83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Disember 2022                            Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 19 – 23

 

Reviu Pasaran (Forex): Disember 12 – 16

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum penurunan ketara minggu lepas berikutan pengurangan risiko inflasi di AS, yang mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke arah aset lain. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 104.40.

 

Menurut Biro Statistik Buruh AS, Indeks Harga Pengguna (IHP) A.S. YoY bagi November menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 7.7% ke 7.1%, tersasar ramalan konsensus sebanyak 7.3%. Di samping itu, CPI teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu meningkat 0.2% pada bulan tersebut, berbanding dengan anggaran 0.3%. Dengan itu, dolar telah menjunam ke atas tekanan perjualan sejak kemungkinan kenaikan kadar agresif telah berkurangan. Selain itu, Retail Sales AS jatuh lebih daripada jangkaan pada bulan November, manakala Indeks Pembuatan Fed Philadelphia AS juga mengecewakan kebanyakan pelabur. Tinjauan ekonomi yang pesimis telah mencetuskan peralihan dalam sentimen terhadap mata wang lain yang memberikan pulangan yang lebih baik. Namun begitu, kerugian Indeks Dolar adalah terhad kerana Rizab Persekutuan mula mengubah pendirian mereka. Minggu lalu, bank pusat AS menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas kepada 4.50% pada awal Khamis, selepas empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut. Dalam Sidang Akhbar, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengulangi bahawa data inflasi semasa tidak mencukupi untuk meyakinkan Fed untuk mengubah pendiriannya, malah ekonomi berkemungkinan tinggi akan tergelincir ke tahap kemelesetan, yang membayangkan bahawa kenaikan kadar selanjutnya mungkin akan dilaksanakan. Selain itu, unjuran bank pusat AS mengenai sasaran kadar faedah meningkat kepada 5.1% pada 2023, yang lebih tinggi sedikit daripada jangkaan pelabur.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 136.47. Pasangan itu menerima momentum menurun berikutan kejatuhan nilai Dolar AS. Angka CPI yang lebih rendah daripada jangkaan telah memberi isyarat bahawa risiko inflasi di AS semakin reda, serta peserta pasaran menjangkakan kenaikan kadar yang lebih rendah dalam mesyuarat akan datang. Menurut CME FedWatch Tool, kemungkinan kenaikan kadar 25 mata asas telah mencapai 75%,  manakala kebarangkalian kenaikan kadar sebanyak 0.5% adalah 25%. Bagaimanapun, pengerusi Fed mengulangi bahawa laluan kenaikan kadar faedah semasa mungkin diteruskan selepas kenaikan kadar faedah pada bulan Disember, dan pasangan itu telah sedikit memulih daripada kerugiannya.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0578. Euro menerima momentum kenaikan harga berikutan risiko inflasi di zon Euro masih meningkat. Menurut Eurostat, Indeks Harga Pengguna Zon Euro (IHP) YoY untuk November mencapai bacaan 10.1%, melebihi ramalan pasaran 10.0%. Di samping itu, Bank Pusat Eropah (ECB) telah meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas ke 2.50%, serta Presiden ECB Christine Lagarde mendakwa bahawa lebih banyak kenaikan mungkin akan dilaksanakan, yang mencetuskan daya tarikan Euro. Walaupun begitu, keuntungan Euro adalah terhad ke atas kenyataan hawkish daripada Fed.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD susut minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2153. Pada minggu awal, pound sterling menerima momentum kenaikan harga yang ketara selepas data ekonomi yang optimis telah dikeluarkan. Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan, GDP di UK telah meningkat sebanyak 0.5%, dan Pengeluaran Pembuatan UK juga telah meningkat sepanjang bulan lepas. Tinjauan ekonomi yang optimistik telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di UK. Walau bagaimanapun, Pound Sterling telah berundur daripada keuntungan sebelumnya, walaupun Bank of England (BoE) memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya ke 3.50%. Menurut anggaran BoE, UK akan kekal dalam kemelesetan sepanjang tahun depan dan separuh pertama 2024. Bank itu juga meramalkan pada mesyuarat November bahawa ekonomi UK akan menguncup sebanyak 0.3% pada suku keempat. Dengan latar belakang sedemikian, BoE mungkin akan memperlahankan kadar kenaikan kadarnya dalam mesyuarat seterusnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 12 – 16

GOLD

Harga emas turun dengan ketara minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1790.49 setiap troy auns. Pada minggu awal, harga emas menerima momentum kenaikan harga selepas data CPI yang lebih rendah daripada jangkaan telah diumumkan. Bagaimanapun, harga emas telah menghadapi tekanan jualan yang besar selepas Fed membayangkan bahawa dasar monetari yang lebih ketat mungkin diperlukan untuk menangani risiko inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $75.06 setong. Harga minyak mentah menerima momentum kenaikan harga minggu lepas berikutan saluran paip minyak telah mengalami kebocoran. Minggu lalu, saluran paip Keystone, saluran paip minyak terbesar ke AS dari Kanada telah ditutup selepas tumpahan sebanyak 14,000 tong, yang mengancam peredaran minyak di pasaran. Sebaliknya, Reuters melaporkan bahawa Jabatan Tenaga AS akan membeli semula 3 juta tong minyak mentah domestik untuk Rizab Petroleum Strategik, manakala menyokong harga minyak. Walaupun, keuntungan harga minyak adalah terhad berikutan bank pusat utama, seperti Fed, BoE dan ECB telah meningkatkan kadar faedah mereka, yang mencetuskan kebimbangan apabila kemelesetan global, serta menjejaskan permintaan komoditi hitam ini. Tambahan pula, peningkatan inventori minyak mentah juga telah memadamkan keuntungan harga minyak sebelum ini. Menurut EIA, Inventori Minyak Mentah A.S. meningkat sebanyak 10.231M tong, manakala pasaran menjangkakan penurunan sebanyak -3.595M tong.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 19 -23

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti GDP dan US Core PCE Price Indeks bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 19 – 23

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 19hb Disember 2022
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Dec) 87.4 86.3
Selasa – 20hb Disember 2022
8:30   AUD RBA Meeting Minutes
9:15   CNY PBoC Loan Prime Rate 3.65%
11:00   JPY BoJ Monetary Policy Statement
11:00   JPY BoJ Press Conference
21:30   USD Building Permits (Nov) 1.483M 1.512M
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Oct) 1.50% -0.70%
Rabu – 21hb Disember 2022
5:30   USD API Weekly Crude Oil Stock 7.819M
21:30   CAD Core CPI (MoM) (Nov) 0.40%
23:00   USD CB Consumer Confidence (Dec) 101 100.2
23:00   USD Existing Home Sales (Nov) 4.20M 4.43M
23:30   USD Crude Oil Inventories 10.231M
Khamis – 22hb Disember 2022
15:00   GBP GDP (QoQ) -0.20% 0.20%
15:00   GBP GDP (YoY) 2.40% 4.40%
21:30   USD GDP (QoQ) (Q3) 2.90% 2.90%
21:30   USD Initial Jobless Claims 225K 211K
Jumaat – 23hb Disember 2022
United Kingdom – Christmas – Early close at 12:30
New Zealand – Christmas – Early close at 12:45
Australia – Christmas – Early close at 14:30
21:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) 0.10% 0.50%
21:30   USD Core PCE Price Index (MoM) (Nov) 0.20% 0.20%
21:30   CAD GDP (MoM) (Oct) 0.10% 0.10%
23:00   USD New Home Sales (Nov) 595K 632K

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.