83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Oktober 2021                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 18 – Oktober 22

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 11 – 15

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah berundur dari paras tertinggi pada minggu lalu dengan latar belakang data inflasi yang negatif dan mengurangkan harapan terhadap Federal Reserve untuk mengetatkan dasar kewangan mereka. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.95.

 

Pada minggu lalu, penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun A.S. telah menurun dengan ketara pada hari Khamis susulan dengan data inflasi yang bearish sebelum ini telah mengurangkan kebimbangan bahawa Fed mungkin perlu mengambil tindakan yang lebih awal daripada jangkaan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Menurut kepada Biro Statistik Buruh A.S., data Producer Price Index (PPI) A.S untuk bulan lalu telah turun dari bacaan sebelumnya dari 0.7% kepada 0.5%, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 0.6%. Selain itu, data Core Consumer Price Index (CPI) A.S untuk bulan lalu memberi bacaan sebanyak 0.2%, selaras dengan ramalan pasaran pada 0.2%. Walaupun begitu, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad susulan dengan A.S mengeluarkan sesetengah data pekerjaan yang optimis. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, data Initial Jobless Claims A.S. telah jatuh dari bacaan sebelumnya sebanyak 329K kepada 293K, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 319K. Tambahan pula, data Retail Sales A.S. untuk bulan lalu mencapai sebanyak 0.7%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak -0.25%. Walaupun begitu, prospek jangka panjang secara keseluruhan untuk dolar AS masih kekal bullish di tengah-tengah jangkaan yang teruk dari Fed. Menurut kepada Reuters, pegawai Fed telah membincangkan rancangan untuk mulai mengurangkan program pembelian bon mereka dan juga mengetatkan dasar kewangan pada pertengahan November semasa mesyuarat dasar kewangan mereka. Ahli ekonomi menjangkakan Fed akan mengumumkan rancangan untuk pengetatan pada akhir mesyuarat 2 – 3 November.

 

Pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan peredaran wang untuk dolar AS di pasaran kewangan global, dan mendorong momentum kenaikan untuk Dolar AS. Buat masa ini, ia adalah sangat penting bagi pelabur untuk terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan keputusan dasar kewangan masa depan dari Fed serta data ekonomi yang lebih lanjut untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mendapat momentum bullish pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 112.95. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD / JPY pada minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh penurunan nilai Yen Jepun. Yen Jepun telah merosot pada minggu lalu dengan latar belakang data yang lemah dari wilayah Jepun. Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian (METI) melaporkan bahawa data Industrial Production pada bulan Ogos telah merosot dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -3.2% kepada -3.6%. Ini telah menunjukkan bahawa pengeluaran industri terus bergelut di tengah-tengah kekurangan bekalan cip global.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1585. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal lemah di tengah-tengah para pelabur yang berspekulasi bahawa Bank Pusat Eropah akan terus melaksanakan dasar kewangan yang agresif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Menurut kepada Bloomberg, presiden bank pusat Eropah Christine Lagarde mendakwa bahawa lonjakan inflasi pada masa ini hanya sementara sahaja dan tidak mungkin bertahan dalam jangka masa panjang, sambil berikrar akan terus membantu ekonomi Eropah berikutan dengan impak dari wabak tersebut.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3760. Paun sterling telah melonjak pada minggu lalu dengan latar belakang data ekonomi yang optimis dari wilayah UK. Menurut kepada Office for National Statistics, data GDP UK untuk bulan lalu telah memberi bacaan sebanyak 6.9%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 6.7%. Sementara itu, data Manufacturing Production UK meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -0.6% kepada 0.5%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.1%. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi yang penting tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan, ini telah mendorong prospek yang positif terhadap pemulihan ekonomi pasca-Covid dari wilayah UK. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh paun sterling telah dihadkan oleh ketidakpastian Brexit antara wilayah UK dan Eropah. Buat masa ini, ahli EU telah berulang kali mendakwa bahawa mereka tidak bersedia untuk merundingkan semula protokol Brexit. Para pelabur pun berspekulasi bahawa kegagalan dalam rundingan semula akan terus menjejaskan momentum ekonomi di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 11 – 15

GOLD

Harga emas telah merosot pada minggu lalu dengan harga $ 1755.50 se troy auns di tengah-tengah jangkaan yang hawkish dari Fed pada masa depan terus mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat. Momentum keseluruhan untuk emas kekal lemah kerana para pelabur meramalkan bahawa Fed mungkin akan mulai mengetatkan dasar kewangannya pada bulan November untuk mengekalkan kadar inflasi yang stabil di masa depan. Dasar kewangan yang ketat seperti itu akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko inflasi di masa depan sambil menyeret daya tarikan emas sebagai aset selamat. Walaupun demikian, kenyataan secara keseluruhan dari Fed untuk sekarang tetap tidak jelas, oleh itu para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini berkenaan dengan data ekonomi terkini serta keputusan dasar kewangan pada masa depan untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $83.00. Pasaran minyak telah mengekalkan trend bullish di tengah-tengah penurunan kes Covid-19 serta program vaksinasi yang cepat di seluruh dunia terus meningkatkan prospek untuk komoditi hitam ini. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah juga boleh dihadkan dengan dengan latar belakang data inventori yang rendah. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 2.346M kepada 6.088M, tersasar daripada ramalan pasaran pada 0.702M.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 18 – Oktober 22

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 18 – Oktober 22

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 18hb Oktober 2021
10:00   CNY GDP (YoY) (Q3) 5.20% 7.90%
10:00   CNY Industrial Production (YoY) (Sep) 4.50% 5.30%
Selasa – 19hb Oktober 2021
09:30   AUD RBA Meeting Minutes
20:05   GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30   USD Building Permits (Sep) 1.680M 1.721M
Rabu – 20hb Oktober 2021
14:00   GBP CPI (YoY) (Sep) 3.20% 3.20%
17:00   EUR CPI (YoY) (Sep) 3.40% 3.40%
20:30   CAD Core CPI (MoM) (Sep) 0.20%
22:30   USD Crude Oil Inventories 0.702M 6.088M
Khamis – 21hb Oktober 2021
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   USD Initial Jobless Claims 303K 293K
20:30   USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) 24.5 30.7
22:00   USD Existing Home Sales (Sep) 6.06M 5.88M
Jumaat – 22hb Oktober 2021
14:00   GBP Retail Sales (MoM) (Sep) 0.40% -0.90%
15:30   EUR German Manufacturing PMI (Oct) 56.9 58.4
16:30   GBP Composite PMI (Oct) 54.9
16:30   GBP Manufacturing PMI (Oct) 57.1
16:30   GBP Services PMI (Oct) 55.4
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Aug) 3.00% -1.00%