83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Februari 2023                               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 20 – 24

 

Reviu Pasaran (Forex): Februari 13 – 17

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya sepanjang seminggu lalu berikutan data telah menunjukkan tanda lantunan semula dalam inflasi, yang meningkatkan kemungkinan laluan kenaikan kadar agresif berterusan. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 103.72.

 

Minggu lepas, indeks dolar menerima momentum kenaikan harga yang ketara di tengah-tengah data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan. Menurut Biro Statistik Buruh AS, Indeks Harga Pengguna (CPI) AS turun daripada 6.5% ke 6.4% pada bulan Januari pada asas tahun ke tahun, namun ia masih lebih tinggi sedikit daripada ramalan pakar ekonomi pada 6.2%. Selain itu, satu lagi laporan inflasi, PPI juga menunjukkan bahawa tugas untuk menurunkan inflasi panas masih belum selesai, dengan angka PPI telah meningkat berbanding dengan bacaan sebelumnya. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa inflasi AS masih kekal tinggi, di mana ia meningkatkan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) perlu untuk mengekalkan pelan peningkatan kadar faedah, sekurang-kurangnya sehingga angka inflasi menunjukkan penurunan yang jelas pada masa hadapan. Selepas itu, Presiden Bank Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard telah menggesa kenaikan kadar 50 mata asas lagi dalam mesyuarat Mac untuk memulihkan kestabilan harga. Sebaliknya, prospek ekonomi yang optimistik di AS juga telah menarik pelaburan asing ke dalam pasaran dolar AS. Data jualan runcit AS telah memberikan bacaan yang melebihi jangkaan pasaran, yang menunjukkan bahawa aktiviti runcit kekal aktif walaupun tekanan inflasi meningkat. Pada ketika ini, pelabur akan memberi lebih perhatian kepada peristiwa penting dan data ekonomi, seperti Minit Mesyuarat FOMC dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY itu didagangkan dengan lebih tinggi minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 134.25. Yen Jepun menerima momentum penurunan harga yang ketara berikutan data ekonomi yang pesimis dibebaskan. Menurut Pejabat Kabinet, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun telah memberikan bacaan sebanyak 0.2%, melepasi ramalan konsensus sebanyak 0.5%. Berikutan pertumbuhan ekonomi Jepun yang lemah bagi suku ke-4, daya tarikan Yen Jepun telah merosot. Di samping itu, pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya berikutan pengukuhan Dolar AS, dengan peningkatan jangkaan kenaikan kadar yang agresif daripada Fed.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD itu telah melonjak pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0681. EURUSD menerima momentum kenaikan harga yang ketara berikutan kenyataan hawkish daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Menurut Reuters, Presiden ECB Christine Lagarde mendedahkan pada hari Rabu lalu bahawa bank pusat itu cenderung untuk meningkatkan kadarnya sebanyak 50 mata asas pada bulan Mac untuk mengekang inflasi yang tinggi. Walaupun Indeks Harga Pengguna (CPI) Zon Euro mula menurun sejak Disember 2022, tetapi ia masih jauh daripada sasaran 2% ECB. Namun begitu, keuntungan Euro adalah terhad berikutan peningkatan inflasi dan kenyataan hawkish daripada pasaran AS.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD menyusut ke paras rendah pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2024. GBP/USD menerima momentum penurunan harga yang ketara pada minggu lepas berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ekonomi UK. Pada mulanya, satu siri data pasaran buruh yang kukuh termasuk tuntutan pengangguran bagi bulan Januari dan kadar pengangguran yang lebih rendah sebanyak 3.7%, menyumbang beberapa keuntungan kepada pasaran pound. Bagaimanapun, kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan ekonomi UK tergelincir ke dalam kemelesetan mengehadkan kenaikan pound. Menurut tinjauan Reuter, ekonomi UK kini sedang mengalami kemelesetan, manakala Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berhasrat untuk meningkatkan lagi kadar faedah bagi mengekang tekanan inflasi yang tinggi. Selain itu, risiko inflasi yang berkurangan di UK juga telah menekan nilai Pound Sterling. Minggu lalu, Indeks Harga Pengguna UK (IHP) YoY bagi Januari mencatatkan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan, sementara ia menunjukkan penurunan harga barangan dan perkhidmatan di UK, manakala mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar agresif daripada Bank England (BoE).

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 13 – 17

GOLD

Harga emas menyusut dan menutup harga pasarannya pada $1837.80 setiap troy auns. Dengan latar belakang inflasi yang meningkat di AS, ia mungkin mendorong Fed untuk melaksanakan satu lagi kenaikan kadar yang besar sekali lagi dalam mesyuarat akan datang, contohnya 50 mata asas. Oleh itu, ia mencetuskan tekanan pembelian yang ketara dalam pasaran Dolar AS, serta menyebabkan harga emas jatuh. Selain itu, kenyataan hawkish daripada ahli Fed juga telah menyebabkan harga emas berayun berdekatan paras yang terendah baru-baru ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $76.45 setong. Harga minyak mengalami tekanan jualan yang besar sepanjang minggu di tengah-tengah peningkatan stok simpanan dalam inventori minyak AS dan kebimbangan pasaran terhadap kesan kenaikan kadar yang agresif pada masa hadapan. Minggu lepas, kedua-dua data inventori minyak API dan EIA menunjukkan lonjakan yang ketara berbanding ramalan dan bacaan sebelumnya. Selain itu, beberapa siri data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan kerana angka inflasi yang masih tinggi mungkin menggesa Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengetatkan lagi dasar monetarinya. Bagaimanapun, kerugian harga minyak dihadkan oleh pemangkin positif seperti pelan pemotongan minyak Rusia dan pembukaan semula ekonomi China.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 20 – 24

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti US GDP dan Core PCE Price Index bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 20 -24

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 20hb Februari 2023
Seluruh Hari CAD Canada – Family Day
Seluruh Hari USD United States – Washington’s Birthday
09:15 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.65% 3.65%
Selasa – 21hb Februari 2023
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Feb) 47.8 47.3
17:30 GBP Composite PMI 48.5
17:30 GBP Manufacturing PMI 47.5 47.0
17:30 GBP Services PMI 49.2 48.7
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Feb) 22.0 16.9
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Jan) 0.2% -0.3%
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Dec) -0.1% -0.6%
23:00 USD Existing Home Sales (Jan) 4.10M 4.02M
Rabu – 22hb Februari 2023
09:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 4.75% 4.25%
10:00 NZD RBNZ Rate Statement
10:00 NZD RBNZ Press Conference
15:00 EUR German CPI (YoY) (Feb) 8.7% 8.7%
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Feb) 91.4 90.2
Khamis – 23hb Februari 2023
Seluruh Hari JPY Japan – Emperor’s Birthday
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 10.507M
18:00 EUR CPI (YoY) (Jan) 8.6% 8.5%
21:30 USD GDP (QoQ) (Q4) 2.9% 2.9%
21:30 USD Initial Jobless Claims 200K 194K
Jumaat – 24hb Februari 2023
00:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories 1.166M 16.283M
15:00 EUR German GDP (QoQ) (Q4) -0.2% -0.2%
21:30 USD Core PCE Price Index (MoM) (Jan) 0.4% 0.3%
23:00 USD New Home Sales (Jan) 619K 616K

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.