83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

 

18 Julai 2022                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 18 – 22

 

Reviu Pasaran (Forex): Julai 11 – 15

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum kenaikan harga yang ketara sepanjang minggu lepas kerana data ekonomi yang positif telah dibebaskan. Bagaimanapun, kenyataan dovish daripada Rizab Persekutuan telah mengehadkan keuntungan indeks dolar. Sehingga hari dagangan Jumaat lepas, pasaran ditutup pada 107.77.

 

Menurut kepada Biro Statistik Buruh, data NFP memberikan bacaan sebanyak 372K, manakala lebih tinggi daripada ramalan pasaran 268K. Pasaran buruh yang kuat mungkin akan membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi dalam pasaran AS, yang meningkatkan daya tarikan Dolar AS. Selain itu, Indeks Dolar melanjutkan keuntungannya berikutan pengeluaran data inflasi. Indeks Harga Pengguna AS (CPI) YoY bagi Jun meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 8.6% kepada 9.1%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 8.8%. Di samping itu, Indeks Harga Pengeluar AS (PPI) MoM bagi bulan Jun meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.9% ke 1.1%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.8%. Data inflasi ini yang melebihi ramalan pasaran telah membayangkan bahawa risiko kenaikan harga terus berlarutan dalam pasaran AS manakala para pelabur menjangka kenaikan kadar sebanyak 100 mata asas daripada Rizab Persekutuan. Menurut kepada CME Fedwatch Tool, kebarangkalian peningkatan 100 mata asas telah mencapai 89% pada minggu lepas.

 

Namun begitu, dua daripada penggubal dasar Rizab Persekutuan yang paling hawkish pada 14 Julai berkata mereka menggemari satu lagi kenaikan kadar faedah 75 mata asas pada mesyuarat dasar bank pusat AS bulan ini, yang mendorong momentum menurun pada Dolar AS. Kemungkinan kenaikan 100 mata asas telah menurun daripada bacaan hari sebelumnya sebanyak 48.2% ke 29.1%. Sebaliknya, data ekonomi buruh yang lemah telah mengheret Indeks Dolar ke bawah. Tuntutan Pengangguran AS yang dibebaskan pada bacaan 244K, lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak 235K. Setakat ini, pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini yang berkaitan dengan keputusan kenaikan kadar daripada Fed untuk mengukur kemungkinan pergerakan Indeks Dolar.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY melonjak minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 138.22. Momentum kenaikan harga yang besar telah dialami oleh pasangan USD/JPY disebabkan oleh pengukuhan Dolar AS. Sebaliknya, Yen Jepun mengalami kejatuhan besar apabila Bank of Japan mengekalkan kadar faedahnya yang sangat rendah dan menekankan keazamannya untuk menyokong ekonomi yang rapuh dengan rangsangan besar-besaran, satu langkah jelas yang menunjukkan perbezaan dasarnya dengan seluruh dunia.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD merosot minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 1.0080.

Euro menerima momentum bearish yang ketara disebabkan oleh krisis tenaga yang dihadapi oleh Eropah. Saluran paip tunggal terbesar yang membawa gas Rusia ke Jerman memulakan penyelenggaraan tahunan pada 11 Julai, dengan aliran dijangka berhenti selama 10 hari, tetapi kerajaan, pasaran dan syarikat bimbang penutupan mungkin dilanjutkan kerana perang di Ukraine. Krisis tenaga yang dihadapi oleh Eropah akan menjejaskan prospek ekonominya, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Eropah. Selain itu, data ekonomi yang suram telah mendorong momentum bearish dalam pasaran Euro. Menurut kepada ZEW, Sentimen Ekonomi ZEW Jerman mencatatkan penurunan ketara daripada bacaan sebelumnya -28.0 kepada -53.8, melebihi ramalan pasaran pada -38.3. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh Euro adalah terhad berikutan pengunduran di pasaran Dolar AS.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1876. Sepanjang seminggu yang lalu, pasangan mata wang GBP/USD merosot apabila indeks dolar terus mengukuh pada minggu awal. Walau bagaimanapun, Pound Sterling berundur dari paras terendah baru-baru ini selepas GDP telah dibebaskan. Bacaan data GDP yang lebih tinggi daripada jangkaan mungkin akan membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di rantau UK, mendorong pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah pasaran Pound. Pada masa ini, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti data CPI.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 11- 15

GOLD

Harga emas menyusut minggu lepas sambil menamat sesi dagangan minggu lepas pada $1708.56 setiap troy auns. Harga emas menerima momentum bearish yang ketara pada minggu lepas berikutan pengukuhan Dolar AS. Berlatarbelakangkan kitaran kenaikan kadar, indeks dolar terus melonjak manakala nilai logam kuning merosot. Memandangkan ekonomi AS masih dikelilingi oleh tekanan inflasi yang tinggi, kenaikan kadar dianggap sebagai alat yang ‘mesti’ bagi Rizab Persekutuan untuk menurunkan ekonomi yang terlalu panas. Oleh itu, masa depan untuk pasaran logam kuning kekal kabur setakat ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $93.93 setong. Sepanjang minggu lepas, harga minyak mentah merosot selepas China melaporkan kes pertama sub-variant Omicron. Menurut kepada Reuters, ratusan ribu orang dikurung di sebuah bandar kecil China pada hari Selasa selepas hanya satu kes Covid-19 dilaporkan. Memandangkan China berpegang pada dasar ‘zero Covid’, kerajaan China perlu melaksanakan penutupan untuk mengurangkan penyebaran Covid, yang menyebabkan permintaan pasaran terhadap minyak semakin berkurangan. Selain itu, harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya berikutan data ekonomi yang suram. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah meningkat daripada bacaan sebelumnya 3.825M kepada 4.762M, lebih tinggi daripada ramalan pasaran -1.933M.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 18 – 22

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Keputusan Kadar Faedah daripada ECB bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 18 – 22

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 18hb Julai 2022
06:45 NZD CPI (QoQ) (Q2) 1.5% 1.8%
Selasa – 19hb Julai 2022
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
14:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (May) 6.9% 6.8%
14:00 GBP Claimant Count Change (Jun) -19.7K
17:00 EUR CPI (YoY) (Jun) 8.6% 8.6%
20:30 USD Building Permits (Jun) 1.650M 1.695M
Rabu – 20hb Julai 2022
01:45 GBP BoE Gov Bailey Speaks
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock 4.762M
14:00 GBP CPI (YoY) (Jun) 9.2% 9.1%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Jun) 0.8%
22:00 USD Existing Home Sales (Jun) 5.38M 5.41M
22:30 USD Crude Oil Inventories 3.254M -1.933M 8.235M
Khamis – 21hb Julai 2022
11:00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
TBC JPY BoJ Press Conference
11:00 JPY BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
20:15 EUR Deposit Facility Rate (Jul) -0.25% -0.50%
20:15 EUR ECB Marginal Lending Facility 0.25%
20:15 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:15 EUR ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.25%
20:30 USD Initial Jobless Claims 240K 244K
20:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) -2.5 -3.3
20:45 EUR ECB Press Conference
Jumaat – 22hb Julai 2022
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jun) -0.4% -0.5%
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Jul 51.0 52.0
16:30 GBP Composite PMI 53.7
16:30 GBP Manufacturing PMI 52.8
16:30 GBP Services PMI 54.3
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (May) 0.6% 1.3%

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.