pelabur menjangkakan bahawa Fed mungkin akan memperlahankan kadar kenaikan kadarnya. Sebaliknya, ucapan dovish daripada ahli Fed telah memberi tekanan lanjut ke atas Dolar AS. Menurut The New York Time, Susan M. Collins, presiden Federal Reserve Bank of Boston mendedahkan pada hari Rabu bahawa dia cenderung ke arah kenaikan 25 mata asas dalam mesyuarat Februari. Beliau beranggapan bahawa kenaikan kadar faedah yang lebih kecil mungkin akan menyediakan lebih banyak ruang untuk mereka meneliti data ekonomi sebelum membuat keputusan.

 

Bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh Dolar AS adalah terhad selepas ahli Fed lain mengulangi pendirian kenaikan kadar yang agresif. Presiden Fed St. Louis James Bullard muncul ucapannya selepas pengumuman data CPI, bahawa sasaran inflasi telah menuju ke arah yang betul. Namun begitu, beliau mencadangkan bank pusat AS untuk meningkatkan kadarnya ke tahap yang melebihi 5% secepat mungkin kerana kadar inflasi kekal jauh melebihi sasaran 2% Fed.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 127.82. Pasangan itu menerima momentum penurunan harga yang ketara berikutan kejatuhan Dolar AS. Angka CPI yang lebih rendah daripada jangkaan telah menunjukkan bahawa risiko inflasi di AS semakin berkurangan, yang mengurangkan kemungkinan pelan kenaikan kadar agresif berterusan. Selain itu, nilai Yen Jepun meningkat berikutan jangkaan bahawa Bank of Japan (BoJ) mungkin mengkaji semula dasar monetari dalam mesyuarat akan datang. Menurut berita terkini daripada Yomiuri, BoJ dijangka menyemak kesan sampingan pelonggaran monetari secara besar-besaran dalam mesyuarat akan datang walaupun BoJ telah mengubah strategi kawalan hasil bon bulan lepas. Ia memberikan petunjuk bahawa BoJ mungkin mula mengikuti langkah bank pusat utama, dengan meningkatkan kadar faedahnya.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0831. Euro menerima momentum kenaikan harga berikutan kejatuhan mendadak Dolar AS. Oleh kerana jangkaan kenaikan kadar agresif oleh Fed telah dikurangkan, ia mencetuskan daya tarikan mata wang yang berisiko seperti Euro. Sebaliknya, keuntungan yang dialami oleh Euro dilanjutkan berikutan kenyataan hawkish daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Menurut Reuters, pembuat dasar ECB Pablo Hernandez de Cos mendedahkan pada hari Rabu lalu bahawa bank pusat itu dijangka akan terus menaikkan kadar faedah “dengan ketara” pada mesyuarat akan datang, untuk memastikan inflasi kembali kepada sasaran 2%.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melonjak minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2227. Pound menerima momentum kenaikan harga minggu lepas di tengah-tengah kerugian Dolar AS. Angka CPI AS yang lebih rendah daripada jangkaan telah mengurangkan spekulasi pasaran mengenai kenaikan kadar yang tinggi dalam mesyuarat akan datang, yang mencetuskan peralihan dalam sentimen terhadap mata wang lain seperti Pound Sterling. Walaupun begitu, keuntungan Pound Sterling adalah terhad berikutan data ekonomi suram dikeluarkan. Menurut Office for National Statistics, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK YoY menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.5% kepada 0.2%. Di samping itu, MoM Pengeluaran Pembuatan UK telah menurun pada bulan November, yang meningkatkan kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 9 – 13

GOLD

Harga emas meningkat dengan ketara minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1920.17 setiap troy auns. Harga emas menerima momentum kenaikan harga minggu lepas berikutan kejatuhan nilai Dolar AS apabila mengurangkan kemungkinan laluan kenaikan kadar yang agresif. Walaupun pendirian hawkish telah diberikan oleh ahli Fed, pelabur masih ragu-ragu tentang pelan kenaikan kadar Fed, serta mereka percaya bahawa Fed kurang berkemungkinan menaikkan kadar faedahnya lebih daripada 5% dalam mesyuarat Februari. Menurut CME FedWatch Tool, kemungkinan 25 mata asas telah meningkat kepada 93.7% selepas data CPI yang lebih lemah dikeluarkan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat dengan ketara semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $80.04 setong. Harga minyak mentah menerima momentum kenaikan harga minggu lepas berikutan kelemahan Dolar AS. Memandangkan laluan kenaikan kadar yang agresif mungkin dikurangkan, ia mengheret ke bawah nilai Dolar AS. Dengan itu, ia mendail permintaan minyak kerana komoditi dalam denominasi dolar menjadi lebih murah bagi pemegang negara lain. Tambahan pula, sekatan EU terhadap produk petroleum dari Rusia telah melanjutkan kenaikan harga minyak. Pentadbiran Maklumat Tenaga AS berkata larangan EU terhadap import produk petroleum laut dari Rusia yang akan datang pada 5 Feb mungkin lebih mengganggu daripada larangan EU terhadap import minyak mentah laut dari Rusia yang dilaksanakan pada Disember 2022. Selain itu, pembukaan semula sempadan China selepas penamatan sekatan Covid-19 yang ketat juga telah meningkatkan keyakinan bahawa permintaan untuk komoditi hitam ini, membayangi kesan peningkatan inventori minyak mentah di AS sepanjang minggu lalu.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 16 – 20

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti PPI dan Beige Book  bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 16 – 20

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 16hb Januari 2023
All Day USD Martin Luther King, Jr. Day
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Jan) -15.5 -23.3
23:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 17hb Januari 2023
10:00 CNY GDP (YoY) (Q4) 1.8% 3.9%
10:00 CNY Industrial Production (YoY) (Dec) 0.5% 2.2%
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Nov) 6.1% 6.1%
15:00 GBP Claimant Count Change (Dec) 19.8K 30.5K
15:00 EUR German CPI (YoY) (Dec) 8.6% 8.6%
20:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Dec)
Rabu – 18hb Januari 2023
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentative JPY BoJ Press Conference
15:00 GBP CPI (YoY) (Dec) 10.6% 10.7%
18:00 EUR CPI (YoY) (Dec) 9.2% 9.2%
21:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Dec) -0.4% -0.2%
21:30 USD PPI (MoM) (Dec) -0.1% 0.3%
21:30 USD Retail Sales (MoM) (Dec) -0.8% -0.6%
Khamis – 19hb Januari 2023
03:00 USD Beige Book
08:30 AUD Employment Change (Dec) 22.5K 64.0K
18:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30 EUR

 

ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 USD Building Permits (Dec) 1.370M

 

1.351M
21:30 USD Initial Jobless Claims 212K 205K
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) -11.0 -13.8
Jumaat – 20hb Januari 2023
00:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories 18.962M
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Dec) 0.4% -0.4%
18:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Nov) 1.7%
23:00 USD Existing Home Sales (Dec) 3.95M 4.09M

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.