83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Mac 2022               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 21 – 25

Reviu Pasaran (Forex): Mac 14 – 18

US Dollar

Indeks dolar telah didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish yang ketara pada minggu yang lalu susulan dengan penyataan hawkish dari Bank Pusat AS serta data-data ekonomi yang positif dari rantau AS. Tambahan pula, peningkatan ketegangan di antara Russia-Ukraine juga mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat Dolar. Indeks Dolar telah menutup harganya pada 98.21.

 

Pada minggu lalu, Rizab Persekutuan telah meningkatkan kadar faedah mereka buat kali pertama sejak 2018 dan membentangkan rancangan agresif untuk mengurangkan program pembelian bon. Fed menaikkan kadar faedah pada suku jangkaan mata peratusan kepada bacaan sebanyak 0.5% dan meramalkan kadar faedahnya akan mencapai julat 1.75% hingga 2% menjelang akhir tahun ini dan 2.8% tahun depan untuk memerangi kadar inflasi yang tinggi. Menurut kepada Reuters, dua penggubal dasar Rizab Persekutuan menegaskan bahawa bank pusat AS perlu mengambil langkah yang lebih agresif untuk memerangi kadar inflasi yang mencecah pada paras tertinggi dalam 40 tahun. Presiden Fed St Louis James Bullard mendakwa bahawa beliau menyokong untuk meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 0.5%  semasa mesyuarat dasar monetari yang akan datang, sambil mengulangi bahawa kadar pinjaman semalaman Fed perlu meningkat kepada lebih daripada 3% tahun pada tahun 2022. Kebanyakan penggubal dasar telah menyatakan bahawa mereka menggalakkan untuk tindakan bagi pengetatan dasar monetari yang lebih agresif, dengan tujuh unjuran kadar akan meningkat melebihi 2% pada tahun 2022. Dari segi data ekonomi, Department of Labor melaporkan bahawa Initial Jobless Claims AS telah memberi bacaan sebanyak 214K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 220K. Sementara itu, AS Building Permits telah memberi bacaan sebanyak 1.859M, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.850M, menurut kepada Census Bureau. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi yang positif dari rantau AS telah menunjukkan bacaan yang positif, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S.

Dari segi hubungan di antara Russia-Ukraine, walaupun perkembangan positif selepas rundingan antara Rusia dan Ukraine, konflik antara kedua-dua pihak masih berterusan. Semalam, pegawai Ukraine berkata, serangan Rusia membunuh 21 orang di bandar Merefa di luar bandar Kharviv di timur negara itu. Selain itu, Ukraine juga menuduh tentera Rusia mengebom sebuah teater yang melindungi orang awam di bandar selatan Mariupol yang terkepung. Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata pada hari Khamis bahawa Rusia mungkin menyediakan serangan kimia untuk meningkatkan perang, dengan menyatakan bahawa Amerika Syarikat dengan tepat meramalkan pencerobohan minggu sebelum ia bermula. Peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine akan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS.

 

Pada masa kini, para pelabur akan terus memberi fokus terhadap perkembangan mengenai Rusia-Ukraine dan dasar monetari dari Fed untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 119.20. Yen Jepun telah menerima momentum bearish dengan latar belakang nada dovish daripada Bank of Japan minggu lepas. Menurut kepada Reuters, Bank of Japan mengekalkan rancangan rangsangan besar-besarannya pada hari Jumaat dan memberi amaran tentang peningkatan risiko kepada pemulihan ekonomi yang rapuh daripada krisis Ukraine. Seperti yang dijangkakan secara meluas, BoJ mengekalkan kadar faedahnya pada -0.1%. Nada dovish BOJ adalah berbeza dengan Bank Pusat AS dan Bank of England, yang mendorong pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari rantau Jepun ke AS dan UK.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.0912. Euro melonjak pada minggu yang lalu selepas data inflasi telah dibebaskan, yang meningkatkan kemungkinan Bank Pusat Eropah untuk mengetatkan dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang begitu tinggi. Menurut kepada Eurostat, Consumer Price Indeks Euruzone (CPI) YoY telah meningkat daripada bacaan terdahulu sebanyak 5.8% ke bacaan sebanyak 5.9% pada bulan Februari, melebihi ramalan pasaran sebanyak 5.8%. Peningkatan dalam kadar inflasi tahunan zon Euro telah menambahkan lagi bukti kepada peningkatan tekanan harga di seluruh dunia yang berlarutan lebih lama daripada jangkaan awal. Risiko inflasi yang tinggi berkemungkinan akan mendorong Bank Pusat Eropah untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari serta meningkatkan kadar faedah mereka, yang mengurangkan peredaran wang dalam pasaran Eropah sambil mencetuskan momentum bullish ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3035. Pound Sterling melonjak di atas latar belakang sentimen hawkish dari Bank of England. Semalam, Bank of England meningkatkan kadar faedah ketiga kali berturut-turut sambil mengulangi bahawa konflik Rusia-Ukraine dijangkakan akan terus mengekalkan inflasi lebih tinggi dalam asas jangka panjang. Moneteri Polisi Komittee (MPC) mengundi 8-1 menyokong kenaikan yang sebanyak 0.25 mata peratusan lagi untuk kadar faedahnya, membawanya kepada bacaan sebanyak 0.75%. MPC juga mendakwa bahawa pengetatan sederhana dalam dasar monetari mungkin sesuai pada bulan-bulan akan datang.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 14 – 18

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lalu dengan harga $1925.70 se troy auns. Harga emas telah menyusut di tengah-tengah dasar kenaikan kadar faedah daripada Federal Reserve dan Bank of England minggu lepas terus mengurangkan daya tarikan untuk aset selamat emas. Pengetatan dasar monetari berkemungkinan akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan global, yang menstabilkan kadar inflasi yang tinggi pada masa hadapan sambil mencetuskan penjualan ke atas komoditi lindung nilai inflasi seperti emas. Sementara kini, para pelabur akan terus kekal fokus terhadap data inflasi serta perkembangan mengenai Rusia-Ukraine untuk menjangkakan pergerakan ke atas aset selamat emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $83.68. Harga minyak mentah menerima momentum bullish yang ketara berikutan dengan peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine. Selain itu, pasaran minyak melanjutkan keuntungannya berikutan laporan ramalan IEA dibebaskan. Internasional Energy Agensi  mendakwa minggu ini pasaran minyak masih ditetapkan untuk defisit 700,000 bpd pada suku kedua berikutan pelaksanaan sekatan dari negara Barat ke atas Rusia. Namun begitu, harga minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan data inventori yang negatif pada minggu lalu. Menurut Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak -1.863M ke bacaan sebanyak 4.345M, lebih buruk daripada ramalan pasaran pada -1.375M.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 21 – 25

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 21 – 25

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 21hb Mac 2022
9:15   CNY PBoC Loan Prime Rate 3.70%
15:30   EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00   USD Fed Chair Powell Speaks
Selasa – 22hb Mac 2022
19:00   BRL BCB Copom Meeting Minutes
21:15   EUR ECB President Lagarde Speaks
Rabu – 23hb Mac 2022
15:00   GBP CPI (YoY) (Feb) 5.90% 5.50%
20:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:00   USD Fed Chair Powell Speaks
20:30   GBP Annual Budget Release
22:00   USD New Home Sales (Feb) 813K 801K
22:30   USD Crude Oil Inventories 4.345M
Khamis – 24hb Mac 2022
16:30   CHF SNB Interest Rate Decision (Q1) -0.75% -0.75%
16:30   CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:30   EUR German Manufacturing PMI (Mar) 56 58.4
17:30   GBP Composite PMI 58.7 59.9
17:30   GBP Manufacturing PMI 57 58
17:30   GBP Services PMI 58 60.5
17:30   CHF SNB Press Conference
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Feb) 0.60% 0.70%
20:30 USD Initial Jobless Claims 211K 214K
Jumaat – 25hb Mac 2022
15:00   GBP Retail Sales (MoM) (Feb) 0.80% 1.90%
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Mar) 94 98.9
18:00   EUR EU Leaders Summit
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Feb) 1.50% -5.70%