83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Disember 2021                  Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 20 – 24

Reviu Pasaran (Forex): Disember 13 – 17

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama pada minggu lalu susulan dengan data ekonomi yang positif serta sentimen hawkish daripada Rizab Persekutuan minggu lepas. Jangkaan kenaikan kadar dan pengurangan program pembelian bon akan mengurangkan peredaran wang di pasaran AS dan menurunkan risiko inflasi pada masa hadapan, mencetuskan momentum bullish ke atas  Dolar AS. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 96.55.

 

Dari segi dasar monetari, Dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan melancarkan nada hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Rangkaian unjuran ekonomi baharu yang dibebaskan pada minggu lepas telah menunjukkan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menjangkakan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun depan, berikutan dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dijangka berterusan sehingga pertengahan 2022. Tambahan pula, Bank Pusat AS mendakwa bahawa mereka akan mula mempercepatkan proses program pengurangan bon, mencadangkan rangsangan ekonomi tersebut akan berakhir menjelang Mac untuk memerangi inflasi yang akan datang. Data inflasi baru-baru ini telah menunjukkan harga meningkat pada kadar yang tidak dilihat sejak 1982, meningkatkan tekanan untuk Rizab Persekutuan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya AS di tengah-tengah ketidakpastian varian Covid-19. Peningkatan bilangan varian Omicron Covid-19 akan mendorong kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar “lock-down” di seluruh negara, yang menimbulkan kebimbangan terhadap ketidakpadanan bekalan dan permintaan akibat kekurangan buruh sambil meningkatkan risiko stagflasi pada masa hadapan.

 

Tren keseluruhan untuk Dolar AS buat masa ini kekal bullish di tengah-tengah peserta pasaran menjangkakan Fed berkemungkinan akan mengetatkan dasar monetari dalam asas jangka pendek. Walau bagaimanapun, perkembangan mengenai Varian Omicron Covid-19 yang berterusan serta Covid-19 vaksin tidak boleh diabaikan di tengah-tengah sentimen sedemikian akan menjejaskan ekonomi global serta Dolar AS yang selamat dalam beberapa tahap. Justerunya, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai pandemik tersebut untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 113.55. Momentum bearish keseluruhan untuk pasangan USD/JPY minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan Yen Jepun. Aset selamat seperti Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan peningkatan kebimbangan terhadap varian Covid-19 Omicron. Selain itu, Yen Jepun telah melanjutkan keuntungannya selepas Bank Pusat Jepun mengumumkan rancangan untuk mengurangkan program sokongan ekonomi kecemasannya, sambil mengurangkan program pembelian bonnya ke tahap pra-pandemi sebagai tindak balas kepada lonjakan inflasi.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan rendah minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1245. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal lemah di tengah-tengah peningkatan jumlah Covid-19 di rantau Eropah telah mendorong negara Eropah itu untuk melaksanakan dasar-dasar “lockdown”, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Menurut kepada CNBC, Belanda telah menjadi negara EU pertama yang memasuki semula sekatan ketat Covid-19 di seluruh negara sebagai tindak balas kepada penyebaran varian Omicron. Bar, restoran hop yang tidak penting, pawagam dan gym terpaksa ditutup pada pagi Ahad dan akan berlangsung sehingga sekurang-kurangnya 14hb Januari. Pada masa kini, para pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung perkembangan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3235. Pound Sterling telah menyusut dengan ketara walaupun keputusan hawkish yang tidak dijangka daripada Bank of England pada minggu lepas, susulan dengan peningkatan kes-kes varian Omicron telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Bank of England (BoE) telah mengumumkan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas daripada 0.10% kepada 0.25%. Tindakan itu diambil berikutan tekanan inflasi memanjangkan peningkatannya sejak beberapa bulan lalu, mendahului 10 tahun tertinggi pada 5.1% bagi bulan November. Kadar faedah rasmi yang lebih tinggi boleh meningkatkan kos peminjaman untuk perniagaan dan isi rumah, serta menggalakkan orang ramai menyimpan lebih banyak, sekali gus membantu mengurangkan permintaan dan kadar inflasi. Walau bagaimanapun, peningkatan bilangan varian Omicron telah mendorong ketidakpastian terhadap prospek ekonomi untuk United Kingdom, mencetuskan risiko stagflasi ke atas perkembangan ekonomi di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 13 – 17

GOLD

Harga emas telah melonjak minggu lalu dengan harga $1802.10 setiap troy auns di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia telah mencetuskan sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global, mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat seperti emas. Menurut kepada CNBC, negara di seluruh Eropah telah mengetatkan sekatan Covid-19 untuk memerangi penyebaran varian Omicron di seluruh dunia. Belanda menjadi negara Eropah pertama yang mengumumkan penutupan penuh untuk melawan varian itu. Pelaksanaan semula dasar “lockdown” akan terus mencetuskan prospek negatif terhadap perkembangan ekonomi global. Namun begitu, harga emas telah mengehadkan keuntungannya di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Peserta pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan akan melaksanakan pengetatan dasar monetari pada masa hadapan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi, yang mengurangkan daya tarikan ke atas emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menyusut dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $68.40. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah peningkatan jumlah varian Covid-19 Omicron di seluruh dunia terus mendorong prospek negatif untuk komoditi hitam ini. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad susulan dengan data inventori bullish yang dibebaskan pada minggu lepas. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -4.584M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -2.082M

 

Tinjauan Pasaran: Disember 20 – 24

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claimsbagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: December 20 – 24

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 20hb Disember 2021
8:30   AUD Mid-Year Economic and Fiscal Outlook
9:30   CNY PBoC Loan Prime Rate 3.85%
Selasa – 21hb Disember 2021
8:30   AUD RBA Meeting Minutes
17:30   GBP Retail Sales (MoM) (Nov) 1.00% 0.80%
21:30   CAD Core Retail Sales (MoM) (Oct) 1.60% -0.20%
Rabu – 22hb Disember 2021
7:50   JPY BoJ Monetary Policy Statement
15:00   GBP GDP (YoY) (Q3) 6.60% 6.60%
21:30   USD GDP (QoQ) (Q3) 2.10% 2.10%
23:00   USD CB Consumer Confidence (Dec) 110.2 109.5
23:00   USD Existing Home Sales (Nov) 6.50M 6.34M
23:30   USD Crude Oil Inventories -2.082M -4.584M
Khamis –23hb Disember 2021
21:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) 0.60% 0.50%
21:30   USD Initial Jobless Claims 205K 206K
21:30   CAD GDP (MoM) (Oct) 0.80% 0.10%
23:00   USD New Home Sales (Nov) 770K 745K
Jumaat – 24hb Disember 2021
N/A