83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Julai 2020                       Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 20 -24

Reviu Pasaran (Forex): Julai 13 -17

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama gagal untuk melantun daripada arah aliran menurun sementara mengakhiri sesi dagangan minggu lalu pada 95.90. Berikutan dengan  minggu data ekonomi yang sibuk, ekonomi AS telah menunjukkan sedikit pemulihan di tengah wabak tersebut.

 

Setakat ini, ekonomi AS masih dhantui oleh kerosokan wabak penyakit Coronavirus di mana negara AS masih merupakan negara mencatat kes jangkitan yang tertinggi di dunia. Menurut laman web Worldometer, kes-kes global covid-19 tidak menunjukkan tanda penyusutan dan negara AS telah mencatatkan jumlah kes hampir 4 juta pada minggu lalu. Oleh itu, para pelabur mula mengalihkan modal mereka daripada pasaran dolar AS kepada instrumen selamat tradisional seperti emas untuk mendapatkan perlindungan sepenuhnya terhadap risiko ketidakpastian. Selain itu, berita baik mengenai perkembangan vaksin juga telah meningkatkan kerugian dolar AS. Berdasarkan berita terkini, Moderna telah menyatakan bahawa vaksin mereka menyebabkan tindak balas yang positive kepada 45 orang dewasa dalam hasil eksperimen terakhir. Namun, perkembangan vaksin masih dalam tahap percubaan, lebih banyak eksperimen harus dilakukan untuk membuktikan kesan ubat terhadap jangkitan Covid-19 dan memerhatikan kesan sampingannya pada tubuh manusia.

 

Di bahagian data ekonomi, CPI Teras AS dan Jualan Runcit Teras AS dibebaskan pada bacaan yang agar positif iaitu 0.2% dan 7.3%, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi masing-masing pada 0.1% dan 5.0%. Kedua-dua data yang positif ini berjaya mengehadkan kerugian indeks dolar kerana data ini menunjukkan bahawa tekanan inflasi AS mulai pulih setelah aktiviti ekonomi AS berhenti selama lebih dari satu bulan. Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah orang Amerika yang memohon tuntutan insurans pengangguran telah mencerminkan bahawa pasaran buruh AS masih rentan dan lemah kerana beberapa negeri AS seperti California telah memutuskan untuk mengenakan semula larangan pergerakan untuk memerangi virus.

 

Namun, coronavirus masih merupakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan ekonomi AS, oleh itu para pelabur akan terus memberikan fokus terhadap kemas kini dan juga perkembangan vaksin yang berpotensi mengubah keadaan.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah didangan dengan rata dan mengakhiri minggu lepas dengan lebih rendah pada harga 107.00. Dari segi Coronavirus, kebangkitan jangkitan menjadi lebih jelas dan ia telah menyebabkan mood para pelabur untuk melabur di pasaran yen menjadi semakin rendah seiring dengan peningkatan kes virus di Jepun yang menunjukkan beberapa tanda pandemi meningkat. Setakat ini, pelabur masih mengawasi perkembangan coronavirus di Jepun untuk mengukur arah selanjutnya USD/JPY.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah meningkat secara keseluruhan dan menutup pasaran minggu lalu dengan lebih tinggi pada harga 1.1425. Sepanjang minggu lalu, pelabur hanya fokus pada mesyuarat ECB dan sidang kemuncak pemimpin EU. Dalam mesyuarat ECB, ECB memberikan nada neutral berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa dan prospek masa depan. Ahli lembaga ECB memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah sambil memberi komen bahawa mereka akan melonggarkan lagi dasar monetari pada masa akan datang jika diperlukan. Namun, mesyuarat pemimpin EU di Brussels gagal mencapai kesepakatan dalam melancarkan pakej pemulihan pasca-coronavirus disebabkan oleh konflik kepentingan dalam jumlah yang perlu dibayarkan dari setiap negara.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah mengalami kerugian yang ketara dan mengakhiri sesi pasaran pada harga 1.2565. Brexit UK masih kekal sebagai masalah utama yang harus diselesaikan oleh kerajaan UK walaupun wabak di UK mereda. Setakat ini, kebuntuan dalam perjanjian perdagangan pasca Brexit antara UK dan EU masih kekal kerana kedua-dua negara tidak bertoleransi satu sama lain dalam rundingan perdagangan. Selain itu, salah satu  tinjauan juga  menunjukkan bahawa banyak perusahaan atau syarikat di UK belum bersiap sedia untuk Brexit tanpa perjanjian, sementara Perdana Menteri UK menegaskan bahawa mereka tidak akan melanjutkan tempoh peralihan Brexit.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 13 – 17

GOLD

Harga emas telah telah berjaya bertahan dan menutup sesi dagangan terkahir di atas tahap $1800.00. Di tengah-tengah Novel Covid-19, risiko ketidakpastian mendorong pelabur untuk melarikan diri ke dalam produk selamat seperti pasaran emas. Selain itu, peningkatan ketegangan antara AS dan China juga telah berjaya menaikkan harga emas minggu lalu. Awal minggu lalu, AS menghantar dua kapal perang ke Laut China Selatan untuk menunjukkan sokongannya terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Walaupun begitu, pasaran masih memberikan perhatian terhadap perkembangan ketegangan AS-Sino dan vaksin kerana ia akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai arah logam kuning ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal berdaya tahan sehingga ke akhir minggu dan menutup sesi pasaran dengan lebih tinggi pada harga $40.75 setong walaupun risiko pandemik semakin meningkat dan ketegangan yang berterusan antara AS dan China telah mencetuskan kebimbangan pasaran mengenai prospek permintaan minyak.

 

Sepanjang minggu lalu, daya tarikan komoditi hitam ini masih dihantui oleh wabak covid-19 di mana lonjakan kes-kes yang dilaporkan global baru-baru ini telah memudar padangan pasaran terhadap permintaan minyak masa depan. Selain itu, ketegangan baru antara AS dan China berkaitan dengan masalah yang terjadi di Laut China Selatan juga melemahkan pandangan ekonomi global dan permintaan minyak juga. Namun, data inventori yang optimis dari negara AS berjaya menyokong harga minyak mentah. Menurut data EIA, inventori minyak mentah AS dibebaskan pada -7.493M, mencatat penurunan yang lebih besar ketika dibandingkan dengan ramalan ekonomi pada -2.098M, menunjukkan bahawa kekurangan bekalan menyusut.

 

Di samping itu, laporan IEA juga sedikit meningkatkan daya tarikan minyak mentah, di mana IEA menaikkan ramalan permintaan minyak pada tahun 2020 kerana pelonggaran langkah-langkah penutupan di banyak negara jelas meningkatkan prospek permintaan minyak. Namun, IEA juga memperingatkan bahawa risiko pandemik yang berterusan masih merupakan isu penting di pasaran minyak mentah kerana peningkatan keadaan virus berkemungkinan akan menurunkan permintaan produk minyak. Namun, para pelabur kini kan terus memperhatikan perkembangan Covid-19 dan data inventori yang akan datang untuk mengukur arah harga minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 20 -24

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan di A.S. dan juga data-data ekonomi yang penting seperti Initial Jobless Claims dan data perumahan yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut. Di samping itu, oleh kerana AS terus menentang koronavirus, pasaran juga akan terus memperhatikan perkembangan yang terbaru tentang koronavirus.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 20 -24

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 20hb Julai 2020
N/A
Selasa –21hb Julai 2020
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (May) 0.1%
Rabu – 22hb Julai 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -8.322M
09:30 AUD Retail Sales (MoM) 16.9%
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Jun) -0.1%
22:00 USD Existing Home Sales (Jun) 4.86M 3.91M
22:30 CrudeOIL EIA Crude Oil Inventories -2.098M -7.493M
Khamis – 23hb Julai 2020
14:00 EUR GfK German Consumer Climate (Aug) -4.8 -9.6
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,300K 1,300K
Jumaat– 24hb Julai 2020
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jun) 8.5% 12.0%
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Jul) 48.0 45.2
16:30 GBP Manufacturing PMI 50.1
16:30 GBP Services PMI 47.1
22:00 USD New Home Sales 700K 676K