83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Oktober 2019                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 21  – Oktober 25

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 14 – 18

US Dollar

Dolar AS yang berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah jatuh pada minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat pada harga 97.00 susulan dengan data yang suram di A.S. dan kenaikan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China.

Pada Khamis yang lepas, China masih belum menentu samada untuk meningkatkan pembelian jumlah sebanyak $40 bilion ke jumlah sebanyak $50 bilion produk pertanian A.S. Tambahan pula, China juga menegaskan bahawa A.S perlu menghapuskan semua tarif untuk mencapai perjanjian perang perdagangan terakhir, dikatakan oleh Kementerian Perdagangan Gao Feng.

Di samping itu, indeks tersebut telah menerima tekanan bearish selepas data yang suram di A.S dibebaskan pada minggu lepas. Menurut kepada Census Bureau, data core retail sales di A.S. menyusut ke bacaan sebanyak-0.3, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.3. Selain itu, Philadelphia Fed Manufacturing Indeks memberi bacaan sebanyak 5.6, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis sebanyak  8.0. Data yang suram tersebut akan mendorong Fed untuk melaksanakan kelonggaran dasar kewangan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di A.S, yang selanjutnya mendorong penjualan dalam dolar AS.

Pada masa kini, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada perkembangan mengenai perang perdagangan yang masih berterusan oleh kerana kedua-dua negara tersebut hanya mencapai perjanjian separa dan tidak dapat mencapai konsensus sepenuhnya. Di samping itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data yang akan datang untuk menilai jangkaan pemotongan kadar sebelum akhir bulan ini dan juga sentimennya.

 

USD/JPY

USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas sementara menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 108.47. Susulan dengan ketidakpastian dalam risiko pasaran global seperti perang perdagangan A.S, masalah Brexit dan ketegangan Timur Tengah, aset selamat seperti Yen Jepun telah menerima permintaan yang ketara daripada pasaran kerana selera risiko pelabur telah menurun dan  justerunya mengalihkan aset ke dalam pasaran selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah meningkat pada minggu lalu sementara menutup sesi dagangan Jumaat lepas dengan harga 1.1155. Euro telah mendapat semula kekuatannya berdasarkan kelemahan dalam mata wang saingannya, terutamanya dolar A.S. Selain itu,  menurut kepada Eurostat, Pengeluaran Perindustrian Eurozone pada bulan September meningkat daripada bacaan sebanyak -0.4% ke bacaan sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya meningkatkan permintaan terhadap EUR/USD. Tambahan pula, EUR/USD menerima sokongan bullish selepas pemimpin EU meluluskan versi perjanjian Brexit yang disemak semula. Namun, menurut kepada berita terkini, parlimen UK telah menolak perjanjian soft-Brexit, yang selanjutnya menaikkan risiko geopolitik dalam dasar EU dan membatasi keuntungan pasangan tersebut. Tambahan pula, EUR/USD menerima tekanan bearish susulan dengan data yang suram di Eropah. Data Sentimen Ekonomi ZEW Jerman dan data CPI Eropah yang dibebaskan pada minggu lepas, kedua-dua data tersebut memberikan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan selanjutnya mendorong kepada penjualan mata wang Euro. Sementara itu, para pelabur akan terus memantau berita terkini Brexit dan data Eropah masa depan untuk menjangkakan pergerakan pasangan tersebut.

 

GBP/USD

Nilai pertukaran pasangan GBP/USD telah melonjak ke paras tertinggi bagi minggu lepas sambil menutup pasaran dengan harga 1.2906. Pada minggu lalu, paun sterling telah menerima permintaan yang ketara selepas EU dan UK mencapai perjanjian pada hari Jumaat yang lalu, yang selanjutnya mengurangkan risiko yang berkaitan dengan “non-deal Brexit” di UK. Namun, perjanjian “soft-Brexit” yang disediakan oleh Boris Johnson telah gagal untuk meyakinkan penggubal undang-undang UK semasa mesyuarat Parlimen UK. Menurut kepada undang-undang berasingan yang diluluskan pada bulan yang lalu, Johnson kini dipaksa untuk meminta EU untuk menangguhkan Brexit sehingga akhir Januari 2020. Sentimen negatif tersebut telah meningkatkan ketegangan risiko geopolitik di UK, yang selanjutnya membatasi keuntungannya pada Paun Sterling. Namun, Pemimpin Dewan Rakyat Jacob Rees-Mogg menegaskan bahawa kerajaan telah merancang untuk meletakkan kesepakatan Brexit Johnson kepada perdebatan dan mengundi pada hari Isnin. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perbincangan dan perkembangan selanjutnya susulan dengan pembaharuan terkini Brexit.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 14 – 18

GOLD

Harga emas telah didagang dalam saluran sisi pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat lalu dengan harga $1490.05 se troy auns. Komoditi tersebut mengalami penjualan yang ketara pada minggu lalu selepas berita Brexit positif diumumkan pada hari Selasa yang lalu, yang selanjutnya mendorong selera risiko dengan lebih tinggi dan memberi tekanan bearish ke atas harga emas. Namun, harga emas membatasi kerugiannya susulan dengan peningkatan ketegangan di antara A.S dan China selepas China meminta lebih banyak rundingan sebum menandatangani perjanjian perdagangan “fasa pertama”. Di samping itu, selera risiko menyusut selepas parlimen UK menolak perjanjian Brexit Boris Johnson pada hari Sabtu lepas, yang selanjutnya mendorong perubahan sentimen ke arah aset selamat. Tambahan pula, harga emas menerima sokongan bullish susulan dengan indeks dolar yang lemah selepas data suram di Amerika Syarikat dibebaskan.

 

Crude Oil

Harga minyak telah melantun kembali pada minggu lalu dan menutup sesi Jumaat lepas dengan harga $53.72 se tong. Pada  minggu yang lalu, harga minyak berjaya mengekalkan keuntungannya susulan dengan ketegangan geopolitik yang makin meningkat di Timur Tengah. Menurut kepada laporan baru-baru ini, permusuhan di antara Syria dan Turki pada hari Jumaat masih berterusan. Tambahan pula, tindakan sedemikian telah menentang syarat gencatan senjata untuk lima hari yang dirundingkan antara AS dan Turki di tengah-tengah tuduhan jenayah perang. Tambahan pula, harga minyak mentah dijangka untuk meningkat susulan dengan peningkatan ketegangan di Timur Tengah berkemungkinan boleh mendorong pengurangan dalam output minyak mentah. Namun, harga minyak mentah telah membatasi keuntungannya selepas data stok minyak mentah dibebaskan pada minggu lepas. API melaporkan bahawa stok minyak mentah telah meningkat dari jumlah sebanyak 4.100M ke jumlah sebanyak 10.500M manakala EIA Inventori minyak mentah memberi bacaan sebanyak 9.281M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 2.927M

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 21 – 26

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data keputusan kadar faedah ECB yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran. Selain itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 21-26

Isnin, Oktober 21  

Data

EUR – German PPI (MoM) (Sep)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Oktober 22  

Data

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug)

USD – Existing Home Sales (Sep)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Oktober 23  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

 

Khamis, Oktober 24

 

Data

EUR – German Manufacturing PMI (Oct)

EUR – Deposit Facility Rate (OCT)

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB interest Rate Decisions

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep)

USD – New Home Sales (Sep)

 

Acara

EUR – ECB Monetary Policy Statement

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Oktober 25

 

 

Data

EUR – German Ifo Business Climate Index (Oct)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A