83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 November 2022                          Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 21 – 25

 

Reviu Pasaran (Forex): November 14 – 18

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berlegar berhampiran paras rendah baru-baru ini kerana para pelabur sedang menunggu lebih banyak data ekonomi serta kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan untuk menentukan hala tuju Greenback. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 106.80.

 

Awal minggu ini, indeks dolar melanjutkan kerugiannya kerana Indeks Harga Pengeluar (PPI) juga menunjukkan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan, di mana ia meningkatkan kemungkinan kadar kenaikan kadar yang lebih perlahan dalam mesyuarat FOMC akan datang. Walau bagaimanapun, kerugian dihadkan oleh beberapa data ekonomi yang memberangsangkan, termasuk Tuntutan Pengangguran Permulaan dan Jualan Rumah Sedia Ada untuk bulan Oktober. Kedua-dua data positif mengurangkan kerugian indeks dolar. Namun begitu, apabila angka inflasi turun dengan ketara bagi bulan Oktober, maka kemungkinan kadar kenaikan kadar yang lebih perlahan telah akan memberi tekanan kepada indeks dolar dalam jangka panjang.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY berjaya mengekalkan kedudukannya sambil menutup harga pasarannya pada 140.45. Pasangan itu menerima momentum kenaikan harga berikutan pemulihan indeks dolar. Sepanjang minggu ini, data ekonomi positif yang tidak dijangka daripada AS mencetuskan momentum kenaikan harga dalam pasaran dolar, menggesa pasangan itu untuk pulih daripada paras rendah baru-baru ini.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD merekodkan kerugian minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0351. Pasangan itu menerima momentum penurunan harga yang ketara di tengah-tengah pengukuhan indeks dolar. Begitu juga, sesiri data ekonomi yang memberangsangkan, termasuk Tuntutan Pengangguran Permulaan dan Jualan Rumah Sedia Ada untuk bulan Oktober, meningkatkan nilai Greenback. Selain itu, data CPI zon Euro juga menunjukkan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan, yang mana ia mengurangkan kadar kenaikan kadar di EU. Walau bagaimanapun, kerugian EUR/USD dihadkan oleh Sentimen Ekonomi ZEW Jerman yang optimis. Menurut ZEW, sentimen ekonomi Jerman pulih daripada -59.2 kepada -36.7, jauh lebih rendah daripada ramalan konsensus pada -50.0.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melonjak pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1885. Pound menerima momentum kenaikan harga minggu lepas di tengah-tengah latar belakang peningkatan risiko inflasi. Menurut Office for National Statistics, Indeks Harga Pengguna UK (CPI) YoY melonjak ke paras tertinggi 41 tahun sebanyak 11.1% pada bulan Oktober, melebihi ramalan konsensus pasaran sebanyak 10.7%. Kenaikan harga makanan, pengangkutan dan tenaga terus mengancam isi rumah dan perniagaan, yang mencetuskan harapan kenaikan kadar agresif daripada Bank of England (BoE). Di samping itu, keuntungan Pound Sterling telah dilanjutkan berikutan kenyataan hawkish daripada BoE. Menurut Reuters, Gabenor BoE Andrew Bailey mendedahkan pada hari Rabu bahawa pasaran buruh UK masih ‘ketat’, serta lebih banyak kenaikan kadar mungkin akan dilaksanakan untuk menurunkan harga yang meroket. Dengan itu, ia menarik perhatian pelabur dan mencetuskan pembelian yang ketara dalam pasaran Pound.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 14 – 18

GOLD

Harga emas menjunam dengan ketara minggu lalu sambil menutup harga pasarannya pada $1751.60 setiap troy auns. Aset selamat tradisional itu sebahagian besarnya dijual oleh pelabur apabila dolar melantun semula di tengah-tengah siri data ekonomi yang memberangsangkan, termasuk Tuntutan Pengangguran Permulaan dan Jualan Rumah Sedia Ada untuk bulan Oktober. Dalam jangka panjang, arah aliran logam kuning kekal menaik kerana pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan memperlahankan kadar kenaikan kadar mereka pada masa hadapan, yang berkemungkinan meningkatkan harga emas lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk menunggu kenyataan atau pandangan daripada Rizab Persekutuan untuk mengukur dasar monetari masa depan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $80.25 setong. Harga minyak terus jatuh di tengah-tengah prospek ekonomi yang semakin gelap dan lonjakan kes COVID-19 di China, yang boleh membawa kepada sekatan dan penutupan selanjutnya yang mengancam permintaan minyak mentah dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu. China sedang memerangi wabak koronavirus di beberapa bandar utama, termasuk Chongqing dan ibu kota Beijing, sambil mengambil langkah untuk cuba meringankan beban dasar “Zero-coronavirus” yang ketat. Beberapa penapis China telah meminta Saudi Aramco mengurangkan permintaan minyak mentah pada bulan Disember, dua sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Reuters. Ini adalah disebabkan sekatan koronavirus dan kemelesetan ekonomi akan menjejaskan permintaan bahan api dalam pengimport minyak terbesar dunia itu. Kes harian Covid-19 di China meningkat dan mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap risiko langkah penutupan yang diperbaharui. Dengan itu, ia menggesa pelabur menjauhi pasaran komoditi hitam.

 

Tinjauan Pasaran: November 21 – 25

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti PPI dan FOMC Meeting Minutes bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 21 – 25

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 21hb November 2022
N/A
Selasa – 22hb November 2022
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Sep) -0.6% 0.7%
Rabu – 23hb November 2022
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -5.835M
09:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 4.25% 3.50%
09:00 NZD RBNZ Monetary Policy Statement
10:00 NZD RBNZ Press Conference
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Nov) 45.2 45.1
17:30 GBP Composite PMI 47.2 48.2
17:30 GBP Manufacturing PMI 45.7 46.2
17:30 GBP Services PMI 48.0 48.8
21:00 USD Building Permits 1.526M
21:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Oct) 0.1% -0.5%
21:30 USD Initial Jobless Claims 225K 222K
23:00 USD New Home Sales (Oct) 570K 603K
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -5.400M
Khamis – 24hb November 2022
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Nov) 85.0 84.3
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Jumaat – 25hb November 2022
15:00 EUR German GDP (QoQ) (Q3) 0.3% 0.3%

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.