83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Jun 2023                         Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 19 – 23

 

Reviu Pasaran (Forex): Jun 12 – 16

US Dollar

Indeks Dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, kehilangan kedudukannya dan mencecah paras terendah 6 minggu di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin berkurangan di AS, walaupun kenyataan hawkish diberikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell.

 

Awal minggu lalu, indeks dolar merosot apabila kadar inflasi AS menurun daripada 4.9% ke 4.0% pada bulan Mei, lebih rendah daripada konsensus pasaran pada 4.1%. Akibatnya, pelabur menjangkakan Fed akan meninggalkan kadar faedah pada paras semasa, tanpa sebarang perubahan dalam mesyuarat FOMC. Berikutan itu, kebarangkalian untuk mengekalkan kadar faedah adalah pada 96.5%, manakala kemungkinan 25 mata asas lagi kenaikan kadar adalah pada 3.5% sahaja, menurut Alat CME FedWatch. Dengan penurunan yang baik dalam data inflasi, majoriti pelabur mempertaruhkan ahli Fed akan cenderung dovish dalam mesyuarat FOMC.

 

Walau bagaimanapun, keputusan mesyuarat Fed adalah bertentangan dengan jangkaan pasaran, di mana Pengerusi Fed memberikan pandangan hawkish mengenai laluan dasar monetari. Dalam mesyuarat itu, Fed sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 5.25% kerana terdapat beberapa kemajuan dalam mengekang inflasi. Tetapi, pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan keyakinan terhadap usaha mereka untuk meredakan inflasi dalam Sidang Akhbar FOMC, di mana beliau menegaskan bahawa tekanan inflasi di AS secara bermakna di bawah arah aliran. Walau bagaimanapun, Fed meramalkan bahawa mereka masih akan meningkatkan kadar faedah sebanyak dua kali di mana kadar terminal akhirnya akan mencapai 5.6% sebelum 2024. Selain itu, Jerome Powell juga berkata bahawa beliau tidak menjangkakan penurunan kadar sehingga inflasi turun secara bermakna dan ketara. Beliau menegaskan bahawa tiada seorang pun ahli yang mempertimbangkan pemotongan kadar menjelang tahun ini. Lagipun, para pelabur menjangkakan peluang 61.5% kadar kenaikan Fed sebanyak suku mata dalam mesyuarat seterusnya, menurut Alat CME FedWatch.

 

Lewat minggu ini, data ekonomi AS yang lemah mencetuskan satu lagi pusingan penjualan dalam pasaran. Khamis lalu, AS melaporkan bahawa bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran kekal pada 262K, jauh melebihi jangkaan pasaran sebanyak 249K, menunjukkan pasaran buruh di AS kekal rapuh. Selain itu, Indeks Pembuatan Fed Philadelphia untuk bulan Jun mencapai -13.7, sedikit di bawah ramalan pasaran pada -13.5. Ia adalah bacaan negatif ke-10 berturut-turut, di mana aktiviti semasa dan pesanan baharu kekal negatif.

 

Melangkah ke hadapan, pelabur masih memerhatikan dasar monetari Fed, yang bergantung kepada data, di mana tiada sebarang jawapan mengenai kadar faedah yang berterusan dilangkau atau kenaikan kadar selanjutnya pada masa ini.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY itu didagangkan lebih tinggi minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 141.50. Momentum penurunan harga disebabkan terutamanya oleh kelemahan yen Jepun. Minggu lepas, yen Jepun kekal minggu secara keseluruhan kerana Bank of Japan menekankan bahawa mereka lebih sanggup membawa terlalu banyak pelonggaran monetari daripada terlalu sedikit. Dalam mesyuarat BoJ, lembaga ahli memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada -0.10%, menunjukkan perbezaan gaya dasar monetari yang jelas berbanding negara lain. Walaupun inflasi tinggi di Jepun, Gabenor BoJ Ueda berkata bahawa inflasi tolakan kos adalah di luar kawalan bank pusat, di mana bank pusat tidak boleh berbuat banyak untuk itu.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0935. EURUSD menerima momentum kenaikan harga yang ketara selepas ECB memutuskan untuk meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 3.5%, lain daripada keputusan kadar faedah Fed untuk menghentikan kenaikan kadarnya pada Khamis lepas. Selain itu, pengumuman ECB terkini diikuti dengan keputusan kadar faedah adalah hawkish, di mana pengerusi ECB Christine Lagarde berkata mereka tidak memikirkan untuk menghentikan kenaikan kadar sementara mereka tidak berpuas hati dengan prospek inflasi juga. Akibatnya, pelabur memilih untuk memindahkan modal mereka daripada dolar AS ke pasaran euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan keuntungannya minggu lepas sambil menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2820. GBPUSD menerima momentum kenaikan harga yang ketara minggu lepas kerana data ekonomi yang lemah di AS mengurangkan daya tarikan dolar sambil menaikkan tarikan pound. Selain itu, dengan inflasi yang masih tinggi di UK, majoriti pelabur menjangkakan Bank of England (BoE) akan meningkatkan lagi kadar faedah pada masa hadapan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 12 – 16

GOLD

Harga emas seperti jungkat-jungkit semasa menutup harga pasarannya pada $1955.00 setiap troy auns. Minggu lepas, peristiwa utama yang mewujudkan turun naik yang besar dalam pasaran adalah mesyuarat Fed dan ECB. Harga emas merosot pada mulanya apabila pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan keyakinan terhadap usaha mereka untuk menyejukkan inflasi dalam Sidang Akhbar FOMC, di mana beliau menegaskan bahawa tekanan inflasi di AS secara bermakna di bawah arah aliran. Walau bagaimanapun, Fed meramalkan bahawa mereka masih akan meningkatkan kadar faedah sebanyak dua kali di mana kadar terminal akhirnya akan mencapai 5.6% sebelum 2024. Selain itu, Jerome Powell juga berkata bahawa beliau tidak menjangkakan penurunan kadar sehingga inflasi turun secara bermakna dan ketara. Beliau menegaskan bahawa tiada seorang pun ahli yang mempertimbangkan pemotongan kadar menjelang tahun ini. Kemudian, kenyataan hawkish ECB telah menaikkan nilai harga emas secara tidak langsung. Isyarat tiada pemberhentian dalam kenaikan kadar oleh ECB terus menyokong nilai euro sambil mengurangkan daya tarikan indeks dolar.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $71.40 setong. Harga minyak melonjak apabila permintaan China yang lebih kukuh dan pemotongan bekalan OPEC+ menaikkan harga, walaupun dijangkakan kelemahan dalam ekonomi global dan prospek kenaikan kadar faedah selanjutnya. Menurut kepada tinjauan, pengeluaran penapisan China meningkat ke paras kedua tertinggi dalam rekod pada Mei, dan ketua eksekutif Kuwait Petroleum Corp menjangka permintaan China akan terus meningkat pada separuh kedua. Selain itu, kelemahan indeks dolar juga mendorong para pelabur untuk bergegas ke pasaran minyak dalam keadaan kos yang lebih murah.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 19 – 23

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai perbincangan antara AS dan China bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: 19hb – 23hb Jun 2023

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 19hb Jun 2023
N/A
Selasa – 20hb Jun 2023
09:15 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.65%
20:30 USD Building Permits (May) 1.435M 1.417M
Rabu – 21hb Jun 2023
14:00 GBP CPI (YoY) (May) 8.5% 8.7%
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Khamis –22hb Jun 2023
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 1.024M
15:30 CHF SNB Interest Rate Decision (Q2) 1.50%
16:00 CHF SNB Press Conference
19:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Jun) 4.75% 4.50%
20:00 GBP BOE Inflation Letter
20:30 USD Initial Jobless Claims 262K
22:00 USD Existing Home Sales (May) 4.24M 4.28M
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
23:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories 7.919M
Jumaat –23hb Jun 2023
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Jun) 43.5 43.2
16:30 GBP Composite PMI 53.7 54.0
16:30 GBP Manufacturing PMI 46.8 47.1
16:30 GBP Services PMI 54.7 55.2
21:45 USD Manufacturing PMI (Jun) 48.3 48.4
21:45 USD S&P Global Composite PMI (Jun) 54.3
21:45 USD Manufacturing PMI (Jun) 54.0 54.9

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.