83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Jun 2020                         Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 22 – 27

Reviu Pasaran (Forex): Jun 15 – 20

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu susulan dengan kekurangan harapan terhadap resolusi untuk wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat sambil meningkatkan permintaan pasaran ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang negatif telah dibebaskan dari rantau A.S.  Indeks dolar menutup harganya pada 97.50 pada hari Jumaat yang lalu.

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang negatif. Menurut kepada Census Bureau, A.S. Building Permits telah memberikan bacaan sebanyak 1.220M, tersasar dengan jangkaan pasaran iaitu 1.228M. Selain itu, A.S. Initial Jobless Claims juga menunjukkan bacaan sebanyak 1,508K, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 1,300K, yang mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan perkembangan ekonomi di A.S. Walau bagaimanapun, A.S. Core Retail Sales untuk bulan yang lepas telah melonjak dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -15.2% ke bacaan sebanyak 12.4%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 5.5%. Selain itu, Indeks dolar telah menerima beberapa momentum bearish pada hari Isnin yang lalu selepas Federal Reserve mengumumkan bahawa mereka akan membeli bon korporat individu di pasaran sekunder, meningkatkan sentimen selera risiko sambil mencetuskan beberapa penjualan ke atas aset selamat Dolar AS.

Dari segi wabak koronavirus, World Health Organization (WHO) telah melaporkan peningkatan rekod dalam kes-kes jangkitan koronavirus global pada hari Ahad yang lalu, terutamanya di Amerika, sementara itu Apple Inc telah memutuskan untuk menutup 11 kedai A.S. pada minggu yang lalu susulan dengan kes-kes koronavirus terus meningkat dengan ketara di Amerika Syarikat, yang selanjutnya mencetuskan kebimbangan terhadap gelombang kedua untuk pandemik koronavirus. Menurut kepada laporan Aljazeera, WHO telah melaporkan peningkatan satu hari kes koronavirus terbesar, berdasarkan jumlahnya lebih daripada 183,000 kes baru dalam 24 jam terakhir. Jangkitan koronavirus dari Brazil telah meningkat sebanyak 54.771 kes sementara itu Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa 36.617 kes. Walaupun begitu, pada masa ini para pelabur akan terus meneliti perkembangan terkini kes-kes koronavirus serta rancangan rangsangan ekonomi baru A.S. untuk mengukur kemungkinan pergerakan mata wang.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 106.86. Aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan para pelabur khuatir terhadap gelombang kedua untuk wabak koronavirus. Dengan lonjakan baru-baru ini dalam kes koronavirus dari Amerika Syarikat, Florida telah mencatat kenaikan sebanyak 3.7% dalam jangkitan wabak koronavirus berbanding dengan purata tujuh hari sebelumnya sebanyak 3.5%, yang selanjutnya mengurangkan sentimen selera risiko sambil meningkatkan permintaan ke atas Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1175. Pasangan tersebut menerima momentum bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Di samping itu, euro telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan para pelabur khuatir bahawa Kesatuan Eropah akan menolak rangsangan ekonomi baru yang dicadangkan oleh Komisi Eropah dalam minggu ini. Sekiranya Kesatuan Eropah menerima kesepakatan tersebut, ia patut meningkatkan permintaan pasaran ke atas Euro, namun, kegagalan untuk mencapai konsensus di antara Kesatuan Eropah akan mencetuskan penjualan yang ketara untuk euro. Justeru itu, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang baru dari rantau Eropah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2344. Pasangan GBP/USD telah mencatat keuntungannya kebanyakan didorong oleh peningkatan dalam Dolar A.S. Tambahan pula, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas data ekonomi yang dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan UK telah mencapai tahap tertinggi sejak tahun 1963. Sementara itu, kebimbangan terhadap wabak koronavirus terus mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset berisiko seperti Paun Sterling. Selain itu, kekurangan pengembangan mengenai kesepakatan post-Brexit telah meningkatkan ketidakstabilan dalam risiko geopolitik dari rantau UK, yang juga mencetuskan penjualan yang lanjutnya ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 15 – 20

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1749.10 se troy auns. Pasaran emas telah melonjak susulan dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus. Pada minggu yang lalu, A.S. telah melaporkan lebih daripada 30,000 kes baru sementara itu Florida mempunyai jumlah jangkitan baru tertinggi di semua negeri A.S. Selain itu, sekumpulan cluster yang baru telah terdeteksi di negara-negara seperti China dan Jerman, yang selanjutnya menimbulkan kebimbangan terhadap kebangkitan virus di negara-negara tersebut. Sentimen negatif tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas sambil memberikan momentum bullish ke atas pasaran emas.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $39.80 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan OPEC dan Alliesnya termasuk Rusia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak mentah hinggi akhir bulan Julai. Selain itu, Iraq dan Kazakhstan telah berjanji untuk mematuhi dengan lebih baik dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah dalam pertemuan OPEC+ pada hari Khamis lalu, yang memberikan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengehadkan keuntungannya selepas data inventori minyak mentah yang negatif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administraiton (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberikan bacaan sebanyak 1.215M, tersasar dengan jangkaan pasaran iaitu -0.152M. Selain itu, kebimbangan bahawa kenaikan rekod dalam kes koronavirus global dapat terus membebani permintaan pasaran ke atas komoditi tersebut. Justeru itu, pada masa ini para pelabur masih perlu memberi pemantauan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 22 – 27

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti A.S. GDP dan A.S. Initial Jobless Claims yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 22 – 27

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 22hb Jun 2020
22:00 USD Existing Home Sales (May) 4.10M 4.33M
Selasa – 23hb Jun 2020
15:30 EUR German Manufacturing PMI (Jun) 41.5 36.6
16:30 GBP Manufacturing PMI 40.7
16:30 GBP Services PMI 29.0
22:00 USD New Home Sales (May) 640K 623K
Rabu – 24hb Jun 2020
10:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
10:00 NZD RBNZ Rate Statement
11:00 NZD RBNZ Press Conference
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Jun) 85.0 79.5
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -0.152M 1.215M
Khamis – 25hb Jun 2020
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (May) 2.1% -7.7%
20:30 USD GDP (QoQ) (Q1) -5.0% -5.0%
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,300K 1,508K
Jumaat– 26hb Jun 2020
20:30 USD Core PCE Price Index (MoM) (May) 0.2% -0.4%
22:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Jun) 78.9 78.9
01:00

(27hb)

CrudeOIL US Baker Hughes Oil Rig Count 189