83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Jun 2022                         Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 20 – 24

 

Reviu Pasaran (Forex): Jun 14 – 18

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum kenaikan harga yang ketara pada minggu lepas berikutan Rizab Persekutuan mengumumkan kenaikan kadar yang paling agresif dalam hampir 30 tahun, mendorong momentum kenaikan harga yang ketara pada Dolar AS. Walaupun, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS masih terhad oleh data ekonomi yang lemah. Indeks Dolar telah menamatkan sesi dagangan pada 104.65.

 

Dari segi dasar monetari, Rizab Persekutuan meningkatkan kadar pinjaman  mereka sebanyak 0.75% pada minggu lepas untuk memerangi peningkatan kadar inflasi. Menurut dasar monetari terkini, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan menegaskan bahawa ia kekal “sangat komited untuk menstabilkan kadar inflasi kepada objektif 2%”, sambil mengulangi bahawa mereka akan terus menaikkan kadar faedah sehingga mencapai sasaran inflasi mereka. Pada masa ini, bank pusat menetapkan kadar pinjaman kepada julat antara 1.5%-1.75%. Walaupun, Rizab Persekutuan juga memberi amaran bahawa ahli ekonomi meramalkan kenaikan kadar pengangguran pada tahun-tahun akan datang di tengah-tengah peningkatan risiko stagflasi serta pengetatan dasar monetari yang agresif mungkin akan menjejaskan ekonomi AS.

 

Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh Dolar AS dihadkan oleh data ekonomi yang menurun. Menurut kepada Biro Banci, Permit Bangunan AS menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya 1.8223M kepada 1.695M, tersasar ramalan pasaran pada 1.785M. Selain itu, Indeks Pembuatan Fed Philadelphia AS dan Tuntutan Pengangguran Permulaan AS mencapai -3.3 dan 229K, yang masing-masing lebih teruk daripada jangkaan pada 5.5 dan 215K. Memandangkan kebanyakan data ekonomi penting menunjukkan bacaan yang lebih teruk, ia menurunkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Namun begitu, pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung data ekonomi penting serta keputusan dasar monetari terkini daripada Fed untuk mengukur pergerakan Dolar AS yang selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY melonjak minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 134.96. Yen Jepun telah jatuh dengan ketara berikutan Bank of Japan mengekalkan dasar monetari kadar faedah sangat rendah sambil mengulangi bahawa mereka akan meneruskan program pembelian bon untuk menstabilkan hasil bon perbendaharaan. Dasar monetari yang longgar daripada Bank of Japan, berbeza dengan bank pusat bank pusat lain seperti AS, UK dan Switzerland yang melaksanakan kenaikan kadar secara agresif untuk membendung risiko inflasi. Walaupun begitu, ketua bank pusat Haruhiko Kuroda memberi amaran bahawa susut nilai ketara dalam Yen Jepun mungkin akan meningkatkan lagi ketidakstabilan untuk pertumbuhan ekonomi, berikrar bahawa mereka akan “bertindak balas dengan sewajarnya” dengan memanipulasi Yen Jepun jika perlu.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 1.0500. Euro menerima momentum kenaikan harga minggu lepas berikutan Bank Pusat Eropah mengesahkan rancangan mereka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai, kenaikan kadar pertamanya dalam tempoh 11 tahun untuk memerangi kadar inflasi. Selain itu, mereka juga mengulangi bahawa kenaikan kadar yang lebih besar boleh diikuti pada bulan September jika perlu. Nada hawkish yang dicetuskan oleh Bank Pusat Eropah telah meningkatkan kos pinjaman secara mendadak di negara-negara Eropah, mendorong bank-bank pusat untuk menenangkan kebimbangan pasaran terhadap krisis hutang dengan menjanjikan “fleksibiliti” mereka dalam menguruskan kunci kira-kira yang besar dan mencari cara baharu untuk mengurangkan tekanan ke atas negara yang banyak berhutang seperti Itali dan Greece. Namun, pada masa ini prospek ekonomi di rantau Eropah kekal kabur kerana bank pusat Eropah masih belum mengeluarkan butiran lanjut tentang dasar monetari mereka. Oleh itu, pelabur akan terus melihat pelan monetari terkini daripada ECB untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2225. Pound Sterling melonjak minggu lalu berikutan Bank of England meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas minggu lepas, kenaikan kadar kelima berturut-turut untuk mengukuhkan kadar inflasi yang melonjak. Pada masa ini, kadar inflasi kini berada pada paras tertinggi 40 tahun sebanyak 9%, manakala Bank of England memberi amaran bahawa ia boleh melepasi sebanyak 11% pada tahun 2022. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling adalah terhad berikutan Bank England menyatakan bahawa mereka masih bimbang terhadap momentum ekonomi di United Kingdom. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi amaran bahawa mereka menjangkakan ekonomi akan menjadi lemah serta-merta, dengan kejatuhan dalam ekonomi suku ini manakala risiko stagflasi akan terus berlarutan dalam pasaran kewangan UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): June 14 – 18

GOLD

Harga emas menyusut minggu lepas sambil menamat sesi dagangan minggu lepas pada $1839.47 setiap troy auns. Harga emas menerima momentum menurun pada minggu lepas berikutan pengukuhan Dolar AS. Keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan telah mengurangkan peredaran Dolar AS dalam pasaran, menurunkan keyakinan pasaran terhadap Dolar AS. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh pasaran emas dihadkan oleh kebimbangan pelabur terhadap ekonomi kemelesetan. Baru-baru ini, data ekonomi lemah serta risiko stagflasi yang meningkat telah mendorong pelabur melarikan diri dari pasaran kewangan global, yang membawa kepada kejatuhan ketara dalam pasaran ekuiti AS sambil meningkatkan daya tarikan untuk emas selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $111.40 setong. Harga minyak mentah menerima momentum menurun di tengah-tengah kebimbangan terhadap ekonomi kemelesetan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat manakala kenaikan kadar agresif daripada bank pusat global untuk mengekang inflasi juga telah mendorong prospek negatif ke arah momentum ekonomi dalam pasaran kewangan global. Selain itu, harga minyak melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah data inventori menurun. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), Inventori Minyak Mentah AS dibebaskan pada 1.956M, lebih tinggi daripada ramalan pasaran pada -1.314M.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 20 – 24

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 20 -24

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 20th Jun 2022
09:15 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.70%
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Selasa – 21th Jun 2022
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Apr) 0.6% 2.4%
22:00 USD Existing Home Sales (May) 5.39M 5.61M
Rabu – 22hb Jun 2022
14:00 GBP CPI (YoY) (May) 9.1% 9.0%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (May) 0.4% 0.7%
21:30 USD Fed Chair Powell Testifies
Khamis – 23hb Jun 2022
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock 0.736M
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Jun) 54.0 54.8
16:30 GBP Composite PMI (Jun) 51.8 51.8
16:30 GBP Manufacturing PMI (Jun) 54.6 54.6
16:30 GBP Services PMI (Jun) 51.8 51.8
18:00 EUR EU Leaders Summit
20:30 USD Initial Jobless Claims 225K 229K
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
23:00 USD Crude Oil Inventories 1.956M
Jumaat – 24hb Jun 2022
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (May) -0.9% 1.4%
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Jun) 92.9 93.0
18:00 EUR EU Leaders Summit
22:00 USD New Home Sales (May) 585K 591K