83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Oktober 2022                               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 17 – 21

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 10 -14

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum kenaikan harga yang ketara pada minggu lepas di tengah-tengah latar belakang data-data ekonomi yang optimis. Minggu lepas, Indeks Dolar menutup harga pasarannya pada 113.09.

 

Awal minggu lepas, Indeks Dolar meningkat selepas beberapa siri data positif telah dibebaskan. Kadar Pengangguran AS dan Nonfarm Payroll telah memberikan angka yang lebih baik daripada jangkaan, yang menunjukkan bahawa pasaran buruh AS semasa kekal kukuh sambil menyediakan lebih banyak ruang untuk Fed meneruskan laluan kenaikan kadar yang agresif. Selain itu, satu lagi data inflasi penting —– CPI dan PPI, juga memberi bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Dalam keadaan ini, ia meningkatkan ke atas kemungkinan pelaksanaan  pengetatan dasar monetari yang agresif berikutan dengan risiko inflasi di AS tidak menunjukkan tanda reda. Sehingga kini, sebahagian para pelabur mula menjangkakan julat kenaikan kadar yang lebih tinggi, sebanyak 100 mata asas dalam mesyuarat FOMC akan datang. Sebaliknya, Dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan Internasional Monetari Fund (IMF) telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya pada 2023. Menurut kepada CNBC, Internasional Monetari Fund meramalkan pertumbuhan global akan perlahan kepada 2.7% tahun depan, 0.2 mata peratusan lebih rendah daripadanya. Ramalan Julai, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS.

 

Walau bagaimanapun, Indeks Dolar telah mengehadkan keuntungannya selepas kerajaan UK membatalkan rancangan pemotongan cukainya. Berita membalikkan pelan pemotongan cukai menghidupkan semula sentimen pasaran di UK kerana ia boleh membawa kepada pengembangan pendapatan kerajaan UK untuk mengelakkan defisit bajet, yang mencetuskan peralihan sentimen daripada pasaran AS kepada Pound Sterling.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY meningkat dengan ketara minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 148.62. Jepun kini sedang bergelut untuk menyelesaikan masalah inflasi yang tinggi dan import komoditi yang mahal, yang kedua-duanya menjejaskan ekonomi Jepun tahun ini. Sebaliknya, jangkaan kenaikan kadar yang agresif daripada Rizab Persekutuan juga telah melebarkan jurang kadar faedah antara hasil Perbendaharaan Jepun dan AS. Bank of Japan setakat ini tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk meningkatkan kadar faedah mereka daripada paras ultra-rendah, memetik risiko kemelesetan berterusan di rantau Jepun. Oleh itu, pelabur memilih untuk melarikan diri daripada pasaran mata wang Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup harga pasarannya pada 0.9726. EUR/USD menerima momentum bearish yang ketara berikutan peningkatan ketegangan Ukraine dan Rusia. Awal minggu ini, Rusia melancarkan serangan paling meluas terhadap Ukraine dalam tempoh sebulan, memadamkan kuasa dan air, menghancurkan bangunan dan membunuh orang di Ukraine. Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mendakwa bahawa hampir 100 orang cedera dalam serangan waktu sibuk pagi yang dilancarkan Rusia dari udara. Serangan tersebut mungkin akan meningkatkan ketegangan antara negara Eropah dan Rusia, yang membawa kepada sekatan yang lebih agresif sebagai tit-for-tat untuk Rusia. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh Euro adalah terhad di tengah-tengah risiko inflasi yang melambung tinggi di Jerman. Consumer Price Indeks (CPI) YoY pada bulan September telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 7.9% kepada 10%, yang berkemungkinan akan membawa kepada kadar inflasi yang lebih tinggi di zon Euro serta dasar monetari yang mengetatkan mungkin dilaksanakan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah  meningkat pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1235. Pound Sterling telah melonjak berbanding dolar pada minggu lepas berikutan laporan bahawa Perdana Menteri UK Liz Truss mungkin sedang bersedia untuk menyemak semula rancangan fiskal kerajaan. Menurut kepada Reuters, kerajaan UK sedang berbincang untuk membatalkan beberapa pemotongan cukai yang tidak dibiayai. Di samping itu, Sky News melaporkan bahawa Downing Street sedang membincangkan sama ada untuk mempertimbangkan semula beberapa pemotongan cukai yang menggemparkan pasaran yang diumumkan oleh setiausaha Perbendaharaan, Kwasi Kwarteng, pada 23 September. Adalah dipercayai bahawa perubahan kepada cukai perbadanan dan cukai dividen akan dipertimbangkan semula. Minggu lalu Encik Kwarteng menarik balik rancangan untuk membatalkan kadar tertinggi cukai pendapatan 45% bagi mereka yang berpendapatan lebih daripada £150,000 ($167,646) setahun, selepas ramai orang ramai menentangnya. Dalam perspektif para pelabur, pembatalan pemotongan cukai akan meningkatkan pendapatan kerajaan UK, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi UK. Walaupun, keuntungan GBPUSD adalah terhad berikutan Bank of England mengumumkan untuk menamatkan program pembelian bon pada 16 Oktober, mengatakan bahawa Bank Pusat UK berhenti untuk menyediakan sokongan kewangan untuk menstabilkan pasaran kewangannya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 10 – 14

GOLD

Harga emas telah menyusut pada minggu lalu sambil menutup harga pasarannya pada $1646.69 setiap troy auns. Pengukuhan Dolar AS telah mengurangkan permintaan ke atas emas. Dengan data ekonomi optimis yang diumumkan oleh AS dan jangkaan kenaikan kadar agresif yang meningkat, para pelabur telah bermula untuk mengalihkan pelaburan dari emas ke bon kerajaan AS.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah berundur daripada kenaikan sebelumnya semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $85.06 setong. Awal minggu ini, harga minyak mentah telah menerima momentum bearish yang ketara berikutan peningkatan kes Covid-19 di China. China mengalami satu lagi gelombang wabak Covid-19, yang mendorong pihak berkuasa tempatan menutup sekolah, tempat hiburan dan tempat pelancongan dengan tergesa-gesa. Selain itu, kerajaan China pada masa ini tetap dengan dasar sifar-Covid, yang akan mengurangkan aktiviti ekonomi di China sambil mengancam permintaan minyak. Sebaliknya, dengan latar belakang kemelesetan ekonomi global, OPEC+ telah mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak dunia pada 2022 untuk kali keempat sejak April, mengurangkan daya tarikan terhadap permintaan komoditi hitam ini. Di samping itu, harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya berikutan lonjakan bekalan minyak. Stok Minyak Mentah Mingguan API AS telah meningkat daripada angka sebelumnya -1.770M kepada 7.054M. Tambahan pula, Inventori Minyak Mentah AS meningkat daripada bacaan sebelumnya -1.356M kepada 9.880M, melebihi ramalan konsensus 1.75M.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 17 – 21

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data CPI dari rantau Eropah dan Initial Jobless Claims bagi menentukan arah aliran pasaran mata wang. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 17 – 21

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 17hb Oktober 2022
N/A
Selasa – 18hb Oktober 2022
5:45   NZD CPI (QoQ) (Q3) 1.60% 1.70%
8:30   AUD RBA Meeting Minutes
10:00   CNY GDP (YoY) (Q3) 3.40% 0.40%
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Sep) 4.50% 4.20%
17:00   EUR German ZEW Economic Sentiment (Oct) -66 -61.9
Rabu –19hb Oktober 2022
4:30   USD API Weekly Crude Oil Stock 7.054M
14:00   GBP CPI (YoY) (Sep) 10.00% 9.90%
17:00   EUR CPI (YoY) (Sep) 10.00% 9.10%
20:30   USD Building Permits (Sep) 1.530M 1.542M
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Sep) 0.00%
22:30   USD Crude Oil Inventories 9.880M
Khamis – 20hb Oktober 2022
8:30   AUD Employment Change (Sep) 25.0K 33.5K
9:15   CNY PBoC Loan Prime Rate 3.65%
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   USD Initial Jobless Claims 232K 228K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) -5 -9.9
22:00   USD Existing Home Sales (Sep) 4.69M 4.80M
Jumaat – 21hb Oktober 2022
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Sep) -0.50% -1.60%
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Aug) 0.40% -3.10%

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.