83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Mac 2023          Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 20 – 24

 

Reviu Pasaran (Forex): Mac 13 – 17

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama merosot sepanjang minggu lalu kerana kegelisahan bank mengelirukan sentimen dalam pasaran dolar AS, sementara ia mengakhiri minggu pada 103.45.

 

Awal minggu ini, kegawatan perbankan di AS menggesa peserta pasaran untuk melarikan diri daripada pasaran dolar AS. Kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) adalah seperti menjatuhkan bom yang mengejutkan di pasaran, sebagai satu krisis kewangan yang didorong oleh kenaikan kadar yang agresif mungkin akan berlaku. Selain itu, pengawal selia AS juga mengambil alih Bank Signature yang terjejas. Dengan itu, pelabur akan mula menjangkakan kemungkinan mengurangkan kenaikan kadar oleh Fed untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi. Akrhinya, pelabur dapat melihat penjualan besar dalam pasaran dolar AS pada hari-hari awal minggu lalu. Walau bagaimanapun, lantunan mendadak dialami oleh dolar AS selepas Credit Suisse mengakui “kelemahan material” dalam pelaporan kewangannya, menekankan bahawa kumpulan itu gagal mengenal pasti potensi risiko kepada penyata kewangan. Pasaran saham Eropah jatuh selepas pelabur terbesar – Bank Negara Saudi (SNB) mendedahkan ia tidak akan membeli lebih banyak saham dalam bank Switzerland atas alasan kawal selia. Dengan prospek tiada lagi wang tunai tambahan akan dipam masuk oleh penyokong terbesar, kebimbangan pasaran terhadap sektor perbankan di pasaran Eropah meningkat, menggesa pelabur untuk bergegas kembali ke dolar AS.

 

Walaupun begitu, situasi itu tidak bertahan lama kerana kegawatan dalam perbankan mendorong Fed untuk meluaskan semula kunci kira-kiranya dan keputusan Rizab Persekutuan akan datang menunjukkan lebih banyak kelemahan untuk dolar AS. Namun begitu, pelabur memerhatikan keputusan Fed mengenai laluan kenaikan kadarnya untuk mengukur arah selanjutnya indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 131.80. Pasangan itu ditekan oleh pertaruhan dovish pasaran, di mana peserta pasaran sebahagian besarnya menjangkakan Fed mengekalkan kadar tunai pada paras semasa, atau bahkan mengurangkannya sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Fed akan datang dengan tujuan untuk menyelamatkan sektor perbankan dalam Amerika Syarikat. Selain itu, kemudahan pendanaan AS yang baharu, yang bertujuan untuk menyokong sektor perbankan, juga membebankan USD/JPY kerana ia meluaskan semula kunci kira-kira AS.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD mengalami pergerakan yang besar minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0665. Awal minggu ini, mata wang tunggal Kesatuan Eropah menjunam selepas pelabur terbesar Credit Suisse – Bank Negara Saudi (SNB) mendedahkan bahawa ia tidak akan membeli lebih banyak saham dalam bank Switzerland atas alasan kawal selia. Dengan prospek tiada lagi wang tunai tambahan akan dipam oleh penyokong terbesar, kebimbangan pasaran terhadap sektor perbankan di pasaran Eropah semakin memuncak, menggesa pelabur untuk lari daripada pasaran kewangan euro. Berikutan itu, mata wang tunggal itu berjaya mendapatkan semula kilauannya selepas pasaran mula mencerna kemungkinan menghentikan kenaikan kadar oleh rizab Persekutuan. Selain itu, 50 asas kenaikan kadar dan juga kenyataan hawkish daripada ECB yang menyokong nilai mata wang tunggal pada akhir minggu ini.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD mencatatkan sedikit keuntungan pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2177. Begitu juga, keuntungan pasangan itu didapati daripada kelemahan indeks dolar, terutamanya selepas kegawatan perbankan akibat kejatuhan SVB. Walau bagaimanapun, ia perlu diberi perhatian untuk menekankan bahawa keuntungan GBP adalah jauh lebih besar daripada Euro di tengah-tengah kelemahan dolar kerana tiada kegawatan perbankan yang berlaku di UK pada masa ini.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 13 – 17

GOLD

Harga emas melambung tinggi sepanjang minggu sambil menutup harga pasarannya pada $1987.50 setiap troy auns. Peningkatan harga emas dilanjutkan secara mendadak selepas kejatuhan bank-bank di AS dan EU. Isu Credit Suisse dan First Republic Bank mengejutkan pelabur, di mana meningkatakan jangkaan pasaran terhadap kebarangkalian kemelesetan yang akan berlaku. Selain itu, peserta pasaran juga menilai kemungkinan jeda dalam kenaikan kadar oleh Fed dalam mesyuarat akan datang berikutan kejatuhan SVB dan Signature Bank, yang menyebabkan pasaran ekuiti jatuh dengan ketara dalam tempoh seminggu yang lalu.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam sepanjang minggu manakala berakhir minggu lalu pada $66.50 setong. Minggu lalu, pasaran minyak mentah mencatatkan kerugian mingguan yang besar di tengah-tengah kebimbangan peserta pasaran terhadap sektor perbankan. Tekanan menurun itu berpunca daripada kebimbangan pasaran yang berterusan terhadap penularan perbankan, yang memujuk pelabur untuk lari daripada pasaran komoditi hitam di tengah-tengah prospek yang lebih mendung dalam pasaran minyak. Di tengah-tengah kejatuhan mendadak dalam pasaran minyak, perbincangan yang bertujuan untuk meningkatkan kestabilan pasaran minyak antara Rusia dan Arab Saudi gagal menenangkan pasaran, kerana tiada keputusan dibuat selepas mesyuarat itu.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 20 – 24

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada acara seperti keputusan kadar faedah daripada Fed bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai kegawatan perbankan di AS dan EU bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 20 – 24

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Monday – 20hb March 2023
09:15 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.65% 3.65%
22:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa – 21hb Mac 2023
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Mar) 16.4 28.1
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Feb) 0.3%
20:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00 USD Existing Home Sales 4.17M 4.00M
Rabu – 22hb Mac 2023
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock 1.155M
15:00 GBP CPI (YoY) (Feb) 9.8% 10.1%
16:45 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:30 USD Crude Oil Inventories 0.811M 1.550M
Khamis – 23hb Mac 2023
02:00 USD Fed Interest Rate Decision 5.00% 4.75%
02:30 USD FOMC Press Conference
16:30 CHF SNB Interest Rate Decision (Q1) 1.00% 1.00%
16:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17:00 CHF SNB Press Conference
18:00 EUR EU Leaders Summit
Tentative GBP BOE Inflation Letter
20:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Mar) 4.25% 4.00%
20:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:00 USD Building Permits 1.339M
20:30 USD Initial Jobless Claims 199K 192K
22:00 USD New Home Sales (Feb) 648K 670K
Jumaat – 24hb Mac 2023
07:30 JPY National Core CPI (YoY) (Feb) 3.1% 4.2%
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Feb) 0.2% 0.5%
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Mar) 47.0 46.3
17:00 EUR         S&P Global Composite PMI (Mar) 52.0 52.0
17:30 GBP Composite PMI 52.7 53.1
17:30 GBP Manufacturing PMI 50.0 49.3
17:30 GBP Services PMI 53.0 53.5
18:00 EUR EU Leaders Summit
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Feb) 0.2% 0.8%
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Jan) 0.6% -0.6%
21:30 USD FOMC Member Bullard Speaks
21:45 USD S&P Global Composite PMI (Mar) 47.5 50.1

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.