83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 November 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 22 – 26

Reviu Pasaran (Forex): November 15 – 19

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan data ekonomi yang positif. Data terkini juga menunjukkan peningkatan perbelanjaan pengguna yang mengakibatkan peningkatan tekanan inflasi baru-baru ini. Data tersebut telah meningkatkan spekulasi pasaran bahawa Fed akan mengetatkan dasar monetarinya dan mendorong kepada nada yang positif terhadap dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 96.00.

 

Dari segi data ekonomi, data Core Retail Sales dan Retail Sales AS bagi bulan yang lepas meningkat kepada 1.7%, daripada bacaan sebelumnya masing-masing sebanyak 0.7% dan 0.8%. Data ekonomi yang baik ini telah meningkatkan kemungkinan Fed untuk melaksanakan pengetatan dasar monetarinya bagi menstabilkan ekonomi AS. Di samping itu, data Philadelphia Fed Manufacturing Index AS meningkat daripada bacaan sebelumnya 23.8 kepada 39.0. Namun begitu, Initial Jobless Claims bagi bulan lepas mencatat bacaan sebanyak 268K, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 260K.

 

Buat masa ini, ia adalah penting bagi pelabur untuk terus memantau perkembangan yang terkini mengenai keputusan dasar kewangan masa depan daripada Fed serta data ekonomi selanjutnya untuk mengukur kemungkinan pergerakan dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah mengalami momentum bullish pada minggu lepas sementara mengakhiri sesi Jumaat lepas pada harga 113.90. Momentum bullish secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai Yen Jepun. Yen Jepun melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas susulan dengan keputusan Bank Pusat Jepun (BoJ) untuk melongarkan dasar monetarinya. Menurut kepada laporan daripada Nikkei Business Daily, Bank Pusat Jepun (BoJ) dilaporkan akan memulakan pakej rangsangan ekonominya melalui perbelanjaan fiskal bernilai $350 bilion untuk menyokong ekonomi Jepun. Dari segi data ekonomi, data GDP Jepun menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.5% kepada -3.0%, lebih teruk daripada ramalan sebanyak -0.8%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyusut sepanjang minggu lalu sementara mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 1.1280. Momentum keseluruhan untuk pasangan EUR/USD kekal bearish di tengah-tengah nada dovish daripada Bank Pusat Eropah (ECB) terhadap pertumbuhan ekonomi Eropah. Menurut kepada Reuters, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde mendakwa bahawa kadar inflasi yang tinggi kini hanya akan sementara, menandakan isyarat bahawa Bank Pusat Eropah akan terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari untuk memberangsangkan ekonomi di Eropah. Dari segi data ekonomi, data CPI Eropah mencatat bacaan di dalam jangkaan sebanyak 4.1%. Pelonggaran dasar monetari yang berterusan dan peningkatan risiko inflasi telah mencetuskan prospek yang negatif terhadap Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD didagang secara tidak berubah minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.3760. Mata wang paun sterling telah didagang secara tidak berubah minggu lalu walaupun data ekonomi yang baik. Menurut kepada Office for National Statistics, data Average Earnings Index UK bagi bulan September mencatat bacaan sebanyak 5.8%, lebih tinggi daripada jangkaan bacaan sebanyak 5.6. Peningkatan gaji purata di UK dijangka akan meningkatkan tekanan inflasi akibat daripada peningkatan perbelanjaan pengguna. Tambahan pula, data CPI UK bagi bulan Oktober mencatat bacaan sebanyak 4.2, lebih tinggi daripada jangkaan bacaan sebanyak 3.9%. Selain itu, data Retail Sales UK bagi bulan Oktober mencatat bacaan sebanyak 0.8%, lebih baik daripada jangkaan bacaan sebanyak 0.5%. Kedua-dua data tersebut mencadangkan peningkatan tekanan inflasi di rantau tersebut dan ia juga mendorong kepada spekulasi pasaran bahawa Bank Pusat England (BoE) mengumumkan pengetatan dasar monetari ketika mesyuarat yang seterusnya pada pertengahan bulan Disember. Namun begitu, BoE menekankan bahawa ia akan meneliti dasar pekerjaan yang lebih lanjut untuk menilai keadaan ekonomi UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 15 – 19

GOLD

Harga emas telah merosot pada minggu lepas dengan harga $1755.50 se troy auns di tengah-tengah jangkaan dovish daripada Fed serta risiko inflasi yang tinggi pada masa hadapan yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat seperti emas untuk melindung nilai terhadap risiko. Namun begitu, kenyataan keseluruhan daripada Fed buat masa ini kekal kabur, justeru para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkaitan dengan data ekonomi terkini serta keputusan dasar kewangan masa hadapan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah jatuh dengan ketara pada minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan minyak yang berlebihan semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $75.65 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah merosot apabila AS dilaporkan untuk meminta negara pengguna minyak seperti China dan Jepun untuk mempertimbangkan pengeluaran rizab minyak yang diselaraskan untuk membendung harga minyak yang tinggi dan risiko inflasi pada masa hadapan. Di samping itu, firma sumber tenaga AS telah menambah pelantar minyak mereka sebanyak 6 buah secara keseluruhan manakala harga minyak yang melambung tinggi telah mendorong kepada beberapa penggerudi minyak untuk meningkatkan pengeluaran mereka. Selain itu, peningkatan jumlah kes Covid-19 di rantau Eropah terus mendorong kerajaan Eropah untuk mempertimbangkan pelaksanaan semula kawalan pergerakan. Ia telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap permintaan minyak. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh minyak mentah adalah terhad berlatarbelakangkan dengan data inventori yang positif. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah mencatatkan penurunan yang ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 1.001M kepada -2.101M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 1.398M.

 

Tinjauan Pasaran: November 22 – 26

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada FOMC untuk menentukan dasar monetari AS yang selanjut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 22 – 26

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 22hb November 2021
16:30 GBP Composite PMI (Oct) 54.1 54.1
23:00 USD Existing Home Sales (Oct) 6.20M 6.29M
Selasa – 23hb November 2021
15:00   EUR                 German GDP (QoQ) (Q3) 1.8%
16:30   GBP                 Manufacturing PMI (Oct) 56.3 56.3
16:30   GBP                 Services PMI (Oct) 54.6 54.6
16:30   EUR German Manufacturing PMI (Nov) 56.7 57.8
Rabu – 24hb November 2021
9:00   NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.75% 0.50%
9:00   NZD RBNZ Rate Statement
10:00   NZD RBNZ Press Conference
17:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Nov) 96.7 97.7
21:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Oct) 0.50% 0.50%
21:30   USD GDP (QoQ) (Q3) 2.10% 2.00%
21:30   USD Initial Jobless Claims 264K 268K
23:00   USD New Home Sales (Oct) 800K 800K
23:30   USD Crude Oil Inventories 1.398M -2.101M
Khamis –25hb November 2021
3:00   USD FOMC Meeting Minutes
15:00   EUR German GDP (QoQ) (Q3) 1.50% 1.80%
21:30   EUR ECB President Lagarde Speaks
Jumaat – 26hb November 2021
1:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
8:30   AUD Retail Sales (MoM) (Oct) 2.50% 1.30%
16:00   EUR ECB President Lagarde Speaks