83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Ogos 2020                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 17 – 21

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 10 – 15

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan kegagalan Amerika Syarikat dalam menguruskan jangkitan koronavirus, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah negara lain. Selain itu, harapan untuk rangsangan ekonomi dari A.S telah pudar pada hari Jumaat yang lalu selepas Senat dan Dewan Perwakilan gagal untuk mencapai konsensus yang baru mengenai rangsangan ekonomi tersebut, yang selanjutnya memberi prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di A.S. Namun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan pada hari minggu yang lalu. Indeks dolar menutup harganya pada 93.33 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Di tengah-tengah koronavirus, Amerika Syarikat telah mempunyai sebanyak 5.01 juta jangkitan koronavirus yang disahkan dan lebih daripada 160,000 kematian yang akibat daripada virus tersebut. Peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak di A.S. telah memberikan jangkaan untuk sekatan perniagaan, yang selanjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di A.S. Dari segi rangsangan ekonomi A.S., Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin menegaskan pada hari Rabu yang lalu bahawa White House dan Demokrat tertinggi di Kongres mungkin tidak akan mencapai konsensus mengenai bantuan koronavirus, dengan kebuntuan yang menghalangi bantuan kepada puluhan juta rakyat Amerika yang menganggur. Sentimen tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas pertumbuhan ekonomi di A.S, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS.

 

Dari segi data ekonomi, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. Menurut kepada A.S. Bureau of Labor Statistik, A.S. Core Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lepas telah meningkat dengan ketara ke bacaan sebanyak 0.6%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 0.2%. Sementara itu, A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 963K, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 1,120K manakala A.S. Retail Sales untuk bulan yang lepas menunjukkan bacaan sebanyak 1.9%, lebih baik daripada jangkaan ekonomis sebanyak 1.3%. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang baru dari A.S. dan juga kes-kes koronavirus untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 106.45. Yen Jepun telah menerima momentum penjualan yang ketara susulan dengan penyataan yang dovish dari kerajaan Jepun. Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishiura telah menegaskan bahawa ekonomi Jepun telah mengalami keadaan yang sangat teruk, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi dari rantau Jepun sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Yen Jepun. Meskipun demikian, beliau juga menyatakan bahawa pemerintah akan terus menjalankan langkah-langkah yang terbaik untuk memajukan proses pemulihan ekonomi di Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1835. Pasangan tersebut menerima momentum bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, euro telah melanjutkan keuntungannya selepas Menteri Kewangan Jerman Olaf Scholtz menggariskan rancangan peluasan subsidi pekerjaan yang bernilai sebanyak EUR10 Bilion untuk memberangsangkan ekonomi di Jerman.  Beliau juga mengulangi bahawa rancangan subsidi dari pemerintah Jerman akan diperpanjang hingga 24 bulan sementara subsidi tersebut akan mengelakkan pekerja untuk diberhentikan oleh majikan. Sementara itu, beliau juga mendakwa bahawa pemerintah akan selalu mendampingi rakyat dalam krisis ini.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3105. Paun Sterling telah menerima momentum bullish selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau UK. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K Gross Domestik Produk (GDP) untuk bulan yang lepas telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebanyak 1.8% ke bacaan sebanyak 8.5%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 8.05%. Sementara itu, U.K. Manufacturing Production dan U.K. Claimant Count Change telah memberi bacaan sebanyak 11.0% dan 94.4K, yang juga lebih baik daripada ramalan pasaran masing-masing pada 10.0% dan 10K.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 10 – 15

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1949.35 se troy auns. Pasaran emas telah didagang dengan kerugian yang ketara, menyusut ke bawah paras $1950.00 pada minggu yang lalu di tengah permintaan untuk aset selamat semakin menyusut. Tanda-tanda pemulihan ekonomi di seluruh dunia yang muncul dan juga optimisme terkini terhadap potensi vaksin untuk penyakit koronavirus telah terus meningkatkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko. Menurut kepada New Straits Times, pihak berkuasa Rusia menegaskan pada hari Sabtu yang lalu bahawa ia telah menghasilkan kumpulan pertama vaksin koronavirus, selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan untuk menyetujui vaksin koronavirus tersebut. Namun, beberapa saintis tetap khuatir terhadap pengembangan vaksin tersebut sambil memperingatkan bahawa proses yang terlalu cepat untuk menggunakan vaksin akan membahayakan kepada manusia. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memberi fokus pada perkembangan mengenai vaksin koronavirus untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.

 

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $42.25 se tong. Pasaran minyak mentah telah meningkat selepas data inventori telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -4.512M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -2.875M. Tambahan pula, A.S. Oil Rig Count telah menurun dari bacaan terdahulu sebanyak 176 ke bacaan sebanyak 172, yang menunjukkan bahawa bekalan minyak mentah mungkin akan menurun pada masa yang akan datang. Selain itu, perkembangan positif vaksin koronavirus telah memberi prospek positif untuk permintaan komoditi minyak mentah, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas komoditi tersebut. Namun, ketidakpastian mengenai prospek koronavirus masih berlegar dalam pasaran, justerunya para pelabur masih perlu memantau perkembangan vaksin untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 17 – 21

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti AS Existing Home Sales yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 17 – 21

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 17hb Ogos 2020
N/A
Selasa –18hb Ogos 2020
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
20:30 USD Building Permits (Jul) 1.313M 1.258M
Rabu – 19hb Ogos 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -4.400M
14:00 GBP CPI (YoY) (Jul) 0.6% 0.6%
17:00 EUR CPI (YoY) (Jul) 0.4% 0.4%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Jul) 0.4%
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories -4.512M
Khamis – 20hb Ogos 2020
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30 USD Initial Jobless Claims 893K 963K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) 20.5 24.1
Jumaat– 21hb Ogos 2020
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jul) 2.3% 13.9%
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Aug) 52.5 51.0
16:30 GBP Composite PMI 57.0
16:30 GBP Manufacturing PMI 55.3
16:30 GBP Services PMI 56.5
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Jun) 15.0% 10.6%
22:00 USD Existing Home Sales (Jul) 5.39M 4.72M